Monday, December 7, 2009

MARI MENGHABISKAN CUTI TAHUN!!



Ujung tahun dah dekat.....apa aku nak buat? Cuti tahunan masih banyak.....apa aku nak buat? Rasa-rasanya nak jalan-jalan lagi.....

Yezza....aku dah decide mana nak pergi buat menghabiskan cuti tahunan aku.....tempat dah decide, hotel dan flight tickets tengah nak beli.....dan yang penting, kali ni buat pertama kalinya aku akan travel berdua......bukan sorang lagi!!!

Tunggu!!!!!!!!

Friday, December 4, 2009

WHEN I WAS JUST A LITTLE BOY.......

Semalam masa aku meeting kat Bangkok, sempat jugak pergi tengok wayang lepas meeting abis. Masa wayang nak start, dia tunjuklah satu iklan dari syarikat insuran ni.

Mula-mula macam biasa je tapi lama-kelamaan, rasa lain macam plak. Aku dapat rasakan yang iklan ni memang spesial. Rupa-rupanya anak-anak yang menyanyikan lagu ini adalah anak-anak istimewa dari Thailand.

Aku rasa amat tersentuh tengok betapa cerianya budak-budak ni menyanyi walaupun mereka tau keadaan mereka. Korang tengoklah sendiri dan judge yourself. And aku asyik mengulangi tengok video clip ni...tanpa jemu.



Teringat arwah Yasmin Ahmad yang selalu buat iklan-iklan penuh makna macam ni.

Saturday, November 14, 2009

SAIGON - PART 3


Mali-mali saya mau celita!!!

Ok....entry tertangguh ni dah lama nak buat tapi tak jugak aku buat. Sekarang nak cerita pasal tempat2 yang selalunya orang lawat kalau ke Saigon. Antara tempat fofuler ialah:-

a) Opera House



Tempat ni memang fofuler untuk orang amik gambar. Ianya chantek kalau waktu malam....tempat ni sebelah Caravelle Hotel kat tengah2 District 1 nih.

b)Govenment Building - aku panggil Bangunan DBKL



Memang landmark tempat orang amik gambar. Tak jauh dari Opera House tu. A very nice one kalau amik gambo waktu malam.

c)Water Puppets Show



Ada dua tempat, satu kat Nguyen Thi Minh Khai dan satu lagi opposite Parkson Dong Khoi. Tak mahal nak tengok...murah je!!

d)Notre Dame



Tempat orang amik gambar.

e)Pusing2 Bandar Naik Beca



Kalau nak merasa kacau bilau hiruk pikuk naik beca tengah bandar sambil ambil street pictures, aku recommend nih......menarik sebab beca ni laju giler!!!

f)War Museum



Aku pun tak sempat tengok tapi selalu penuh dengan tourist kat sini.

g)Old Saigon Post Office



Tempat amik gambar yang chantek. Sebelah Notre Dame.

h)Chu Chi Tunnel



Tempat yang harus dilawati....menarik dan WAJIB pergi.

i)Mekong Delta Tour

Menarik tapi panas nak mampus dan trip take the whole day.

So, itulah antara tempat2 yang korang boleh tengok dan lawat kalau kat Saigon. Aku gerenti, satu hari akan abis untuk shopping kat Ben Thant Market tu dan trip ke Chu Chi Tunnel je. So plan la betul2 ya.....3days 2 nights is just nice for a trip ke Saigon. Lama-lama nanti korang bosan pulak.

Oh, btw, kalau ke Saigon, jangan lupa minum Caffee Sedha (maknanya kopi susu ais) dan makan Pho (cari yang halal ok) sebab inilah minuman dan makanan harian dia orang. Caffee Sedha ni memang KICK.......a must try.....sedap!!!


Pho & Caffee Sedha

So, moga-moga sedikit sebanyak jadi panduan kat korang kalau datang sini.

Sunday, November 1, 2009

01 NOV 2009 - KEHIDUPAN BARUKU!!



1 November 2009......hari ini bermulalah kehidupan baru aku. Syukur segalanya berjalan lancar. Seronok rasanya melalui pengalaman baru ini. Mudahan-mudahan aku bahagia dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Amin!!!!!!

