Monday, December 29, 2008

AKU SUKA MOVIES NIH!!

Aku kena tag dengan ArnabGumuk baru-baru ni pasai movie kegemaran aku. Ok...aku memang suka tengok movie (tapi selalunya beli yang dvd punyalah)dan genre horror movie memang top of the list. Kalau tak horror, yang ada unsur-unsur mystic dan mystery pun aku memang suka layan.

To add to the list, aku pun layan gak movie yang sungguh cool jalan cerita dan lakonan pelakon-pelakonnya. Dan yang mengejutkan aku (memang real terkezut nih), aku teramat suka satu pilem Hindustan ni yang berjaya meremangkan bulu roma aku mendengar lagu-lagu syahdunya.

So, antara yang aku suka sesangat dan tak jemu-jemu ulang 3-4 kali adalah (tidak mengikut susunan):-


The Craft

Filem ini bagi aku amatlah cool giler dan aku suka tengok karekter Faruza Balk yang memang hebat sesangat. My all time favourite nih!!


Susuk - poster terbaik by Sue Anna Joe (blog dia ada kaT sini)
Lakonan Ida Nerina yang mangkagumkan dan walaupun dah lama cerita ni terperap, aku puas sesangat bila dapat tengok.


Bram Stroker's Dracula
Filem seram klasik yang mana masa ni Keanu Reeves masih belum ngetop lagi ada berlakon dalam movie nih.


Twilight
Baru je tengok tapi memang best dan cool giler. I really like!!


Jangan Pandang Belakang
Antara filem Melayu yang dapat menyeramkan aku sampaikan tak berani aku nak dok tenGok sorang-sorang.


Nang-Nak (new entry)
Lupa nak masuk cerita faverit ni. Gabungan seram dan sedih so jadilah sedihram (bukan satu dirham ya). Part paling aku suka masa si Nang Nak ni numbuk sambal belacan alih-alih barang rencahnya jatuh plak ke tanah. Tu dia....dia kasi panjangkan tangan dan seluk bawah rumah cari benda jatuh tu. Best cerita kisah cinta dua dunia nih!


The Italian Job
Love the actors, cars (faverit aku) dan ke'sempoi'an pelakon-pelakon dalam cerita ni.


Wanted
Another cool movie by Angelina Jolie plak tuh. Memang malatops!!


Ibu Mertuaku
Sapa tak tengok movie ni memang rugi giler. Kisah Kassim Selamat ni beb!!


Rock - by Mamat Khalid
Sempoi, kelakar dan mengimbau kenangan silam. Aku tabik ngan Abang Mamat Khalid. Sempoi yope ceritenye!!


Mann - Hindustan movie
Paling menyentuh perasaan aku bila tengok cerita ni (bukan jiwang okey). A very beautiful filem. Lagu “Khushiyan Aur Gham” memang menyebakkan aku bila mendengarnya. Sedih siut!!

6 comments:

ArnabGumuk said...

jiwang karat jugak mamat ni!!hahaha..suka tengok citer hantu..tp citer JPB tak berani lak tengok sorang2..hahaha..masa aku tengok ni..pompuan2 kat panggung tu asyik menjeriiiiit je..tp mmg menyeramkan la..espcly part ruminah sidek kluar..menggerunkan sngt!! anyway tq kerana menyahut tag ku itu..duu!!

orangrawa said...

Serius siut..JPB tu lain macam seremnya....rasa macam ada je benda kat belakang kita bila nonton citer nih!!

^aNgRiAni^ said...

filem wanted tu mmg best kan

salam maal hijrah bro :D

www.angrianiworld.com

lillies said...

hehehe..ingtkan berani tadik..hehehe...tgk JPb tu, seminggu saya x leh tido dlm gelap..huhuhu..anyway, Mann adalah cerita hindi yg paling menyayat hati n paling romantik utk saya...the best song is kusyia aur gham..bnyak makna tersirat lagu tu..huhuhu...

orangrawa said...

Angriani.....cite wanted tu menonjolkan kejelitaan dan ketereran si Anjelina Jolie tu. Girl Power tuh!

Lilies....tu la...gerenti nangis giler ni...tapi memang syahdu sesangat citer Mann nih!!

Farah said...

Bro, dlm keberanian nengok citer2 serems tu, ade gak terselit kesyahduan dan ayor mate ye.. hehee...