Thursday, December 18, 2008

MENYEMBAH RATU DI ISTANA BUCK


Buckingham Palace

Kalau ke London, orang kata tak sah kalau tak ke Buckingham Palace. Tempat ni merupakan kediaman rasmi Ratu Elizabeth dan keluarganya. Orang cakap kalau bendera kat luar tu nun dipuncak, maknanya Ratu Elizabeth ada kat dalam. Kalau setengah palang je bendera tu, maknanya dia takda kat situ. Masa aku pergi tu, bendera penuh dipuncak. Aku jenguk-jenguk jugaklah celah pagar tu kot-kot nampak kelibat Ratu Elizabeth tapi nan ado. Tengah breakfast la kot sebab masa aku datang tu kira awal pagi jugak.

Menurut ceritanya, Buckingham Palace ni ada 775 bilik yang termasuk 19 State rooms, 52 Royal dan bilik tidur tetamu, 188 bilik untuk staff dia, 92 biji office dan 78 bilik air. Untunglah yek staff dia sebab dapat tidur dalam istana....mesti glamour tuh!!

Tujuan orang ramai datang sini sebab nak tengok upacara rasmi pertukaran pengawal (changing of guards) yang amat famous tu. Bukan setakat tukar pak guard aje, siap ada alunan kompang dan paluan gendang lagi kabornya.

Hari we all pergi tu, punyalah lama tunggu dan berasak-asak ni nak lepak depan pagar tu. Aku siap tolak-tolak lagi dengan pelancong Jepun yang asyik nak potong view aku je dengan kemera bagak dia. Geram siut aku dibuatnya sebab tempat aku landing tu memang baiknya spot kalau nak snappy.

Tengah dok sibuk tu, alih-alih ada sorang polis pompuan ni cakap, "Sorry guys, there will be no changing of guards today, please come tomorrow at twenty past eleven".

Apa raaaa.......letih je we all tunggu....patut tak keluar-keluar pak guards tu. Yang kita orang dapat tengok cuma perarakan polis berkuda yang masuk kedalam istana tu aje. Itupun dia orang ikut pintu belakang tanpa melalui main entrance tempat ramai pelancong berkumpul tu.

Ni je lah gambor-gambor yang aku amik kat sini:-










Akhirnya, we all pergi je la souvenir shop kat sebelah istana tu. Namanya The Queen's Gallery. Sini banyak souvenirs dia jual dan segala benda yang berkaitan dengan istana siap pinggan mangkok lagik. Siap je la duit ye kawan-kawan kalau nak shopping sini.



So, kira melepas lah we all nak tengok pagi tu. Takpalah kan.....sebab rasa malas plak nak datang keesokan paginya. Banyak tempat lain nak kena lawat lagik!!

2 comments:

MOLY said...

hiduppppppp ratu !!
wahh .. gitew !!

:D

orangrawa said...

Lily....sembah ratu dari orangrawa kaedahnya!!