Wednesday, October 28, 2009

SPAIN - PART 1



Salam dari Saigon.....

Apa kabar semua? Punyalah payah aku nak hapdet blog nih. Disamping terlalu banyak sangat kerja ujung2 tahun ni, internet koneksi kat umah aku ni plak macam hampeh. Tak stabil gayanya....kejap-kejap putus...kejap-kejap ada balik....macam biskut chispmore tu (alasan le nih!!!)

Ok.....kali ni aku nak cerite sikit pasal trip aku ke Spain aka ke Madrid & Barcelona. Aku rasa 'picture speaks thousand words' so tak payah la aku tulis banyak-banyak tapi gambar je penuh. Anyway, apa-apa tips akan aku kongsi jugak ye!!

OK....aku start journey aku dari Madrid dan kemudian barulah ke Barcelona naik LCC bernama Vueling Airlines. Tak banyak yang boleh aku cerita kat Madrid ni sebab aku rasa ianya kureeeeng menarik...bagi aku la dan aku sekadar jalan-jalan tengok sini sana aje masa kat Madrid ni.

Secara jujurnya, aku tak minat ngan Madrid ni. Walaupun ianya sebuah bandar yang agak moden dan sibuk tapi contruction in progress merata-rata especially kat tempat tourist. So banyak le tempat2 best yang aku malas nak amik gambor sebab potong stim je tetiba nampak plak tractor, kren dan buruh kasar bagai. Kat sini jugak banyak museum so aku ni bukan nya minat sangat pun tempat2 macam nih!

Ok....kat madrid ni senang nak bergerak sebab ada train so aku pusing ajalah merata. Antara tempat yang aku lawati adalah seperti Puerta Del Sol, Plaza Mayor, Plaza De La Villa, Gran Via dan lain-lain.

Hajat hati nak melihat bull fighting tak tercapai sebab masa tu takda so tengok stadium je lah dari luar. Memang ada plan nak masuk tour dalam stadium bullfight tu tapi dua kali aku terlepas....sampai-sampai dah tutup....itulah akibat tak plan betul-betul.

So, nikmatilah gambar-gambar kat bawah ni....













Hasrat hati nak tengok Real Madrid Stadium tercapai jugak dan aku pun amiklah stadium tour dia yang berharga EUR15.













Real Madrid Stadium Tour

Plan nak tengok bull fight tak menjadi sebab takda perlawanan masa aku disana. Aku plak cuma dapat pergi kat luar stadium Plaza De Toros tu untuk amik gambar....jadilah kan!!






Stadium Bull Fight

Berjalan-jalan diwaktu malam di Madrid agak chantek sebab lampu liplap merata-rata especially kat bangunan-bangunan lama dia. So, aku pun amik la gambar sana sini buat kenangan terindah gitu!!






Madrid at night.

Selama 4 hari 3 malam tu aktiviti aku selain jalan-jalan ada le jugak aku gi shopping. Ada satu factory outlet yang aku pergi kat sini namanya Factory San Sebastian de Los Reyes....kena naik train lepas tu menapak dalam 1 batu dari train station situ. Tidak semenarik factory outlet di USA tapi boleh lah......harga tak berapa murah sangat sebenarnya. Kat sini ada gak aku shopping sikit especially brand Massimo Dutti pasal harga dia jauh lebih murah dari KL..maklumlah ni kan ke Spain punya brand. Memandangkan harga agak mahal, save lah jugak duit aku kat sini.....kalau tak, rabak dibuatnya poket ku!!!

So selepas beberapa hari di Madrid, aku pun amik LCC namanya Vueling Airlines ke Barcelona. Harga yang aku bayar cuma EUR100....kira murah tu!! Aku depart dari Terminal 4 dia yang agak chantek....kaler kuning...aku suka la airport ni!!




T4 Madrid Airport

So macam tulah serba sedikit pengalaman aku kat Madrid. Tak banyak nak cerita sebab kurang menarik dan tak banyak tempat aku pergi.

Tunggulah trip ke Barcelona aku yang lebih menarik......memang best!!

So, tungguuuuu!!!!!!