Tuesday, October 28, 2008

MAKAN-MAKAN KAT KATA BEACH


Kampung Kata Hill Restaurant

Malam ni we all keluar makan-makan lagik. Kali ni buat pertama kalinya dia orang menjejakkan kaki ke Kata Beach (kalau orang Siam dia pronouncekan 'Katak Beach). Tempat ni tak berapa jauh dari Patong Beach (dalam 2-3km kot) dan juga merupakan kawasan percutian yang agak popular tapi tak le sesebuk di Patong Beach.

Aku bawak dia orang try satu restoren ni yang bernama Kampung Kata Hill Restaurant. Agak keMalaysiaan namanya tu yang aku ajak dia orang try tu. Sebuah tempat yang agak unik diatas bukit bak rumah kampung dan dipenuhi dengan replika patung-patung Buddha. Agak menarik dan dipenuhi dengan mat saleh je semua. We all je yang orang Asian kat situ malam tadi. Feeling internasional kejap!!


Entrance dari bawah

Memandangkan seats yang agak terhad, maka we all semua kenalah tunggu orang abis makan. Sementara menanti, we all duduk dulu kat level bawah dimana ada jugak disediakan table untuk makan-makan. Tapi tak bestla kan kalau duduk bawah ni sebab view dia tak menarik. So, we all pun tunggu lah sampai 30 minit dan lepas tu ada meja kosong dan kita orang pun gigih le naik ke atas pulak.


Di celah-celah


Dilaman bawah

Makanan yang diorder agak simple tapi enak. Bayangkan kta orang terpaksa order nasik goreng seafood dia 2 kali dek kesedapan nya yang hingga menjilat sudu dan garpu.


Menu Book

Nilah yang we all order malam tadi:-


Nasi goreng seafood - 2 kali order tuh!


Ikan masak pedas


Mixed vegetables


Fish Cake

Abis makan, we all pun amik la gambar buat kenang-kenangan.

Feeling ala-ala patung cendana

Overall, puas hati sebab sedap...tak rugi try. Lagipun suasana dia sesuatuh sangat dan boleh feeling-feeling ala kat kayangan gitu disebabkan lokasinya yang agak tinggi dari paras jalan raya yang kat bawah tu.

Puassssssssssssssssssss!!!!!!!

LAWATAN KENGKAWAN KE PHUKET


Selamat datang uollss!!

Hari ini bersamaan dengan tanggal 27 October, aku telah menerima kunjungan beberapa rakan baik dari Malaysia. Mereka disini dalam sesi percutian mereka sempena Cuti Deepavali kot aku rasa! Korang semua pasti kenal nye sebab dia orang ni famous bloggers gitu!


Miss Phuket yg susuknya dah expired!!

So, apa lagik....meriah le jumpa dia orang. Since aku kerja, so aku cuma sempat jumpa masa lunch time aje. Tempat pertama yang aku bawak ialah ke tempat makan seafood milik Uncle Foo (orang Malaysia gak). Seronok dan puas we all makan tengahari tadik. Lokasinya yang chantek dilereng bukit berhadapan dengan saujana laut meluas menambahkan lagik selera we all semua. Abis makan, dia orang turun bawah ke kaki laut untuk ambik pose-pose menarik. Dengan keadaan perut ku yang teramat berat lagi kekenyangan bak seekor ular sawa lepas melahap, tidaklah aku dapat untuk turut serta dalam sesi bergambor itu. Aku sekadar tengok dari atas pelantar sambil mengurut perutku yang semakin membesar dek bahana ikan garupa masak masam manis, kangkung belacan, tomyam udang, udang masak tahpahapatah (sedap giler) dan special makanan compliment dari Uncle Foo iaitu cekodok seaweed udang yang punyalah rangup dan sedap sehinggakan mentua tah sapa-sapatah yang lalu kat belakang we all, we all tak perasan. Punyalah sedap katakan!!


NikLi tengah berkerut


Mr Foo - tokey restaurant


EA tengah tersengih


Ziana ngan Lily

Nilah hidangan tengahari we all kat Restoran Hin Tang di Kamala Beach:-


Udang masak sedap


Ikan Kerapu masam manis


Tomyam Gung


Kangkung Belachan


Seaweed Goreng Udang

Abis makan dan bergambor, aku hantar dia orang ke Patong Beach untuk sessi jalan-jalan. Aku pun lepas tu balik le semula ke opis sambung kerja seadanya. Malam ni plak, dia orang akan pergi tengok Phuket Fantasea yang best dan nostalgic tu. Sure banyak gambor dia orang ambik nanti.


