Tuesday, September 30, 2008

SHOPPING RAYA

Hari ni sehari suntuk aku keluar untuk last minute shopping raya. Dari SubangJaya menghala ke Shah Alam dan lepas tu terus aku hambat ke Jalan TAR yang memang terkenal dengan kehebatan sambutan shopping raya nya.

Target aku cuma nak dapatkan sepasang baju raya lengkap sampin dan songkok. Aku ni memang jenis suka beli last-last minute dan selalunya aku akan ricky dulu banyak-banyak kedai sebelum aku decide mana nak beli.

2 hari lepas aku dah pergi ke SACC Mall dan Kompleks PKNS dan memang ada satu dua baju melayu yang aku dah tengok dan suka. So hari ni aku saja je pergi ke Anggerik Mall yang sebelah SACC Mall tu. Pusing punya pusing terlekat kat satu kedai yang namanya Qamilla Butik yang dipunyai oleh seorang wanita chantek orang Sarawak (kalau tak silapla). Aku tertarik sangat ngan satu baju melayu linen kaler kuning so apa lagi try la. Try punya try malang sesangat sebab yang ada cuma saiz M & S je. Kat kedai ni katanya dia cuma buat sehelai je untuk satu saiz...maknanya untuk setiap kaler baju melayu tu akan cuma ada satu saiz S, M dan L saja.

Memandangkan kaler kuning cair tu aku takdapat so aku pun ubah selera la plak ke kaler hijau cair. Chantek jugak aku tengok dan aku rasa kaler dia agak lembut dan sedap mata memandang. Malas aku nak pikir panjang aku rembat aje la. Dah ada baju melayu kenalah ada butang baju melayu, samping, kain pelekat dan songkok. So, untuk melengkapkan segala persiapan, aku pun belila jugak. Ermmm.....kopak jugak aku dibuatnya tapi takpalah setahun sekalikan?




Tak dilupakan juga aku beli sepasang baju krung buat emak aku. Aku tengok baju hitem ni chantek sesangat so aku sambar jelah untuk mak aku. Mintak muat le.




Dah dapat apa yang aku hajati, terus je aku pecut ke Jalan TAR. Sini suasana memang meriah dan punyalah ramai orang. Seronok tengok gelagat orang yang shopping dan penjual kat sini. AKu rasa sini merupakan kawasan yang paling besar bazar ramadan nya dan segala jenis bangsa manusia ada kat sini untuk shopping.

Kat sini aku cuma belikan beberapa tudung untuk mak dan kakak-kakakku. AKu bukannya tau sangt bab ni tapi aku rasa ikut chantek mata aku je terus aku beli.



Aku pun rasa letih sesangat sebenornya tapi sempat gak aku snap gambar sikit-sikit untuk menunjukkan betapa meriahnya Jalan TAR ni.Macam-macam style ada yang dibuat dek penjual untuk menarik perhatian pembeli.



Start masa siang.....





Shopping aku membawa ke malam

So, apa lagi....esok ada satu hari lagi, sapa -sapa yang belum shopping, datanglah ke Jalan TAR. Memang meriah uollsss!!

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Jambangan indah lagi berseri
Menjadi hiasan di aidil fitri
Email dan virtual card ku kirimkan pengganti diri
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maap Zahir & Batin.

From Phuket With Love

ORANG RAWA

Monday, September 22, 2008

HARLEY RIDER - TWO FAT BOYS TOGETHER-GETHER (with new photos updated)


Harley Davidson 'Fat Boy'

Malam ni ada bukak posa ngan tarawih sekali atas jemputan kawan kita orang, Khun Sumon. Aku dan Fahmi dijemput oleh Sumon untuk berboka posa kat umah emak dia. Sedap betui masakan kampung. Puas betul aku makan malam nih. Tapi tak sempat plak ambik gambar sebab segan maklumlah ramai yang dijemput termasuklah tok imam dan bilal kampung. Lepas boka posa kita orang semua buat tarawih kat masjid dikampung dia pulak.

Bukan ni yang aku nak cerita sebenornya tapi the highlight of the night was kita orang dapat bawak Sumon punya Harley Davidson. Pergh.....best siut!!! Merasa gak duduk atas Fat Boy nih. Nak beli tak mampu so tumpang orang punya aje lah. Sumon ni plak baik hati dan tak kesah punya kalau kawan-kawan dia nak try. Maklumlah....dia ni tokeh besar Harley Davidson kat Phuket nih!! Dalam kedai dia ada lebihkurang 30 bijik....namakan aja model apa yang korang nak.....sume ade!!!

So, apa lagik......perasaan bagus la aku tadi ngan Harley Davidson model FAT BOY. Seswai le tu ditunggang plak oleh another FAT BOY jugek!!!


