Thursday, December 18, 2008

NAFSU SERAKAH TERRRRRRSHOPPING!!!

Oklah.....dah abis pun cerita jenjalan 3 negara aku tu. Sekarang sebagai episode finale (macam yo yo je), aku nak kongsi ngan korang apa yang aku perabiskan duit masa trip aku tu.

Tujuan aku cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk tapi saja je nak share ngan korang. Lagipun ada gak few friends yang tanya aku apa yang aku borong kat sana. So, korang nak tau yek.......dengarlah ini cerita!!

Sejujurnya, trip ni aku tak plak nak shopping apa pun sebab London kan ke mahal dan GBP tinggi beb rate dia kalau nak dicomparekan dengan MYR. Nak dijadikan cerita, disebabkan masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia ni, maka untuk menjana semula ekonomi di London, beberapa shopping mall disana dan kedai-kedai telah mula start buat sale. Selalunya sale besar-besaran cuma selepas Boxing Day (lepas Krismas) je sebab nak mengabiskan stock sebelum mulanya tahun 2009. Tapikan, sebaliknya plak yang terjadi. Kat London tu, sale memang tak hengat giler.

Aku yang tak nak shopping ni tapi disebabkan nafsu Normadiah yang telah merasuk aku, tershopping la jugak sudahnya. Bukan kemahuan fikiran tapi "TERRRRRRRRRR" yang membawa maksud dengan tidak disedari terlaku perbuatan tersebut.

Mana taknye aku "TERRRRRRRSHOPPING" kalau barang yang dijual tu jauh lagi murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia. Dan aku memang terkejut giler tengok harga runtuh yang aku dapat tu. Kalau tak caya korang tengok lah antara yang aku "TERRRRRRRRRBELI" selepas dirasuk ari tu:-

Actually ada lagik beberapa barang yang teramat bagus dealnya yang aku beli tapi tak sempat ambik gambor lagik sebab tumpang luggage Rasydan sebab aku dah terexcess baggage giler.

Dipersembahkan barang-barang good deal yang aku dapat masa kat London ari tu:-


Kasut Clarks at GBP25 aje


Jaket at Primak - GBP6 aje


Best Deal - Zara sunglass at GBP9 sajor di Zara Regent St


Beg tu GBP6 dan bracelet tu GBP1.46 each kat Primak untuk emak dan kakak2 aku


Best Deal - Speedo Swimming Trunk at GBP1 each (yes 1 paun je)kat Lilywhites sports shop. Kat sini jersey England dia jual GBP4 each. Aku borong 7 helai untuk abang adik aku semua. Nafsu tak terkawal dah!! Persoalannya, masa bila plak aku nak swimming nih?


Airwalk T'shirt at GBP5 each - aku borong 4-5 helai kat Lilywhites untuk anak buah aku.


HRC Ipod radio - GBP12 je kat HRC


Londsdale hood jacket untuk budak - sehelai GBP6 at Lilywhites untuk anak buah aku.


Office shirts Marks & Spencer - 3 set at GBP15 semuanya


Thomas Pink casual shirt - GBP45
Korang tengok kat Pavillion brapa harganya


Semua perfumes ni less than GBP45 kat Parfumes Oxford St


Set Azzaro - GBP12 kat Parfumes Oxford St


Zara Vertiver (50ml) & Sandalo (100ml) & Shower Gel - GBP21 kat Zara Regent St


Terre Hermes (100ml), Hermes Eau de Orange Verte (100ml) & free gift - GBP76
Kalau korang tengok kat KLCC korang taule brapa banyak giler aku save bila beli kat sini.


2008 Edition Travel Guides - GBP6.99 je satu kat Harrods
Yang Lonely Planet tu beli satu second half price.


The Best Deal - Lacoste Shoes at GBP10 (yes 10 paun je) - old stock katanya kat The Office.

So, kalau korang ke London dalam masa terdekat ni, antara tempat shopping aku yang dapat good deal tu ialah:-

a)Zara kat Regent St - banyak choice dan tetiba ada good deal. Branch lain tak banyak choice
b)Primak - memang murah giler.
c)Clarks - memang discounts up to 70%
d)H&M - good deals dan murah giler
e)John Lewis - ada additional 20% discount lagik on top good price
f)Liliwhite kat Piccadily Circus - I mean really murah giler kat sini untuk barang sports.

So, tak ke best deal tu? Itu yang TERRRRRRRRRBELI tu. Nak buat camano, bukan kemahuan fikiran bak kata Fauziah Latiff tapi biler tengok harga runtuh tu, tak tercapai dek akalku bak kata elyana plak. Lagipun, bukan selalu aku shopping nih...sekali-sekala apa salahnya....kan??? Dan mostly aku beli untuk seisi family aku yang ramai tu dan bukan sekadar untuk aku sorang je. Rezeki murah harussss dikongsi bersama. Tak gitu???

9 comments:

Anonymous said...

wowwww

aku suka perfume very much... kalo tahu murah gila, nak juga terrrr order kat u, hehehehe

ArnabGumuk said...

aiyooooooooooooo jelesnyaaaaaaa!!dapat shopping mcm tu!!dengki nih dengki!!

Mother of Two said...

murah2.. tak sia2 beli...hohhohoo
nie nak kena pegi london pulak nie:)

Farah said...

wahh bro.. terrrrrruja aku menengoknyer.. dan terrrrrrjeles sket.. hehee..

Anonymous said...

murahnya perfume2 tu.....aduhaii bestnya shopping kat sana. Ishhh...kena gi gak ni next year. Insya Allah.

MOLY said...

Alhamdulillah .. memangggg rezeki bang oiii !!!

Tuh yang tershopping tuh kan. Terrrrrrrrrrrrrrrrr katanya .. hihihih :D

Dengan siapa lagi nak dikongsi semua nih kalau bukan dengan family ....

Tapi siyes bang .. sangat2 berbaloi .. worth it ... nak beli kat malaysia belum tentu boleh dapat harga mcm tuh ...

orangrawa said...

Taufik...tu ler...tak sangka plak murah kat sini...tapi mmg berbaloi!

AG...takpa next time ko shopping plak ye!!

MO2...kena datang especially lepas boxing day....lagik murah yg amat!!

Leez.....fyi, chanel no 5 murah giler....dan lain2 perfume gak!!

Lily....tu le dia yg terrrrrbeli tu sebab murah dari msia. Tak beli nyesal plak!!

sepul said...

pehhh agak menarik jgk

orangrawa said...

sepul.....mestile menarik sebab dah rabak aku dibuatnye..hehehe!