Friday, December 12, 2008

DAY 12 - MANCHESTER



Hari ke 12, we all masih kat Lancaster lagik. Terimakasih la banyak-banyak kat Hiz & Yana sefamily sebab membenarkan kami semua menompang kat rumah dia orang untuk beberapa hari. Dah le tu, dia orang siap masak lagik untuk we all. Terimaksih daun keladi ye dan kalau boleh next time, we all datang lagi.

So, mana plak nak pergi ari ni? Apa lagik, drive keluar dalam sejam, maka sampai le we all semua ke Manchester plak. Ya......ada peminat MU sini? Aku tak minat sangat tapi layan je lah sebab dah dekat pun tempat ni dari Lancaster.

Sampai-sampai je we all dah excited sungguh dan terussssssss amik gambor kat luar stadium tu.




Lepas tu, we all serbu plak MU Mega Store dia yag besar giler tu. Kat sini aku bukannya shopping apa pun tapi lebih-lebih plak amik gambor.










Lepas tu we all pun masuklah MU Museum yang kena bayar dalam GBP30 untuk family tickets (5 orang). Ni ha gambor-gambor aku amik kat dalam muzium tu:-





Lawatan ke stadium dia pun termasuk jugak dalam ticket yang we all bayar tu. Untuk masuk ke sini, akan ada satu pokcik tua yang speaking London nye punyalah pekat yang akan menjadi tour guide korang. Lepas dia bercerita pasal stadium ni, korang cuma diberi masa selama 15 minit aje untuk pose bagai kat dalam stadium tu. Tapi kawasan bergambar agak limited dan tak dibenarkan sama sekali turun ke padang. Kalau korang nak turun jugak, memang la kena belasah ngan pokcik tua tu.






Habis ke Stadium MU, we all akhiri bandar Manchester dengan melawat Hard Rock Cafe (HRC) dia kat tengah-tengah bandar tu. Kalau korang nak tau, kawan aku Rasydan ni merupakan peminat HRC yang tegar dan dia memang suka collect HRC t shirt sebagai personal collection. Sekarang ni dah beratus helai dia ada dah kat rumahnya. Yang baju HRC Manchester ni yang keberapa aku pun tak tau.







Kat luar HRC tu ada plak Manchester Eye rupanya.



So, lepas abis ke HRC, we all pun baliklah keletihan sebab nak kemas barang-barang semua. Ini merupakan malam last kat Lancaster buat we all sebelum berangkat balik ke London keesokan harinya.

Untuk Hiz & Yana sekeluarga, aku nak ucapkan ribuan terimakasih lah diatas jasa baik korang. Memang appreciate sesangat dan hopefully we can keep in touch. Jasa kalian akan tetap ku kenang!

Next day, balik seula ke London la plak uolss!!!

6 comments:

sepul said...

wallaweii...bestnya. jeles betul.ini adalah tempat idamanku. bila la agaknya gua boley jejak kaki sini yek.boleh bikin gila kalu saya masuk MU Megastore nih.

hiz and yana said...

no problem abang tom! lain kali boleh datang lagi ke sini..keep in touch!

orangrawa said...

Sepul.....kumpul duit nanti boleh mai sini.

Hiz & Yana........thanks so much....memang kena keep in touch ni!

Leez said...

bro...if u dont mind...agak2nya how much you spent for this trip? I plan nak jelajah Europe lah next year.

Lily.Lulu said...

bang ....
kita tang2 bola tuh jeles x sangat la
tapi bila tengok hard rock .. mak jeles nokkkkkkk !!!

huhuhu~

orangrawa said...

Leez....actually kalau pergi few people dan sharing tak abis byk. Yang banyak tu sebab terrrrrrshopping. Dalam RM6K dah lebih dari cukup dah!!

Lily....hehehe....takpa ada souvenir HRC buat Lily!!