Ride Thailand - Kedai Sumon


A Fat Boy & Slim Boy Riders


Gigih aku mengempiskan perut untuk Harley pose!!

Few photos aku tangkap siang tu tapi lupa plak nak masukkan:-







MERIAH BERSAMA LAGU RAYA


Kumpulan Cenderawasih

Wah...sekarang nih kalau bukak mana-mana blog banyak bebenor lagu raya. Aku suke...aku suke...meriah rasanya!!

Dalam banyak-banyak lagu raya, lagu Cenderawasih yang bertajuk 'Bersama DiHari Raya' adalah antara feberet aku. Aku ingat lagi masa kecik-kecik tengok dalam tv penyanyi India dua beradik ni. Masa dia orang nyanyi lagu ni, dua-dua duduk bertimpuh sambil badan dia orang goyang kekiri kekanan. Hahaha....nostalgia sesangat!!

Tak ramai penyanyi bukan melayu yang menyanyikan lagu raya nih tapi Cenderawasih ni berjaya menyampaikan lagu raya ni dengan sora yang tersendiri....ada sengau-sengau sikit....tapi memang best!!!

Sunday, September 21, 2008

BOKA POSA RAMAI-RAMAI

Malam ini kita orang ada jamuan boka posa kat rumah Mdm Ruby. Ini adalah pertama kali kita orang buat dalam bulan posa. Ramai yang join dinner nih especially Malaysians yang menetap kat sini. Tak ketinggalan jugak kawan-kawan Thai yang turut memeriahkan uolls boka posa kita orang...first time katanya.


Tengah masak ramai-ramai

Madam Ruby bermurah hati memasak nasik berlauk daging goreng kicap, spagethi, kuih keria, gulai masak asam, ayam gowreng rempah, keropok dan jugak air sirap pandan (aku suke). Fahmi dan keluarga plak masak nasik lemak (feveret semua) dan mee goreng. Dilla dan Shafar plak masak daging masak dendeng dan aku plak paling senang sebab bawak buah-buahan, ais batu dan pinggan mangkok dan cawan untuk makan.



Antara lauk-pauk yang harus dibelasah secukupnya


Antara yang ready untuk dimakan


Nih...menunggu untuk digowreng!

Disebabkan ramai jugak yang datang malam ni, so sesangat meriah lah jadinya. Yang paling best lepas kenyang tu Madam Ruby buat teh tarik plak. Wow....sedap giler dan kita orang pun apa lagik.....belasah jelah tanpa melihat kekiri kekanan.


Aweks-aweks Siam


2 jejaka ngan ramai aweks


Pose makan kat luar


Shafar, James, TT, Raymond & Gerard



Aikohana & Farhana yang kiutmiut


Dilla & Shafar - emakbapak Aikohana


Tuan tanah ngan Lilian - emakbapak lain2

Seronok tengok budak-budak yang walaupun kecik tapi bijak. Aikohana dan Farhana yang sporting dan comelote. Kami suruh dia orang ni pose seksi dan nilah hasilnye:-




Pose Aikohana yang seksi katanya




Aksi sexy Farhana plak


Tuan tanah ngan tuan rumah - jangan gossip okay!!

Memang best kalau boka posa ramai-ramai....tersangatlah meriahnya dan makanan yang berlebih tu pun kita orang apa lagik....tapaulah buat bersahur!!!

Alhamdulilah......lagik 10 hari lagi nak raya!!!

DEATH MAGNETIC - METALLICA'S NEW ALBUM



Inilah album terbaru yang aku beli petang tadi. Yeap...album terbaru Metallica yang bertajuk Death Magnetic. Dah lama aku tak follow Metallica especially sejak dia orang dah tukar konsep lagu dia orang dalam 2-3 album selepas ini. Tapi sekarang...they are back....with konsep yang sama macam album-album terawal dia orang dulu macam The Black Album yang penuh dengan lagu-lagu ngetop antaranya Enter Sandman, Sad But True, Nothing Else Matter dan jugak album Master of Puppets yang terkenal dengan lagu Master of Puppets & The Unforgiven yang telah menggegarkan arena thrash metal masa tu dan terjual berjuta-juta keping.

Kat USA, baru je 3 hari dipasaran tapi telah terjual 490,000 keping....bayangkanlah!! Peminat-peminat Metallica mahukan dia orang back to their root macm dolu-dolu dan bukannya berexperiment dengan konsep lagu-lagu baru.

Album baru ni mempunyai 10 lagu dan antara lagu-lagunyanya:-

1. That Was Just Your Life
2. The End of the Line
3. Broken, Beat & Scarred
4. The Day That Never Comes
5. All Nightmare Long
6. Cyanide
7. The Unforgiven III
8. The Judas Kiss
9. Suicide & Redemption
10.My Apocalypse

Kebanyakkan lagu-lagu dia memang best dan yang paling aku suka track number 2,1 dan 10. Pergh....memang head banging bro. Lepas ni boleh lah layan dalam kereta masa nak ke opis ataupun dalam ipod aku kalau kemana-mana.