Oit...apa pegang bontot aku nih!!

pst# Tak sempat nak upload gambor. Lagipun, saja buat saspen sapa agaknya gerangan kawan-kawan yang datang tu!! Aku nak cilok gambar dari blog dia orang je nanti...hehehe!!

Monday, October 27, 2008

KL/JAKARTA RETURN RM279 - CUTI 2009



Aku memang dah lama teringin nak ke Jakarta. Setakat ni Surabaya, Jogjakarta, Bandung dan Bali aku dah pernah sampai tapi capital city Indon ni jugak yang aku tak sampai-sampai.

Sebelum ni aku dah pernah beli tiket ke Jakarta tapi bila sampai tarikh nak flynye, aku ada meeting plak yang wajib bukan sunat kena attend gak. So, lebuh gitu jela tiket aku. Lepas tu plan farewell boss aku yang sepatutnya dibuat di Jakarta pada minggu lepas dicancelkan plak. Tak jadi lagi jawabnya.

So, kali ni aku nekad. Apa nak jadi, jadilah. Memandangkan MAS sekarang tengah buat promo baik punya ALL-INCLUSIVE LOW FARES, so aku pun apa lagik, beli tiket ke Jakarta jugak. Tapi ini bukan untuk sekarang tapi tahun depan 2009. Memandangkan bulan April kat sini ada cuti panjang yang dipanggil Songkran Holiday so harus sesangatlah aku melarikkan diri dari Phuket nih.

Check website MAS dan aku try malam ni jugak......pergh!!....dapat sudahnya. Jangan tak caya, roundtrip (pergibalik) tiket dari KL ke Jakarta cuma dikenakan RM279 sahaja. Wah.....murah beb...murah giler. Ini dah termasuk semua sekali including taxes, surcharges, insuran etc. Haruslah ramai mamat-mamat Indon akan naik MAS sempena promo ni nanti!!

Memandangkan tiket yang murah nih, kalaulah ditakdirkan aku tak dapat pergi jugak, maka terpaksalah burn gitu je tiket nih. Tapi aku taklah rasa ralat sangat kot sebab cuma RM279 je. Tapi mintak-mintak dapatle aku pergi ye....untuk cuti-cuti Indon tahun depan.


Jangan lupa lawat kami ya!!


Kedatangan mu akan kami sambut pak!!

Buk.....tunggukan kedatanganku. Aku ngak sabar deh!!!

Sunday, October 26, 2008

WILLIAM UNTUK KEDUA KALINYA

Malam Sabtu lepas berkesempatan jumpa member lama kat KL. Hari siang tu letih aku beropen house sakan, malam tu nak le pulak chill out lepak-lepak. So, memandangkan we all suma nak pergi makan, so aku cadangkan ke William. Yezza.....William yang sedap tu la dan lagipun dia orang tak pernah kesana lagik.

So, dalam pukul 9 malam, semua dia orang dah nunggu aku kat tempat pertemuan iaitu di bus stop opposite LRT Kelana Jaya. Sorry yek sebab aku lambat sikit sebab kena jumpa budak opis aku kejap kat SS15 amik barang.

Walaupun aku tersesat sikit sebab terlepas belok kiri tu tapi aku masih mampu divert sana sini sampailah akhirnya ketemu juga. Budak-budak tu sure nyumpah punya manalah aku bawak dia orang.

So, malam tu bagai dirasuk oleh nafsu normadiah yang membuak-buak tak sabar-sabar nak makan, aku pun orderlah benda-benda kat bawah ni. Memang tertamak betul aku malam tu sebab yang makannya 4 orang tapi yang aku order malam tu macam untuk 10 orang.


Ayam Pandan


Spaghetti Cabonara


Nasi Goreng Ketam


Mee Raja Ayam


Roti Hawaii


Mango & Ribena Blended

Sambil makan, sempat gak aku amik gambor-gambor kalau tak korang tak caya plak yang aku ke William...kan....kan...kan????


Ermmm....sedap!


Zaity & Hubby


Nisham


Nisham & Tuan Tanah


Mengumpat ke Kak Onah?

Anyway, everybody suka ngan makanan dia dan aku pun happy la sebab at least now dia orang dah tau satu lagi tempat makan yang best.

Saturday, October 25, 2008

HOME & AWAY GUEST HOUSE - AFFORDABLE STAY IN LONDON



Ingat tak plan aku nak tukar angin ari tu? So, aku pun start le buat research dah. Inshallah kalau jadik, aku akan mengikut family kawan aku yang akan kesana jugak....so dapat le save sikit sebab boleh share-share. Tapi plan mungkin akan larik sikit sebab terdapat beberapa tempat yang akan dilawati memandangkan kami akan stay di beberapa rumah kenalan kawan aku tu.

