Sunday, July 20, 2008

JEJAK KASIH & MAKAN-MAKAN KAT RPM

Hari ini hari Ahad. Ada la sikit jamuan kecil-kecilan yang aku buat kat umah. Sebenarnya kita orang ada perjumpaan dengan other Malaysians yang tinggal ataupun bekerja kat Phuket pukul 3.00pm nanti. Ini merupakan kali pertama dilakukan dan aku amat excited maklumle nak jumpa lain-lain orang Malaysia yang sebelum ni tak kenal. So, sementara menantikan pukul 3, we all decided to lepak-lepak kat umah aku dulu.

Jamuan KFC ni ditambah pulak dengan nasik goreng dan buah-buahan yang dibawak oleh Fahmi dan Sumoon. Sama je crowd nye macam malam semalam punya barbeque kat rumah Mdm Ruby.


Jamuan rengan sajork


Keluarga Fahmi


Tuan Tanah dengan kengkawan


Makan ramai-ramai


Lepak-lepak kat balcony

Lebih kurang dalam pukul 3, we all pun semua turun kat bawah ke Les Anges Restaurant dalam kawasan rumah aku ni. Mdm Ruby dah buat appointment dengan Dave Chang dan Mr Fu, two Malaysians yang dah tinggal di Phuket lebih dari 10 tahun. Dave mempunyai bisnes yang bersangkutan dengan event di Phuket manakala Mr Fu pulak mempunyai seafood restaurant dan hotel di Phuket.

Selepas berkenalan dengan Dave dan Mr Fu, few other Malaysians pulak datang. Kali ni berkenalan dengan Mr Raymond yang mempunyai business didalam kitchen supplier, Mr Boon yang mempunya kilang fish ball di Phuket, Mr Low yang merupakan Director untuk Tropical Living Magazine dan Shafar sekeluarga yang baru sahaja berpindah ke Phuket sebulan yang lepas. Shafar merupakan Director of Sales & Marketing untuk Hilton Hotel & Spa Resort di Phuket.

Dave merupakan orang yang bertanggungjawab meng'organize' first gathering ni dan katanya few more Malaysians yang bekerja di dalam bidang perhotelan yang sepatutnya join gathering ni tapi tak dapat datang.

Seronok dapat berkenalan dengan other Malaysians maklumla kalau kat tempat orang nih, penting untuk kenal mengenali antara satu sama lain. Banyak jugaklah kita orang bersembang dan rata-rata gumbira dan mahu menjadikan ini sebagai acara bulanan.

So sekarang, aku dah mula rasa seronok sebab dapat lagi berkenalan dengan kawan-kawan baru di Phuket.


All Malaysians for One di Les Anges


Seronok jumpa for the first time


Sembang sambil berkongsi pengalaman


Dave the organizer yang berbaju biru

Saturday, July 19, 2008

MALAM BARBEQUE DI PHUKET

Malam ni ada jemputan kat rumah Madam Ruby, Director Tourism Malaysia untuk barbeque.
Macam biasa aku teruja kalau nak kerumah dia yang cantik ni. Acara malam ni merupakan our second gathering sejak aku bertugas ke sini.

Makanan agak simple dan tak berlebihan macam ari tu. Iyalah bukan ramai pun kita orang kat sini.

Boss Harley Davidson Phuket, Mr Sumoon yang sempoi pun datang join kita orang. Last week, we all dah pergi kedai dia dah tapi tak pulak bawak camera. Kalau tak boleh gak tunjuk pose atas motor Harley dia yang ada le dekat 30 bijik kat kedai dia tu.

Anyway, it was a great night and thanks Mdm Ruby for being such a nice and spoRting host for us.

Next time buat lagi yek...


Ramai-ramai posing lepas kenyang


Mdm Ruby, Maa, Tuan Tanah & Sumoon (boss besar Harley Davidson Phuket)


Karaoke time as usual


Kipas sambil posing


Sibuk semua mengipas barbeque


Tuan tanah dengan Fahmi tengah mengipas

Wednesday, July 16, 2008

HARI SELASA YANG SIBUK

Hari ni penuh dengan pelbagai aktiviti...kira busy le ni.

Awal pagi aku dah sampai kat Konsulat Thailand di Jalan Ampang untuk meng'renew'kan visa aku. Tekan punya nombor giliran, 036 yang keluar....dan pada masa tu baru je serve pelanggan yang ke 5.....alamatnya kena menunggu panjang le.

Tah camana, nasib aku amatlah baik. Ada plak seorang pelanggan yang tertekan button silap (ni kes nak apply benda lain tapi tertekan button lain la nih)dan meninggalkan number giliran dia atas meja sebelah aku. Apa lagi terus jela aku sambar. Tiket dia tertera number 017...wah...bertuahnya aku!

