Sunday, February 17, 2008

JUSTIN FURTADO


Justin & Nelly

Lately ni, aku busy bangat. My on-going project sekarang very important. Aku kena oversee a big and major event for my Company. Infact, I am doing this for the first time ever...maklumla aku pun baru je masuk Department ini.

So, for the coming week, aku terpaksalah lupakan segala aktiviti sosial aku....ngadap kerja aja le to make sure semua ok. Kalau tak ok, kena ok kan jugak. Kalau masih tak ok, tetap ok kan jugak. Infact hari Sabtu dan hari ni aku terpaksa ke opis. Banyak benda yang aku nak kena settle to make sure everything is taken care of.

Kalau ikut-ikutkan, memanglah letih. Not to mention my crazy boss yang sooooooooooooooo perfectionist. Aku rasa kalau orang bunting, harus terberanak terus kalau kena sumpah seranah boss aku tu. For him, all aspects kena cover. Kalau tak cover, alamat berjawaplah aku. Remember, "coffee 3.00 o'clock on my table?".....statement standard dia yang aku rasa dah tah berapa kali aku dengar!! Tak larat!!

Anyway, aku pun taknaklah tension sesangat pikio benda-benda ni. So, untuk meredakan pemikiran aku, aku pun pergile kedai dan jumpa 2 DVDs ni.

Justin Timberlake 'Live From Madison Square Garden' dan Nelly Furtado 'Loose The Concert' memang berbaloi. Aku memang suka si Justin ni sebab show dia semuanya malatops. The quality of the DVDs is excellent(of courselah....ori apa??) dan almost all popular songs dia ada dalam DVD ni. Lagu-lagu popular macam 'SexyBack, 'Senorita', Like I Love You' dan banyak lagi memang mantap. Yang paling syok tengok bila dia menari.....memang best!!

Nelly Furtado ni pulak memang klasik. Aku suka penampilan baru dia yang agak moden as compared from her previous album. Lagu-lagu dia pun banyak yang catchy macam 'Promiscuous', 'Maneater', 'Crazy' dan lagu lama dia yang aku suka sangat 'Powerless'.

Walaupun aku tak sempat lagi nak tengok sampai abis tapi aku rasa dua-dua konsert ni memanglah ngetop. Nantilah aku ada masa free sikit aku akan layan sampai abis.


Lagu ni untuk orang rawa...enjoyce!!


Ketiakku licin....tak caya tengok!!


Go Justin....Go Nelly.....jangan lupa kat aku yek!!!!

Tuesday, February 12, 2008

KOTA SINGA

Sejak semalam aku berada di Kota Singa atas urusan kerja. Trip aku ni bersama-sama dengan Aida, Suzanna dan Zaki. Perjalanan dari KLIA ke Kota Singa cuma mengambil masa 55 minit je. Tak salah aku, last time I was here dalam 2 atau 3 tahun lepas. So sementara menanti flight, we all lepak la dulu bergedik santai kat Golden Lounge KLIA.


Tengah lepak kat Golden Lounge, KLIA

Tugasan aku ke sini merely for handover purposes from our staff di Singapore Office yang akan berhenti untuk menyambungkan studynye. It was a great loss to us since Annie merupakan seorang staff yang cukup berpengalaman dan bagus sekali. We will miss you Annie of course.


Annie Yee - the one sitting infront

Memandangkan aku dihotelkan di kawasan Orchard Road ni, so kiranya suasana kat sini kira happeningla jugak. Ramai orang yang keluar masuk shopping mall shopping sakan. Tahla...aku tengok takda pun yang murah.....dahle currency dia agak tinggi.


Our hotel kat Orchard Road

Kat sini, makanan halal consider tak le semudah di KL. Kat tempat kita, brlambak-lambak makanan halal......no issue langsung. Kat sini, kena tanya sebab tak semua halal....even the fast food restaurant pun. Melainkan ada tanda Halal tu, yang lainnya pasti ada serve pork.

