Wednesday, December 17, 2008

ROMBONGAN KE LONDON EYE



Lagik kisah apa yang aku buat kat London dalam hari-hari terakhir kat sana. Harap-harap korang takle termuntah membacanya ye.

Ok...sebagai pelancong, tak sahlah kiranya kalau tak pergi ke London Eye yang terletak kat River Thames tu. Aku ni bukanlah minat sangat pun tapi dah sampai London kalau tak tengok benda tu depan mata rasa tak syok la pulakkan. So, we all pun ramai-ramailah ok benda ni.

London Eye ni terletak berdekatan dengan Parliment House, Big Ben (jam besar tu) dan Westminster Abbey. So, kiranya satu tempat tu dapatlah tengok dua tiga benda. Kalau tak silap aku, tube station dia Wesminster.

Memang ramai orang kat sini dan ramai gak aku terserempak dengan orang Melayu yang lain. Kalau korang nak tau, kat London ni ramai Melayu tapi entahle aku tengok ramai yang nyombong. At least, aku senyum le jugak bila terserempak dengan dia orang walaupun tak cakap apa-apa. Dia orang ni, kalau dah senyum tu balas jelah balik dengan senyuman.....susah sangat ke? Bukankah senyuman itu satu sedekah?

Anyway, nilah gambor-gambo yang aku ambik kat area ni:-






Aku le ni, sapa lagik!


Berpusu-pusu manusia ke London Eye

Ni plak kat area tu, ramai yang carik duit cara ni:-







Kalau korang nak tau, kat London Eye ni jugak korang boleh beli tiket ke Madam Tussauds (muzium patung lilin). Dia ada harga tiket combined yang murah sikit la kot tap aku tak ingatlah berapa harganya sebab aku memang tak minat pun nak tengok benda tu.


Patung Lilin

Naikkah aku ke dalam capsule London Eye tu? Jawapannya tidak sebab bagi aku tiket dia agak mahal. Tengok dan amik gambor dari bawah pun kira cukuplah tu! Malas aku nak buang duit!!

2 comments:

Lily.Lulu said...

kalau saya yg tempat lilin tuh saya nak masok .. walaupun lilin tetap nak bergambar bagai jugekkkkk ...

tapi london eye tuh lebih kurang mcm eye on msia ajo ..

amik gambo pun jadi la ye bang .... dr beli tiket baik beli benda lain .. ye tak ???

yg eye on msia tuh dah naik belom ??? :P

orangrawa said...

Lily....tu le amik gambor sajork....yg msia pun tak naik lagik!!