Wednesday, December 29, 2010

BALIK & MAKAN...dan makan..dan makan!!



Dah lama tak balik KL, 31hb ni aku balik....besttt!!

Banyak benda nak buat ni:-

a)First sekali - nak tengok wayang Hantu Mak Limah Balik Rumah....orang cakap best..mintak2 ada la lagi kat panggung.

b)Pekena nasik ayam kat Restoren Bawang Merah kat SJ...sedap gilerr!!

c)Order Domino Pizza kat SJ....aku suka pizza dia....sedappp!

d)Pergi pasar malam cari keropok lekor dan apam balik.....mantappp!!

e)Makan dan makan dan makan.!!

So aktiviti makan la sebenarnya yang banyak sebab nak termuntah dah aku makan makanan kat Vietnam ni!!

Shopping sempena Year End Sales.....tak main....sebab aku dah pokai giler sekarang sebab balik cuti Hawaii ari tu!!

Ohhh......tak sabarnya nak makan!!!

pst# gambar kat atas tu sekadar hiasan aje yek..tak relevant pun ngan entry nih...kan??

Saturday, December 18, 2010

CUTI-CUTI HAWAII - PART 2


LEI - traditional greeting from Hawaii

OK....apa kata aku sambung balik kisah cuti-cuti Hawaii baru-baru ni.

Kalau ke Honolulu, salah satu tempat yang wajib kena pergi ialah PCC (Polynesian Cultural Centre). Tempat ni the most visited by tourist katanya dan ianya merupakan satu pengalaman yang best untuk mengetahui sejarah dan kehidupan orang2 Polynesia.


Polynesian Cultural Centre

Polynesian Centre ini akan menunjukkan aktiviti di 6 perkampungan - Hawaii, Tahiti, New Zealand, Tonga, Fiji dan Samoa.




Ada banyak package kalau nak kesini....start dari USD40 (untuk show 'HA' aja) ataupun lain-lain. Aku ambik A'ali Luau Package yang termasuk transport, lunch, dinner dan 'HA' show. Semua sekali package aku bayar ni dalm USD120 la. Package aku ni termasuk guided tour yang akan bawak kami orang semua satu kampung PCC ni. Amatlah besar tempatnya dan kalau nak cover kesemua 6 perkampungan Polynesia ni...letih jugak beb!!

Sesampai je kat sini, setiap orang akan di kalungkan dengan 'LEI'....bunga yang kat gambar atas tu. Ini memang tradisi Hawaii dan kalau tak pakai ni...kira tak Hawaii la gamaknya.


Ambik gambar dulu ngan awek Polynesian

Kita orang jugak dibawak naik canoe untuk pusing2 kawasan kampung ni lepas tu stop kat setiap checkpoint untuk melihat aktiviti dia orang.


Lain-lain pelancong yang dalam canoe aku


Aku dalam canoe pusing2 kampung.


Perkampungan PCC


Ni dalam Rumah New Zealand


Aotearoa atupun New Zealand


Pahlawan FIJI


Rumah FIJI

Salah satu acara yang mesti ditonton adalah Canoe Pageant dimana 6 perkampungan ni akan buat show atas canoe masing-masing. Dia orang ni akan menari2 bagai atas canoe tu tapi takla plak terbalik canoe tu.Badan masing2 boleh tahan tapi dah memang terer agaknya tu yang ok je.


Pembukaan Canoe Pageant


Team Tahiti


Team Tonga


Team Hawaii


Team Fiji


Team Samoa


Team New Zealand

Kami sampai di PCC ni tengahari dan sampai lah kemalam sebab finale sekali yang kena tengok ialah show 'HA'. Agak menarik sebab dipenuhi dengan tarian, nyanyian, lakonan, makan-makan api dll. Sesuatu yang harus ditonton dan memang best.

Sebelum start persembahan 'HA', acara tradisi Pesta Luau diadakan dimana KHINZIR BESOR akan dibakar didalam tanah dan lepas tu dihidangkan buat semua untuk santapan. Seriauuu aku dibuat nya sebab KHINZIR BAGAK ni betul2 diletakkan kat meja dua selang dari tempat aku duduk. Sabar je lah......



Upacara Luau - Mari Makan Khinzir Bakar


Ramai giler manusia

Lepas makan, kami semua beransur masuk staium indoor dia un tuks show 'HA. Show nipenuh warna warni dan chantek sangat. Kat bawahni aku share gambar2 masa persembahan 'HA' tu. Ini adalah acara finale untuk malam tu:-















Banyak lagik gambar sebenornya tapi letih nak mengdaunloadnye.....slow hampeh internet kat sini...so aku tunjuk tu je lah ya!!

Kesimpulannya memanglah menarik dan harus korang lawat PCC ni. Walaupun agak mahal tapi berbalaoi-baloi bak kata Celcom. Ticket package yang aku beli ni membolehkan aku datang lagik untuk kali kedua...FOC..tak payah bayar.

Nanti aku cerita plak aktiviti lain aku yek!!

CUTI-CUTI DI HAWAII - PART 1


My hotel..Park Shore Waikiki

Aloha semua.

Baru balik dari Honolulu, Hawaii last week.......one of the best vacations aku pernah ada. Tempat yang cantik, bersih dan sungguh nyaman udaranya.

Ok.....saja nak share ngan korang pengalaman aku kat sana..kot2 ada plan korang kesana ke....so boleh tanya aku...mana2 yang boleh jawab lah.

Aku stay kat Honolulu ni selama 7 malam.....dan aku stay kat Park Shore Waikiki Beach....booking aku buat dari website dia.....sebab ada special sales setiap hari rabu kalau tak silap. So, lepas macam2 hotel aku surf dari Booking.com, sudahnya aku stay sini. Review dari Trip Advisor pun not bad.....rasanya hotel ni no 46 dari beratus hotel di Honolulu.


Ocean View room.......ok bilik dia @ USD100 semalam special offer.

Aku pilih Refresh Ocean Room.....ada balcony dan mengadap laut dan Diamond Head....a good choice tapi sudahnya tak perlu pun takpa sebab most of the time bukan dok kat hotel pun. So, nasihat aku, tak payahla book bilik2 ngadap laut yang agak mahal ni sebab bukan perlu sangat pun.

Untuk first entry ni (ada few entries lepas ni), aku cuma nak share ganbar2 yang aku ambik depan hotel aku......dikawasan Waikiki Beach...kawasan paling popular disini. Satu area yang amatlah bersih, pasirnya lembut dan sungguh indah atmosferanya. Walaupun aku duduk kat waikiki Beach ni, sekalipun aku tak mandi laut........perghh padahal dah ada depan mata. AKu ni bukan nya minat sangat mandi laut ni sebenornya....so..no hal la kiranya.

Gambar2 kat bawah ni aku ambik buat tatapan korang:-


Waikiki Beach area


Nampak budak ni..terus amik2 curi gambar dia...so cute!


Waikiki Beach depan hotel aku.


Pemandangan biasa disini!


Pelantar ni depan hotel aku.


Sangat bersih dan indah Pantai Waikiki


Pose kejap atas pelantar tadi.



Waikiki Beach waktu petang

Petang di Waikiki Beach


Nice view


Petang menjelma di Waikiki Beach


Taken across from Park Shore Hotel


Pantai Waikiki bersih dan family oriented


I love this beach....Waikiki Beach!


Pesisir jalan di Waikiki Beach

Ok....nanti aku share yang lain plak ya.....especially aktiviti aku kat Hawaii ni!

Mahalo!!!