Esok aku akan bertolak balik semula ke KL. Tak sabar rasanya. Bukan apa, aku ni takle excited sangat kat Kota Singa ni. I found it pretty dull la. Mungkin sebab tempat orang kot.

Pendapat aku je tu.......

Friday, February 8, 2008

YOGYA TRIP - LAST DAY

Hari ni adalah hari terakhir kami di Yogyakarta. Macam-macam perasaan ada. Bagi orang pompuan, disebabkan masa yang agak singkat dan jadual yang ketat, shopping agenda tak dapat diadakan. So, adalah jugak yang merungut. Tapi yang nyata, most of them are happy sebab aku dan Juliana really take care of them. It was our duty anyway.

So pagi tu, we all pun lepak-lepakla kat cafe dia for breakfast. Makanan dia sedap dan quiet lavish actually. Puas aku bedal pagi tu.


Nice cafetaria


Jamu pun ada...mau pak?

Lepas makan tu, aku pun ambikla beberapa gambar buat kenang-kenangan kat hotel tu.







So, sebelum bas datang nak bawak we all ke airport, aku dan delegates yang tinggal sama-sama kat Grand Mercure pun ambikla gambar buat kenang-kenangan.



Kami mula bertolak dari Yogyakarta dalam pukul 11.50am dan sampai kembali ke KLIA pada pukul 3.00pm hari yang sama.

Memang aku letih tapi aku rasa puas sebab misi aku berjaya akhirnya.


Ermmm.....last sekali to leave KLIA ...rasa letih tapi lega.

YOGYA TRIP - DAY 2

Hari kedua, kami dipisahkan kepada 2 group. Group pertama akan pergi bermain golf dan aku dan yang lain akan pergi ke city tour.

Tempat pertama yang dilawati adalah Istana Ngayogyakarta Hadiningrat. Istana ni tak le besar sangat tapi yang menariknya senibina dia mencantumkan unsur-unsur Muslim, Budhist & Hindu altogether. Menurut cerita, terdapat 500 orang part timer yang bekerja disini dan dia orang ni berkeja sehari seminggu aja. Macam senang aje kan?? Dan satu lagi, sebahagian dari istana ni telah rosak sebab gempabumi beberapa tahun yang lepas.


The Palace 1


The Palace 2

Kemudian kami dibawa ke Silver House Warta Suharjo. Disini, kami ditunjukkan selok-belok membuat alat2 perak. Memang too details dan aku rasa memang tak sanggup nak buat kerja dia orang ni.


Me at Silver House


Memang teliti kerja dia orang buat silver ni

Kemudian dibawak pulak ke Batik Research Centre. Disini, proses membatik ditunjukkan. Memang susah rupanya dan pekrja2nya tekun sesangat. Memang nilah dunia dia orang kot!



Selepas abis, kami dibawak ke Ibis Hotel untuk lunch. Memandangkan hotel ni terletak di kawasan shopping, so sempatla jugak kami semua lari kejap ke Malioboro Street. Memandangkan masa agak suntuk, kami tak sempat nak shopping sangatlah sebab bas dah menunggu nak bawak kami ke Borubudur.


Malioboro Street - shopping area

Highlight for the day was the Borubudur. Aku sebelum ni ingat Candi ni milik orang Hindu tapi rupa-rupanya Buddhist. Aku memang impress dengan senibina Borubudur ni dan binaannya tak mengunakan paku sabijik pun...main taruk-taruk batu aje. Kelasssssss sangat!!!


Me and Borubudur 1


Me and Borobudur 2


Juliana - thanks for your assistance


Me at Borobudur 3


Me at Borobudur 4


Quiet erotic plak...kan??


Group photo at Borubudur

Dimalam harinya plak satu lagi dinner di sebuah Restaurant milik Sultan Yogyakarta di panggil Bale Raos. Makanan disini marvellous siap ada iringan musician dan penari tradisional lagi. Memang best!!