Anyway, member aku Hadi ada kasi satu blog ni yang sangatlah berguna sekali untuk sesapa yang nak ke London. Tempat penginapan yang agak murah dan yang paling penting berdekatan dengan banyak restaurant halal. Tempat yang dimaksudkan ialah Home & Away Guest House . Korang bacalah blog ni dan banyak info didalamnya. Yang best, siap boleh masak lagik dan tuan umahnya pun orang Melayu kita.

So, sapa kata stay kat London semuanya mahal?

Tuesday, October 21, 2008

BALIK KL LAGIK!!



Yezzza...........selamat pulang ke tanahair.....ekele...macam le jauh bebenor Phuket ke KL nih.

Aku suka sangat walaupun balik atas urusan kerja dan dalam bulan ni je dah masuk kali kedua. Nanti bulan November balik lagi. Asyik meeting aje....tapi okla kan....aku suka! At least dapat balik free sebab urusan kerja so Company bayorkan tiket kapatobang.

Sabtu dan Ahad ni pun ada jemputan open house...dua-dua kat Puchong. Kalau sempat pergi le tapi tak pergi tak baik plak sebab umah my oldfrens. So, tengokle nanti.

Since dah ada kat sini, ermmmm.......silap-silap ke William lagi nih. Huhuhuhu!!!!!!!!!

Monday, October 20, 2008

MAS ALL-INCLUSIVE LOW FARES - PANAS!!PANAS!!PANAS!!


Sekarang MAS tengah buat promosi yang paling ngetop. Promosi ni dipanggil "ALL-INCLUSIVE LOW FARES". Murah giler (i mean reallly murah dari harga biasa MAS)!!

Promo ni start dari 20 October (ari nih) sampai 9 November saja. Travelling period dia plak start dari 11 December sampai 31 July 2009. Memang murah giler dan sapa yang agak-agak nak merasa naik MAS (sebab asyik naik Air asia je...tukar le angin sikitkan?) bolehlah mula buat booking. Booking cuma boleh buat dalam internet je kat website dia disini.

Kali ni apa yang korang tengok dalam internet tu, itule total yang korang kena bayar sebab dah termasuk fuel surcharge, insurance, airport tax dan semua yang lain. No kidding....tu le pasal dia panggil ALL-INCLUDED LOW FARES.

Antara promo fares yang ditawarkan:-

ASEAN Destinations:-

a)KL ke Phuket/Bangkok/Singapore/Brunei = RM149 one way (all in)
b)KL ke Jakarta/Jogja/Medan/Surabaya = RM149 one way (all in)
c)KL ke Saigon = RM162 one way (all in)
d)KL ke Manila = RM219 one way (all in)
e)KL ke Phnom Penh/Seam Reap = RM202 one way (all in)
f)KL ke Hanoi = RM222 one way (all in)
g)KL ke Bali = RM269 one way (all in)

Australia Destinations:-

a)KL ke Perth - RM639 one way (all in)
b)KL ke Melbourne - RM734 one way (all in)
c)KL ke Brisbane - RM767 one way (all in)

Domestic Destinations:-

a)KL ke AlorStar/JB/KB/Kuantan/KT = RM54 one way (all in)
b)KL ke Penang/Langkawi = RM63 one way (all in)
c)KL ke Kuching/KotaKinabalu - RM103 one way (all in)

ALL IN - means dah termasuk segala-gala taxes/surcharges etc. Ya...no kidding.Untuk mendapatkan return fares, korang kali je lah dengan 2. Senang gitu!! In addition to that, makan dapat free, seat ada nombor, excess baggage 20kg free dll. Mana nak dapat kalau naik LCC?

Syarat-syaratnya:-

a) Cuma boleh dibeli di www.malaysiaairlines.com sahaja
b) 30 days advance purchase
c) No refund, no change of date etc
d) Tertakluk kepada syarat-syarat yang lain

So, apa lagik....kalau nak tiket murah yang betul-betul murah, buatlah booking sekarang. Plan siap-siap untuk perjalanan akan datang. Lambat booking kenalah bayar mahal!!

Sunday, October 19, 2008

PERTUKARAN PLAN?

Lagik pasal entry plan aku nak gi jalan-jalan tukar angin tu. Semalam member aku cakap (dia pun baca blog ni rupanya) yang why not aku tak ke Paris gak? Lagi pun bukan jauh Paris dari London tu.

Sebenarnya kat Paris aku memang ada kawan dan umah dia betul-betul kat kawasan Eiffel Tower tu. Quiet nice and very 'in-da-city' place actually. Dia dah stay kat sana masuk 3 tahun rasanya dan sooner or later dia akan dipindahkan (yeap....nasib kita orang camni le...kena berpindah-randah).