Metallica Rulez brotherrrrrrrrrrrrrrr!!!!!

Thursday, September 18, 2008

SAMBAL SARDIN TELUR DADAR

Hari ini aku pecah record. Buat pertama-tama kalinya AKU MASAK. Untuk jamuan sahur plak tu. Sebenornya tak plan pun tapi lepas tengok blog Ziana yang pasal sambal sardin tuh, terus aku ke dapur jap tadi. Tetiba teringin shima plak aku nak makan sardin. Nasib baik stok ada aku bawak dari KL masa balik last week.

So, apa lagik....panas kuali, goreng telur dadar dan masak sambal sardin. Pergh......tah apa rasanya aku pun tak tau.....tapi berselera pokcik makan. SEkarang aku dah kenyang dan nak terbongkang dah. Perut aku semakin memboncit nampaknya bolan posa nih....ingatkan boleh la kempis....rupanya.....nan ado!!!!


Mula-mula begini


Lepas tu jadi camni


Akhirnya terus jadi macamni!

BANDUNG TRIP - DAY 3

Hari terakhir aku mostly relax je. Memandangkan flight aku petang dalam pukul 5.15pm, so aku pun menggatal la lagi ke Kota Kembang. Ni pun aku dapat informasi dari blog Lily. Kat sini boleh dikatakan syurga dvd pirate. Punyalah murah giler dalam RM2satu dvd. Apa lagik....aku boronglah cerita-cerita yang aku minat. Antaranya crite Forgetting Sarah Marshall,Death Race, Red Cliff, The Strangers, Buenos Aries 1977, Meet Dave, Frontiers dan banyak lagik termasuk la Desperate Housewife complete season 3 & 4. Memang murah dan aku dah try dah....gambar chantek dan terang gilos. Bayangkan dalam semua 31 dvd aku beli, kalau duit kita cuma RM51 aja.....huhuhu...i lioke!!!

Aku pun ada gak beli cd original kat sini untuk lagu-lagu Indon. Murah banagt sih....satu cd original cuma Rupiah40,000...tak sampai pun RM20. Banyak gak aku borong macam album Nidji, Best of PeterPan, soundtrack Ayat-Ayat Cinta dll. Memang puas.


Original cd yang murah bangat

Dalam syok-syok beli dvd tu tetiba aku teringat sesuatu. AKU LUPA NAK KE PASAR BARU. Ya rabbi...masa tu aku kelam kabut giler. Padahal tujuan kau ke Bandung ni untuk shopping buat kaum family aku yang sebenornye. Apa lagik....bagaikan Amazing Race Asia Season 3, terus aku memecut mencari taksi mintak dibawakkan ke Pasar Baru. Masa ni aku memang dah kalut dah sebab aku dah tak banyak masa.

Sesampai kat Pasar Baru, terus aku carik kedai telekung dan tudung untuk keluarga aku. Memang aku tak pedulik...janji beli. Aku tak sempat pun nak explore sangat sebab orang terlalu ramai dan agak sesak. Lepas aku dapat semua yang aku nak, barulah aku rasa lega.....kalau tak, sia-sia je lah aku ke Bandung tak beli barang untuk emak, kakak dan makcik2 aku.

Abis shopping aku balik hotel kemas-kemas. Beg aku punyalah penuh...dan aku gerenti akan excess baggagenya. Sampai airport bagai dijangka, aku kena bayar excess baggage. Suma sekali aku kena bayar RM200.....nasib baik duit ada lagik...kalau tak memang naya.

Anyway, syok le jugak shopping kat Bandung especially kalau untuk barang barang pompuan ataupun budak-budak. Memang banyak dan murah. Bagi orang lelaki, oklah jugak especially kalau korang kaki jeans dan tshirt.


Kat airport - nak balik KL dah.

So, itu jelah pengalaman aku kat Bandung. Sampai jugak trip yang main terjah nih.

BANDUNG TRIP - DAY 2

Sebelum aku ke Bandung nih, aku dah surf kat blog Lily sebab aku teruja tengok trip Bandung dia ari tu. Banyak informasi aku dapat dari Bandung travelogue Lily tu. Thanks yek Cik Lily....senang sikit teman nak bershopping.

Hari kedua aku dah nekad akan ke Tangkuban Prahu. Ye lah....dah sampai Bandung aku rasa tak lengkap kalau tak kesini. So, aku pun buat booking ngan hotel...kiranya charter satu kereta dan dia akan bawak aku le. CHarge yang dikenakan dalam Rupiah550,000 untuk 12 jam ataupun dalam RM200 le duit kita. Memandangkan aku dah plan nak ke factory outlet yang lain plak lepas ke Tangkuban Prahu, so aku rasa berbaloi la jugak. Kalau pergi ramai-ramai sure save punya tapi apakan daya, kawan berkelana seorang diri sajork. So, bayar je lah....jangan cakap banyak.

