Friday, December 5, 2008

DAY 2 - LONDON

Salam semua. Malam ni aku nak bersiaran dari Milan la plak. Baru sampai semalam dan we all check-in kat Hotel Bernina yang lebih kurang 200 meter dari Milan Centrale Statione.

Ok aku nak cerita pasal hari kedua aku di London. Hari kedua aku bangun lambat. Letih badan dan kesejukan masih terasa. Lepas mandi bagai dan breakfast aku pun mula menjelajah keluar menikmati kota London yang sejuk tu.

Mula-mula sekali aku meredah kawasan Piccadily Circus. Dekat je kalu naik tube dari tempat tinggal aku. Cuaca agak renyai tapi pelancong memang banyak. Aku memang appreciate keindahan bangunan lama so UK & Europe memang la tempat yang sesuai. Seronok tengok senibina lama yang masih dijaga dan maintain kat sini.






Sambil jalan-jalan tu tetiba aku terjumpa satu restoren ni yang namanya "JOM MAKAN" sebuah restoran Melayu. So apa lagi aku masuklah saja nak try. Restoren ini terletak berhampiran sangat ngan Trafalgar Square yang terkenal ngan burung merpati tu. Daripada Piccadily Circus pun tak jauh tempatnya. So, aku decided to try sebab menunya nampak sedap dan best sangat.

Tengah aku nak mengorder makan tu, tetiba satu couple terpacul depan pintu masuk tu. Couple ni tak lain tak bukan adalah Momi dan Lin yang merupakan ex office mate aku masa kat KLSE dulu. Dah lama aku tak jumpa Momi sebab sejak aku resign KLSE dan pindah ke Phuket, memang tak pernah jumpa pun. Momi pun dah pindah ke Riyadh kerja kat sana untuk Riyadh Securities Commisssion. So, apa lagi bak jejak kasihan lah kita orang sebab tak sangka dapat jumpa kat situ plak. Lepas tu we all pun order lah makanan kat sini.


Lin & Momi

Aku order set menu dia yang ada sate ayam dan masak lemak cili padi. Pergh....walawei....memang sedap. Chef dia recommend aku order nescafe tarik......memang malatops beb!! Makanan dia memang sedap dan we all siap order nescafe tarik 2 kali tu. Dengan harga GBP15 untuk set menu yang we all order tu emmang berbaloi sebab rasa makanan dan minuman dia sama macam kat Malaysia. Aku kasik 4/5 bintang sebab kesedapannya. We all memang puas dan sure akan datang lagi next week bila aku ada di London dengan Rasydan nanti.


Jom Makan entrance




Interior yang simple tapi bersih


Menu Kad


Ini yang aku order - sedap giler!

Tengah we all makan sambil bersembang tetiba kelibat seseorang yang begitu familiar masuk. Yezza.....Datuk Seri Najib dan entouragenya rupa-rupanya datang makan lunch kat situ. Wah...teruja giler dan we all pun senyum masa dia lalu sebelah we all. Datuk Najib's Special Assistant (kalau tak silap), En Puad datang kat meja we all dan bersembang. Punyalah ramah dan we all pun tak sangka dengan karamahan beliau. Lepas sembang, amsa Datuk Seri Najib nak balik, we all sempatlah amik gambor dengan dia dan keluarga dia. Memang baik sekali dan tak nyombong....tak sangka rasanya dapat jumpa dia..kat London lagi tu.


En Puad (SA to DPM)


Kenangan dengan our DPM di London


Dengan bos-bos Jom Makan London


Dengan anak pompuan DPM yang friendly


Last sekali kat luar bergambor

So, memang kenangan betuila hari kedua di London sebab dapat jumpa DPM dan jugak kawan lama. Kat London lagi tu wei!!!

Lepas je dari situ, aku pun pusing-pusing somewhere area Piccadily Circus, Trafalgar Square & Lancester Square just to amik gambor sana-sini. Masa ni masih petang tapi London dah gelap macam malam je rasanya.



Area Trafalgar Square











Kawasan persekitaran Piccadily Circus & Lencester Square

So, puas la aku berjalan sakan dalam masa 2 hari tu ikut kaedah main redah je. Walaupun main redah je, aku rasa redahan aku berbaloi dan masih banayk lagik tempat aku nak explore kat Central London ni.

2 comments:

Lily.Lulu said...

tak yah nak susah2 bergambar dengan najib kat malaysia ... kat sana pun boleh jugak !!

hehehe e....
bang ... jom makan !!!

;)

orangrawa said...

Lily...rezeki jumpa dpm tu....jom makan!!