Friday, December 5, 2008

DAY 3 - LONDON & BRISTOL


Inilah dia Marble Arch

Aku check-out dari Marble Arch Inn dalam pukul 11.00 pagi. Lepas simpan barang dalam storage room, aku pun berjalan keluar kat Oxford St sekali lagik. Masa ni orang ramai giler sebab cuaca tengah baik dan orang plak busy shopping untuk Christmas.

Dalam berjalan-jalan tu, tak semena-semena tershopping la aku beberapa perfume yang tengah sale kat kedai Parfumes kat Oxford St tu. Bayangkanlah satu EDT Jazz YSL 50ml, EDT Benetton 100ml, set Azzaro 50ml dengan deodoren altogether cuma dalam GBP30 je untuk 3 bijik perfumes. Giler murah dan rugi plak aku rasa kalau tak beli. Siap di kasik bath towel Dunhill lagi sebagai hadiah.



Aksi-aksi Santa Clause di Selfridge

Lepas pusing-pusing aku patah balik ke hotel untuk amik barang. Aku akan ke Heathrow Airport untuk berjumpa dengan Rasydan dan famili dia yang akan sampai dengan flight MAS dari KL dalam pukul 4.00ptg nanti.

Lepas jumpa dia orang, dengan bantuan kawan Rasydan, we all pun berombonganlah beramai-ramai ke Bristol. Disinilah tempat study Rasydan dan wife dia dulu. Kat Bistol ni we all akan stay kat rumah Profesor Salima yang merupakan cikgu si Rasydan dan Zana masa study dulu.

Best rasanya dapat duduk dalam rumah yang serba-serbi English. We all excited giler tengok rumah ni yang telah berumur 79 tahun katanya tapi masih lagi baik dan kukuh. Apa lagik, amik gambor la aku tak lepas peluang.

Malam tu kami disajikan dengan Lasagna panas yang sedap. Perut amatlah lapar dan memang sesuailah rasanya. Kita orang pun belasahlah seadanya sebelum kita orang tidur dek kekenyangan dan keletihan.


Lasagna yang panas


Salad


Roti Panas


Tepi unggun api


Aksi ceria Afrina & Adiva


Tangga naik ke tingkat 2


Disinilah aku tidur


Living Hall


Dapur ni umur dia 79 tahun!

Memang seronok dapat experience macam ni sebab ni lah first time aku merasa suasana real English. Rasa soooooooooooooo klasik lah!!!

2 comments:

Lily.Lulu said...

suka laa tgk rumah tuh
very the english gitew !!

i loikeeeeeee
;)

orangrawa said...

Lily...memang chantek umah dia...i loike too!!