Lepas settle submission untuk buat visa, aku pun pergi ke IKEA. Saja nak cari barang sikit nak bawak ke Phuket. Aku dah buat comparison, kat sini barang-barang lagi murah dari sana dan IKEA merupakan empat yang paling seswai le kalau nak beli barang-barang rumah.

Kebanyakan yang aku beli barang-barang kecik je sebab senang nak taruk dalam beg nanti. Dari cutlery, vase, tissue paper, tray, candles sampaile throw semua nya aku borong untuk kegunaan umah aku kat Phuket nanti. Rabakle jugak dalam RM200...nasib baik within budget.

Lepas je abis shopping kat IKEA, aku pun terus ke Summit USJ. Aku nak borong dvd plak sebab aku memang suka layan movie nih. Ada la satu kedai dvd kat Tingkat 3 (dekat dengan cinema) yang jual dvd 9 agak murah dalam RM6 sebijik dan good quality. Apa lagik....borong je lah 10 movies ari nih.

Cerita yang aku beli dan tak tau le bila gamaknya aku akan habis tengok:-

a)Doomsday - action packed
b)Long Khong 2 - horror (my faveret nih)
c)Journey to the Center of the Earth - cilakak betui ingatkan yang Brendan Fraser nye
d)College Road Trip - black comedy
e)The Love Guru - comedy
f)Prom Night - horror
g)Women Quanba - action packed (Japanese)
h)Set-up 2 - light musical
i)Dragon Wars - err..kategori apa yek?
j)Quid Pro Quo - action thriller


Long Khong 2


Prom Night


Doomsday


The Love Guru


Dragon Wars

On the way balik, singgah jap kat Subang Parade sebab nak cari apa-apa cd lagu yang menarik. Dan of courselah aku beli OST Sepi yang ada lagu Yuni Shara tu. Satu lagi cd yang aku terbeli dari Kumpulan MAY yang bertajuk 'Rock Klasik' yang merupakan sebuah album cover version. Yess....aku memang minat rock kapak especially sebab Mus ada nyanyikan lagu Srikandi Cintaku dendangan asal Kumpulan Bloodshed yang teramatlah feveret aku dolu-dolu. Tracklisting dalam album ni macam kat bawah ni:-

a)Akan Ku Kenang - lagu Junction
b)Tiara(gandingan Mus bersama Yantzen & Oney) - lagu Kris
c)Cinta Bandar Tasik Selatan(menampilkan Yantzen)- lagu Olan
d)Bunga Padang Pasir(menampilkan Oney)- lagu Sofea (orang perak yeop)
e)Srikandi Cintaku - lagu Bloodshed
f)Tika & Saat Ini(duet Mus bersama Oney)- lagu asal Medicine
g)Tiada Lagi Aku(menampilkan Oney)- lagu Rusty Blade
h)Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara(menampilkan Yantzen)- lagu Mega
i)Patahnya Sayap Malam - lagu Massa
j)Pendirian(gandingan Mus bersama Yantzen & Oney)- lagu baru



Puas ati aku ari nih....

Tuesday, July 15, 2008

EVERYDAY LOW FARES

Untuk mengubat hati yang sepi, apakata ramai-ramai pergi bercuti?

SEPI - YUNI SHARA

Aku nak jiwang sikit lepas tengok cerita Sepi arahan Kabir Batia malam tadi. Puas dan sedap cerita dia. Lagu-lagu dia pun sedap didengar terutama lagu 'Sepi' dendangan Yuni Shara yang mendayu-dayu ni.


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir dihariku
Namun ini hanya
Ada di bibir.. di bibir saja

Aku ini
Yang biasa mengerti
Walaupun yang lain
Mau mengerti
Namun berat beban dihidupku
Biarkan saja... biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh... Ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
aku tetap diam oh...

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh... ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam...

Tuesday, July 8, 2008

TEMPAT JATUH LAGIK DIKENANG......



Visa aku akan lupus tarikhnya minggu depan. So, maknanya aku kena balik KL. Yes....best nye. Memandangkan pejabat konsulat Thailand kat KL cuma beroperasi dari Senin ke Jumaat, so maknanya aku pun akan bercutila minggu depan untuk menyelesaikan urusan nih.

Tak sabar rasanye nak tunggu Jumaat ni sebab malam tu aku akan balik ke KL. Tiket baru je dapat tadi dan boss aku yang kat Bangkok tu dah pun approve cuti aku untuk hari Senin dan Selasa depan.

Niat hati inshallah akan balik ke kampong hari Sabtu ni menjenguk ibu dan adik beradik yang lain. Tapi tak boleh lama le sebab Senin aku dah kena pegi settlekan visa aku KAT KL.

Camana agaknya umah aku kat SubangJaya tuh? Jadi tempat lepak kawan-kawan adik aku kah? Bilik mandi dan toilet bercucikah? Mintak-mintak semuanya ok le. Adik aku yang ditugaskan untuk tinggal dan menjaga umah aku tu pun tau aku akan balik minggu ni. So, kalau keadaan umah aku tu tunggang langgang dibuatnye memang adalah yang nak kena lahar nanti.