Betul gak kata dia tu tapikan Paris ni aku dah sampai dah 3 tahun dulu. Masa tu aku dok kat sana 2 minggu atas tugasan kerja (haha.....episode 'hitam' tak lupanya). Walaupun schedule yang agak tight, tapi masa tu sempat gak aku dan Syalleh (member aku seopisyang ditugaskan bersama) pusing-pusing Paris lepas abis kerja.

So, aku tak pasti samada nak ubah plan aku ke tak. Yelah kan.....Scotland aku tak pernah jejak kaki lagik dan mesti best tengok segala castle dan stay kat castle hostel dia yang sesuatuh tu. Paris plak kalau aku pergi merupakan lawatan kali kedua. Kalau tak pergi rugi plak sebab dah tak jauh dari London. Dan kalau aku tambah destinasi, maknanya lagi banayk le duit abis.


Mulanya disini


Kemudian kesinikah?


Atau kesini?

Apa yang nyata, cuti pun gerenti tak dapat lamanya sebab sure tak approve kalau aku amik lebih dari 10 hari. So, aku akan pikir-pikirkan dulu pasal plan ni dan tengokle camana nanti. Lambat lagi pun......so we will wait and see!!!

Saturday, October 18, 2008

SABTU YANG INDAH


Alhamdulillah diatas kurniaanmu

Hari ni ari Sabtu. Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab nak hantar laundry. Berkepuk-kepuk baju kotor aku dalam closet tu maklumla selalunya aku antar seminggu sekali tapi kali ni dah masuk 2 minggu.

Lepas antar laundry, aku masak burger ayam spesel jap kat umah. Kira breakfast la ni. Tah le...sekarang ni azam aku nak kuruskan badan, so tak nak makan heavy-heavy masa breakfast dan dinner. Lunch takpa boleh belasah.

Pagi ni jugak aku ada buat appointment ngan cleaner untuk cuci umah aku yang dah bersawang nih. Aku tak kenal pun sapa sebab staff aku yang tolong carikan. Upah dia dalam THB500. Dalam pukul 11, akak ni pun datang le. Orang Siam Islam dan dia duduk kat kampung sebelah kawasan umah aku nih je. Teruja dia bila tengok aku sebab memang tak dinafikan, penduduk kat kampung sebelah tu memang suka sesangat kalau jumpa orang Melayu Malaysia.

So sementara menunggu dia mencuci, aku layan le dulu blog ni sampai tengok tv. Rilex sikit ari ni sebab 2-3 ari lepas teruk gak aku buat preparation untuk next week. Ya..next week kena balik KL lagik (best nye). Ada meeting ngan boss baru aku yang akan ambik alih tugasan boss lama aku. Mintak-intak dia okle. Dan pagi Sabtu tu plak aku kena fly ke Bangkok (sepatutnya Jakarta) untuk farewell boss lama aku. Frust gak sebab lokasi dah bertukar dari Jakarta ke Bangkok. Bangkok ni dah selalu sangat aku pergi tapi Jakarta tak pernah sampai....asyik cancel je.

So, aku amik curi-curi gambor ni masa akak tu tengah cucikan umah aku:-


Ya rabbi...besarnya katil!


Apa tak pernah cucike? Serawang giler!!


Meja ni pun berhabuk!!


Janganle ada orang nampak pose tonggek akak!!!


Catwalk jap!!


Catwalk lagik....


Now...we bend and snap!!

Bila dia nampak aku amik gambo, terus akak ni stop keja kejap dan posing bagai:-


Chantek tak akak?


Akak suke otraman!!


Manja tak pose akak kat balkony?


I lioke here!!!

Biasala komunikasi memang problem sikit sebab dia tak boleh cakap omputih (tapi paham) apatah lagi bahasa melayu. So, bila aku tanya nama dia sapa, ni le yang dia tulis:-


Sofea beb namanye...................

Kat luar tu plak, aku tengok beberapa anak matsaleh seronok mandi kat swimming pool. Meriah budak-budak nih!



Hey kau.....jom try kuak lentang jom!!

Anyway, semalam dapat email dari HQ lagik. Ada another meeting kena attend kat KL pada 7 November. So, since meeting tu ari Jumaat, bolehlah aku stay weekend kat KL. Then, 22 November plak, anak sedara aku kawin kat kampung. Memang nak balik tapi tengok le dulu kot dapat cuti. Mintak-mintak time tu ada la meeting kat KL boleh le nyambil-nyambil balik kampung untuk kenduri kawin.

So, syukur kehadrat Ilahi aku masih bernafas di bumi Phuket ini dan masih mampu menikmati segala keindahan kurniaan Ilahi. Yang penting, ini hari, gua mau relax saja!!!!


Kami yang bebudak pun pandai bersyukur....