Tuesday, December 16, 2008

MAMMA MIA THE MUSICAL - kat LONDON TU!!


Prince of Wales Theatre

Alhamdulilah.....dah selamat sampai Phuket pagi ni. Rasa best pun ada tak best pun ada. Malas rasanya nak masuk opis balik lepas coti lama-lama ni.

Anyway, 3 hari sebelum balik iaitu bersamaan dengan hari Jumaat, tercapai lagik impian ilyana untuk menikmati salah satu persembahan terbaik dan popular di merata dunia. Ya.....aku pergi tengok Mamma Mia The Musical di London. Memang teramat sangat teringin nak tengok benda ni sebab memang tak sempat nak tengok kat KL yang akan main tak lama lagik. Memandangkan Mamma Mia ni kat London show dia hari-hari so aku pun amik kesempatan lah.

Memang susah nak dapat tiket sebab full house everyday tapi alhamdulillah dapat gak satu tiket last minute. Itupun satu je dan yang termurah (ok le tu sebab budget ciput je). Tiket aku bayar harganya dalam GBP27 dan duduk second row dari belakang. Tak kisah le sebab duit pun dah pokai dan janji dapat tengok.

Show aku tengok tu Jumaat petang pukul 5.30pm. Theatre dia terletak dekat je dengan Piccadily Circus iaitu kat Price of Wales Theatre. Punyalah ramai orang tak hengat. Yang best tu kat sini takda plak dress code. Korang boleh pakai apa je asalkan jangan datang bolen sudah. Siap boleh masuk makanan dan minuman lagik. Kalau kat Malaysia, jangan haraplah.....semua kena ikut protokol. Kat sini yang penting show tu boleh buat penonton enjoy.....tak kiralah kalau sambil tengok show tu dia makan ke minum ke etc. Sebab apa.....sebab yang bayor tu duit kita sendiri....kan?????

Tak banyak gambor aku amik sebab malaslah pulak jadi tourist bagai dalam theatre ni tapi antara yang aku ambik kat bawah nilah:-


Para pelakon dia


Orang sebuk cari seats - tertangkap si botak ni plak!!


Awek jaga souvenir shop

Masa show tengah berlangsung, tak dibenarkan amik gambor. Tapi aku curik-curik gak amik gambor celah ketiak berselindungkan jacket aku. Aku cuma dapat snap 3 photos je tapi satu je yang betul-betul jadik maklumlah tangkap curi ni. Takut gak kot-kot camera kena rampas ke....tak pasal-pasal je sebab memang dah warning tak boleh amik gambor.

Kalau korang dah tengok movie Mamma Mia tu sebijik macam tulah kat atas pentas musical ni. Abis satu lagu penonton akan bertepuk dan suasana memang best sesangat.


Curik-curik tangkap celah ketiak

Show ni dalam 2 1/2 jam dan tak membosankan. Prop dia memang simple sesangat. Tempat duduk aku agak bagus walaupun harga nya antara yang termurah sebab bentuk panggung dia tu yang memudahkan penonton melihat dengan jelas. In between show tu, ada sekali intermission sebab bagi peluang untuk orang rest kejap sambil gi minum kat cafe yang disediakan. Bila show nak start balik dia akan announce suruh masuk semula.

Abis je show semua orang standing ovation dan sama gak macam dalam movie tu, last sekali ramai-ramai keluar nyanyi lagu Mamma Mia diikuti beramai-ramai ahli-ahli koir tak bertauliah termasuklah aku.

Ni plak sempat aku amik gambor masa show abis dan orang berpusu-pusu keluar. Kat luar ramai gak orang menunggu untuk second show pukul 8.30 malam plak.


Orang berpusu keluar abis show

Aku pun belilah jugak cd ni yang rakam live shw dia. Kat dalam theatre ni dia jual GBP15 tapi aku beli kat HMV (kedai music) yang dekat Piccadily Circus yang dia jual GBP10 for 2 cd. Bijak membeli menang memakai kawan-kawan.....tak gitu??


Cd musical Mamma Mia

So, puas rasanya dapat tengok Mamma Mia The Musical ni.....kat London lagik tu uolsss!! So, ada peluang next time kalau korang kesini pergilah tengok. Banyak lagik show-show yang lain merata-rata kat London. Cubalah!! Gerenti terhibur!

2 comments:

MOLY said...

wahhhhhhhhhh ...
sangat sangat sangat berbaloi
rasanya mesti lain kalau tgk musikal kat malaysia dengan kat london ..

:D

orangrawa said...

Lily....kat msia kan tak pernah pun tengok musikal lagik!!