Abis je dinner.....hari pun hujan. Macam tau-tau je. Semua delegasi dibawak balik ke hotel masing-masing untuk berehat sebab esok dah nak balik dah.

The Grand Mercure at night

Hallway heading to my hotel room


Near dining area

YOGYA TRIP - DAY 1 PART 3

Di malam yang pertama, kami semua telah dijemput oleh pihak Sultan Yogyakarta untuk menikmati jamuan makan malam di Parawisata Restaurant. Dress code pada malam itu adalah Batik, so aku pun terpaksalah jugak cari sehelai walaupun aku memang tak minat dengan baju batik ni.

Makanan yang dihidangkan adalah makanan orang Jawa siap ada satu corner tu serve jamu lagi. Not badlah jugak makanan dia.

Me with my Batik





Makan sedap nampaknya


Antara tetamu malam tu


Penari Jawa


Posing sikit

Selepas makan malam, kami semua dijemput untuk menikmati persembahan tarian Ramayana di dalam pentas theater disebelah tampat makan tadi.

Ramayana Show




Habis je show tu, kita orang pun dhantar balik ke hotel masing-masing. Malam pertama yang agak meletihkan tapi best dan puas.

YOGYA TRIP - DAY1 PART 2


View from my balcony


My beautiful room


Taken from my room

Memandangkan delegates agak ramai, jadi kami semua terpaksa di separatekan into 3 hotels. As a Project Manager, aku dah buat research dah hotel mana yang aku minat dan aku sendiri memilih The Grand Mercure Hotel sebagai tempat penginapan aku.

The Grand Mercure Hotel merupakan sebuah hotel classic with colonial style yang baru sahaja direnovate. Walaupun facilities nya agak moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kolonial dan tradisional Jawanya. Yang membuatkan aku suka hotel ni sebab balcony dia yang begitu cantik dan swimmimng pool dia yang best bangat....teruja aku dibuatnya.


Nice pool




Colonial style

YOGYA TRIP - DAY 1


Photo session

Awal-awal lagi aku dah ada kat KLIA. Ditangan aku ada lebih kurang 55 tiket yang aku dah pre-check-in untuk memudahkan inaugural delegates aku. Dalam lebih kurang pukul 7.30am, boleh dikatakan semua delegates aku dah check-in dan diarahkan untuk terus ke holding gate G2 untuk send-of ceremony.


Seperti biasa, super big boss aku akan memberikan ucapan kata alu-aluan diatas kesemua penumpang untuk inaugural flight ini. Dalam trip ini, kita orang ada menjemput para-para media seperti RTM dan TV3 serta few other journalists dari local newspapers. Selepas ucapan, almost everybody was given an inaugural certificate untuk acara bersejarah ni.

Perjalanan ke Yogyakarta mengambil masa lebih kurang 2.5jam. Nasib baik cuaca agak ok dan tidak ada delay. Kami diberitahu pesawat AK hari sebelumnya terpaksa diarahkan mendarat di Solo disebabkan oleh cuaca yang buruk. Lebih kurang pukul 11.50am, pesawat pun selamat mendarat di Adisujipto Airport Yogyakarta. Ketibaan kami disambut dengan penuh tradisi dan teramat meriah. Tarian tradisional menyambut penumpang-penumpang yang tiba dan setiap seorang diberi sehelai kain batik sebagai tanda cenderahati.


Airport reception di Yogyakarta

Traditional Welcome Dance

Setelah urusan imigration dan bagasi diselesaikan (walaupun agak kelam kabut sikit), kesemua delegasi dibawa ke Rumah Makan Ayam Nyonya Suharti untuk jamuam makan tengahari. Hidangan yang diberi agak sedap cuma yang tak syok tu makanan abis tak direplenish.....dahla perut lapar......tak reti-reti dia orang ni nak kasi nasik dan lauk tambah??

Selepas makan, kami semua dibawak dengan 2 bas ke Hotel Mercure untuk acara Buyers Meet Sellers session.


Delegates busy tengah buat deal


Business baik ni..