Thursday, December 18, 2008

JENJALAN KE HARRODS & COVENT GARDEN



Lepas je melawat sakan banyak tempat, aku pun jalan-jalanlah kat kota London yang sejuk tu. Seronok sebenornya walaupun sejuk sebab ye lah Malaysia kan ke panas dan tak sesuai nak jalan-jalan pakai baju kot bagai. Aku main hentam keromo je dan takda tujuan pun sebab memang aku nak explore London ni tanpa memikirkan hala tuju sesangat.

Tapikan....end-up aku terpergi balik semula ke Harrods, tempat shopping yang glamour tu. Masa ni aku ingat nak le jugak beli satu dua benda buat kenang-kenangan. Aku tau tempat ni memang ramai orang especially pelancong luar yang begitu kagum dengan kehebatan pusat shopping nih.

Aku pun amik kesempatan snappy sana-sini sebab aku tengok ramai jugak yang amik gambor. Tempat ni memang chantek dan begitu lavish sekali. Dia punya egyptian escalator tu memang chantek macam jalan kat Mesir la plak rasanya.

Antara gambar kat dalam Harrods yang aku ambik hari tu:-








Kalau korang nak tau, kat tingkat bawah Harrods ni, ada satu kawasan yang dijadikan sebagai tempat memperingati pasangan romantis yang mati terbunuh accident yang telah menggegarkan satu dunia sedikit masa dulu. Ye.....kawasan pengabdian kenang-kenangan untuk Lady Diana & Dodi Al Fayed (anak lelaki tokey Harrods yang kaya raya ni). Di abadikan jugak dalam pyramid kaca sebutir cincin berlian lambang cinta abadi dia orang.


Potret Lady Diana & Dodi Al Fayed


Cincin berlian dia orang



Lepas tangkap gambor, aku pun terbelilah biscuit dan English coffee dia yang terkenal tu. Sebenarnya tujuan aku beli sebab aku minat sangat dengan packing kotak dia yang kaler hijau tu bukannya isi kandungannye sangat. Itu jelah yang aku beli yang yang lain-lain tu pokcik tak mampu. Pakcik bukan berduit pun.....!!!

Keluar dari Harrods aku pusing lagi kat area tu. Hari dah mula gelap padahal belum pun pukul 5 petang lagik. AKu amik jugak beberapa gambor on da way aku nak balik tu kat area Covent Garden.





Itu jelah penutup lawatan aku untuk ari tu!!

2 comments:

Lily.Lulu said...

wah ..
princess diana
dodi al fayed

bestttt ...
jeles x sudah nih

orangrawa said...

Lily.....hehehe....air asia dah keluar tambang murah ke london...kumpul duit inshallah boleh datang!!