Wednesday, December 10, 2008

DAY 11 - EDINBURGH, SCOTLAND



Hari ke 11, we all dah sampai ke Lancaster University untuk tinggal dengan sepupu Rasydan yang namanya Hiz & Yana. Dia orang sekeluarga dengan 2 anaknye yang comel dan aktif yang teramat sangat, Hadiff & Hafiyy dah tinggal kat sini dalam lebih kurang 6 tahun. Hiz kerja kat sini manakala Yana plak tengah study PHd.

Dari Lancaster plak, we all travel dengan penuh berkobar-kobar ke Edinburg, Scotland plak. Perjalanan dalam 3 jam aja ikut highway utara selatan. Edinburg ni memang tempat lawatan yang aku teringin sesangat nak pergi sebab bandar ni bandar lama dan penuh dengan castles. Tu yang aku nak tengok sesangat tu. We all sewa kereta je sebab senang nak berangkut. Kos dalam 3 hari untuk 5 seaters kereta SAAB with built-in GPS dalam lebih kurang GBP320 sahaja under Europcar. Actually, kalau booking kereta awal, you all akan dapat lagik murah!!

Sampai di Edinburgh, Scotland, apa lagik.....amik gambor le we all!! Gambar kat bawah ni dalam kawasan area University of Edinburgh yang dok kat tengah-tengah bandar tu. Memang heritage betulla building dia.




Sambil berjalan-jalan dalam bandar ni, aku pun amik la gambor sini-sana saja test power kejap camera aku ni:-














We all pun singgah jap kat Edinburgh Castle dia yang popular tu. Tempat ni ats bukit. So, kenalah menonggek sikit mendaki untuk sampai ke puncak istana hinggapan ni.













Abis je kat istana nih, we all pun pusing-pusinglah bandar Edinburgh yang penuh bersejarah ni. Ada funfair tu sempena Krismas kat dalam bandar ni.





Hiz & Yana sekeluarga

Edinburgh di waktu petang yang dah gelap

So, itulah abis satu hari kita orang menjelajah Edinburgh, Scotland. Rasa tak percaya plak yang Orang Rawa telah tercapai impiannya yang dari dolu lagi nak sangat sampai ke Scotland. Alhamdulillah!!!

3 comments:

Anonymous said...

cantik betul Scotland ni yea..... begitu menakjubkan...

MOLY said...

penuh dengan bangunan2 yang unik ....

akhirnya sampai ye bang ke sana ...
rezeki tuh

:)

orangrawa said...

Leez....scotland bandar klasik!! Bangunan lama aje!!

Lily...tu la sampai gak!!