Friday, December 5, 2008

DAY 4 - KEMBARA 3 NEGARA

Hari ni perjalanan kita orang agak adventurous sikit. Seawal pagi we all dah bangun sebab our flight ke Bergamo, Italy dalam pukul 12.15 tengahari. Seronok merasa English breakfast ramai-ramai dengan suasana sejuk kat luar tu. Memang soooooooo English uolsss !!!

Lepas makan, Salima’s husband, Mr Wahab pun hantar we all semua ke Bristol Airport. Perjalanan dari rumah dia ke sana dalam masa 20 minit. Sepanjang perjalanan memang chantek tapi kita orang tak berkesempatan nak explore lagik.



Dengan keluarga Salima & Rasydan

We all beli Ryan Air tiket dalam internet masa sale last week. Murah siut dan berbaloi giler. Satu orang return ticket termasuk taxes/surcharges cuma dalam GBP30 aje. Ryan Air ni macam Air Asia la jugak LCC kaedahnya. Perjalanan dari Bristol ke Bergamo dalam lebih kurang 2 jam dan we all selamat sampai ke Bergamo, Italy dalam pukul 3.30ptg waktu tempatan.


Kat Bristol Airport tengah surfing

Kat Bergamo Airport, cuaca hujan la plak. Lepas abis immigration clearance we all terus ambik bas ke Milan plak yang Cuma sejam je perjalanannya dari Bergamo. Tiket bas we all berharga Euro 31 untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kira ok le tu.

Sampai je di Milan Centrale Statiozione we all pun beli le ticket KTM untuk pergi ke sebuah bandar yang terletak didalam negara Switzerland yng dinamakan Zermatt. Yes kawan-kawan, we all meredah 3 negara dalam masa satu hari ni. Start dari England masuk ke Italy dan akhirnya pergi ke Switzerland. Dan untuk pengetahuan korang, trip ni bukannya we all organized infact main redah je. So, kira adventurousla tu kan?

Perjalanan dari Milan ke Zermatt mengambil masa selama 2 jam menggunakan KTM nya ang agak bersih, chantek dan ada kelasss walaupun kita orang cuma ambik 2nd Class aje. Dalam train ni we duduk keletihan je lah sementara menunggu tibanya ke Station Visp yang merupakan station KTM terhampir dengan bandar Zermatt.


Dalam train ke Switzerland

Untuk mengetahui apa yang we all buat kat Zermatt, tunggu sat ya cek nak hapdetkan!!!

2 comments:

Lily.Lulu said...

3 negara kembara ????
woww woowww !!!

larat ke kaki tuh bang ?
hikss~
:P

orangrawa said...

Lily.....letih tapi syiok!!!