Ermmm....dah terbayang-bayang nasik lemak, teh tarik dan roti canai Malaysia. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagik dikenang, inikan pula tempat menangis?? (errr...ada nangis kah???)

Sunday, July 6, 2008

COOL SUNDAY

Hari ni hari Ahad. Seawal pukul 10 aku dah bangun (awal ke tuh?). Malas aku nak keluar pergi breakfast so aku masak aje le burger. Nasib baik ada stock dalam peti ais. Air oren ari tu masih ada lagi so aku pun matchkan je lah untuk santapan pagi ni. American breakfast kononnya.

First time aku breakfast kat balconi aku. Not bad jugak sebab suasana dia agak nyaman. Sambil makan sambil aku bukak laptop check apa-apa yang patut. Senang kalau umah ada wireless nih.


Breakfast kat balcony aku - ngadap umah jiran


Pool ada kat belakang tu

Lepas makan dan lepak bagai, aku pun keluar. Ingatkan nak beli barang rumah sikit sebab maklumle umah aku masih kosong lagi. So, aku pun merayau le kat Central Festival saja carik apa-apa yang patut.

Mostly yang aku beli adalah barang keperluan dapur. Aku sambar rice cooker (kot2 nak masak le), pisau, kain lap mulut, tupperware buat isi makanan, sudu, garpu dll le. Senang sikit sebab aku mesti nak pakai benda-benda ni walaupun tak le selalu. Habis banyak jugak aku dibuatnya.

Habis je shopping, aku terstop plak kat satu kedai yang menjual barang-barang home spa "THANN". A well-kown brand dari Thailand dan agak terkenal disini. Kat Malaysia pun ada satu kedai dia kat One Utama.

Actually memang aku minat benda-benda camni almaklumle kat umah pun ada bathtub (wah gitew) so kiranye bolehlah berspa bagai nanti. Sembang punya sembang ngan salesgirl dia yang comel tu (tule sebenornye aku terstop tadi)dan dek terpujukrayu oleh kemanjaan dia yang begitu memberangsangkan minda aku, terussssssssssss aku terbeli.

Sebagai permulaan (nak mencuba katanye), aku beli Aromatherapy Shower Gel yang mengandungi campuran lime dan lemongrass oil yang boleh menyuntikkan 'Oriental Essence'. Sedap bau dia dan begitu refreshing sekali. Banyak jugak bauan lain yang aku test tapi yang satu-satu ni memang aku suka.

Dah dapat shower gel, mesti le kena try body scrub. So awek ni recommend kat aku suruh pakai Aromatherapy Salt Scrub yang mengandungi campuran mint, citrus dan nutmeg oil. Seminggu sekali katanya untuk dipakai untuk mencucikan kekotoran badan. Beria-ia dia menerangkan benda ni kat aku dan akhirnya aku akur untuk mencuba barangan ini.


Body Scrub

Lepas dah dapat shower gel dan scrub, tak cukup syarat kalau tak pakai Sea Foam - Rice Extract Body Milk katanya. Phuket panas dan elok kalau pakai body milk ni sebab ianya akan menyerlahkan kesegaran sipemakainya. Aku iyakan ajalah penerangan awek ni. Lepas try 2-3 jenis, aku pun tertarik dengan campuran mint, thyme, rosemary dan eucalyptus oil. Baunya agak nyaman dan menyegarkan. Senang deria aku menerimanya.


Body Gel & Body Milk

Tak cukup lagik, aku terbeli pulak aromatherapy burner dan minyaknye. Yang ni memang aku nak beli dari dulu sebab umah aircond taruk aromatherapy burner memang sedap. Aku ni suka sangat dengan bau lemongrass ni so aku pun sambar le satu. Berbau nyaman dan segar la rumah aku lepas ni.

So, end-up, aku terbeli 5 barang kat kedai THANN ni. Dapat le discount 5% tapi tak banyak manapun. Anyway, memandangkan benda ni lebih murah dari kat Malaysia, so aku rasa kira berbaloile jugak shopping kat sini.


Thann Home Spa Products

On the way balik, aku singgah kejap kat Index Mall. Kiranya ala-ala IKEA le ni. Barang-barang dia not bad jugak dan barang-barang deco umah memang banyak. Syok aku dibuatnya. Hajat hati aku cuma nak beli barangan untuk bilik mandi aku. Memandangkan aku ada 2 bilik mandi, so kenalah beli 2 set.


Barangan bilik mandi tuan tanah


Untuk second bathroom

Penuh boot kereta aku dengan barang-barang shopping. Dan banyak jugakle wang aku terburai ari nih.


Chantek tak plat kereta tuan tanah?

Thursday, July 3, 2008

EVERYDAY LOW FARES

Take a break and pergile bercuti.....



Sila buat booking sekarang di www.malaysiaairlines.com.