Sunday, December 7, 2008

DAY 8 - MILAN, ITALY



Masa ni kaki kanan aku dah mula sakit dan membengkak. Nasib baik Zana (wife's Rasydan) ada bawak banyak ubat dan dia lah yang tolong bagikan krim melegakan kesakitan. Rasa lega sikit tapi aku dah mula jalan terhencut-hencut.

Memandangkan semangat nak bergambor tu memang kuat, aku gigihkan jugak berjalan ke destinasi utama we all iaitu Stadium San Siro Milan (team AC Milan & Inter Milan main sini) dan Duomo. Kalau kat Milan ni, korang beli tiket 24jam Metro dia yang cuma berharga Euro 3 sahaja. Kalau ambik tiket 2 hari cuma Euro 5.5 aja. Naiklah berapa kali tram, metro dan bas pun takpa.



Di Stadium San Siro, Milan

Lepas dari Stadium, we all pun naiklah tram plak menuju ke Duomo yang terletak lebih kurang 10 minutes perjalanannya. Duomo merupakan landmark untuk Milan dan kalau korang ke Milan tapi tak sampai ke Duomo samalah macam kalau korang ke KL tapi tak masuk KLCC. Gitulah perbandingannya......lebih kuranglah.

Nikamatilah serba-sedikit kota Milan yang penuh ngan bangunan-bangunan lama yang chantek:-




Ni plak pose-pose yang we all amik kat luar Duomo yang penuh dengan tourists saja:-









Duomo ni masuk free aje dan memanglah ramai pelancong. Ianya adalah church lama yang diperbuat dari batu marmar kot aku rasa. Memang chantek dan penuh dengan pelancong-pelancong. Kat luar tu plak ada banyak merpati yang kita boleh beri makan jagung. Nanti kat situ korang akan di approach oleh mamat-mamat yang menawarkan jagung untuk memanggil merpati untuk lepak atas tangan/badan korang. Tapi lepas tu mamat-mamat ni akan mintak duit tapi korang bagile dalam Euro 1 or 2 aje. Bayangkan mamat-mamat ni mintak kat kita orang Euro100....apa ke jadahnya nak bagi banyak tu setakat bertih jagung segenggam.

So, awas ya kalau korang pergi sini dan jangan bagi wang sebanyak tu untuk ditukarkan dengan jagung untuk merpati makan. Satu lagik dia orang akan mintak camera untuk diambil gambar dan JANGAN bagi kemera korang sebab nanti dia akan charge plak. Silap gaya camera korang dilarikkan plak nanti. So, beringat pasal benda ni.



Ni plak gambar-gambar dalam Duomo, Milan:-







Ni plak kat dalam Milan Tourist Information Centre yang amatlah moden dan trendy giler opis dia:-




Lepas melawat sakan di Duomo, we all pergi amik package naik bas ke Factory Outlet FoxTown di Medrisio, Swiss (masuk balik) untuk tengok apa-apa yang menarik. Package ini ditawarkan oleh Agencia Viagi berharga Euro 20 pergi balik. Masa ni kaki aku memang dah sakit dan sampai je kat sana most of the time aku duduk je kat cafe sebab kaki dah bengkak. Aku pun tak amik gambor sebab mood dah memang takda nak memetik camera. Nasihat aku, korang tak payahlah pergi sini sebab nama aja factory outlet tapi harga MAHAL nak mampos!!!

Sampai hotel dalam pukul 8.30 malam (masa ni traffic jam tak hengat punya kat Milan) dan we all terus mencari dinner sebelum balik ke hotel. Hajat hati we all nak makan pizza kat Milan termakbul gak sebab we all beli 2 keping pizza kat Pizzeria Restaurante opposite hotel we all. Agak murah harganya untuk sebuah pizza size extra large cuma Euro 6.50 aje. We all pun apa lagik orderlah pizza bertoppingkan vegetable dan extra cheese. Ermmmmm memang sedap pizza Itali original ni dan very crispy. Puas rasanya makan pizza panas-panas malam tu. After that, we all pun beradu suratanlah hendaknya sebagai menutup tirai pengembaran di Milano, Italiano. Dan kakiku semakin sakit lah rasanya...................................



Pizza Italiano Original

3 comments:

MOLY said...

milan ????????? haih ..
makan hati mak nok !!!
:P

Anonymous said...

Cantik building masa u posing tgh duduk tu. Church ke tu?

orangrawa said...

Lily......ke milan ala-ala camelia buat pesyen show gitu!

Leez......itule duomo....a cathederal terngetop di milan!