Dari Hotel Mitra ke Tangkuban Prahu mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Perjalanan melalui kampung-kampung dan semakin hampir ke tempat tu semakin sejuk sebab dia atas bukit. Untuk memasuki Gunung Tangkuban Perahu ni, dikenakan bayaran Rupiah 35,000 sorang. Lepas bayar, supir aku tu pun drive la sampai ke puncaknya. Sampai kat atas, aku tengok pelancong masih tak ramai...maklumle aku pergi seawal pukul 9.30pagi.


Puncak Tangkuban Prahu gak


Kat atas puncak Tangkuban Prahu


Suka tengok benda nih

Kat sini ramai orang berjualan dan ada tukang guide yang akan bawak korang menjelajah kebawah untuk sampai ke Kawah Domas. Kawah Doams ni tempat yang ada gaizer dan kalau korang nak masuk telur rebus pun boleh. Untuk pengethauan korang, kalau nak kesini kena ada tukang guide nya dan upah yang korang kena bayar untuk sejam ialah Rupiah150,000. Aku pun sebab curios sesangat nak tau benda ni, so aku pun layan je lah.

Nasihat aku kalau sapa yang tak larat nak menurun bukit, better jangan pergi ke Kawah Domas nih. Trek dia gak mencabar gak dan bayangkan lah dahle posa tapi aku gagahkan jugak...demi melihat gaizer yang tahkebendanye tu. Korang jangan plak terkejut ye sebab perjalanan korang akan diikuti oleh 4 orang yang lain jugak yang bertugas sebagai penjual barang-barangan. Kiranye semua sekali termasuk aku adalah dalam 6 orang....pelancongnya sorang (aku le tu) padahal tukang ngikutnya sampai berlima.


Kawah Domas


Laluan ke Kawah Domas


Stop sebab letih sebenornye...maklumle posa

Lotih pokcik....duduk kojap!!



Di Kawah Domas

Perlu diingatkan bahawa 4 orang yang ngikut tadi tu akan berusaha bersungguh-sungguh mempromosi barang2 jualan mereka. Yang dijualnya macam key chains, tasbih dan beberapa souvenir lagik. Aku sebenarnya memang tak hingin langsung nak beli sebab dah le barang2 dia tak menarik mahal nak mampos plak tu. Dia orang akan memujuk kita suruh beli gak. Disebabkan aku dah rimas sesangat dengan pujuk rayuan dia orang, sudahnya aku beli je la. Lagipun aku kesian gak tengok dia orang nih....dah le ngikut aku dari atas sampai kebawah..alih-alih tak masyuk langsung. Atas dasar kasihan, aku beli je la.

Kawah Domas merupakan kawasan lawatan terakhir untuk Tangkuban Prahu. Kat hujung tu supir aku dah pun menunggu untuk membawak aku ke destinasi seterusnya....apalagi shopping le!!


Perjalanan balik yang menyejukkan

Factory outlet yang pertama di hari kedua adalah Rumah Mode. Aku rasa ini merupakan yang terbest le kalau dibandingkan dengan lain2 FO tu. Tempat dia pun chantek dan orang punya lah ramai. Kalau korang nak tau, actually ramai bangat orang2 Jakarta ke sini untuk weekend shopping.

Kat sini aku sambar beberapa helai baju tshirt dan sehelai celana Banana Republik. Oklah....harga agak murah cuma saiz mungkin payah nak carik sikit. Memandangkan pinggangku yang agak besar....so senanglah dapat saiz!!!


Rumah Mode


Nyaman persekitaran Rumah Mode

Lepas Rumah Mode, supir aku pun bawak ke Donatello, Cihampeles dan beberapa lagi factory outlet yang aku pun tak larat dah nak amik gambor.


Donatello Factory Outlet - kedai kasut


Paris Van Java - mostly restaurants

Gambar-gambar kat Cihampeles





Untuk kali kedua yang berturut-turut, aku berboka posa kat restaurant makanan padang. Tak puas rasanya malam semalam tu dan aku nak makan lagik. Restoran padang yang sama tapi berlainan lokasi.


Nasik padang yang sodap


Tetap teh botol dingin

Lepas je berbuka, aku pun suruh supir aku bawa ke Kartika Sari....sebuah kedai yang terkenal dengan brownies, cookies, kuih-muih dia yang sedap tu.


Kartika Sari

Antara makanan yang cantik dan menarik:-






Destinasi aku yang seterusnya ialah balik hotel....sebab pokcik dah lotih bebonar. Tak larat rasanya.....dari pagi sampai ke malam keluar!!! Now...time to rest pulok