Friday, December 5, 2008

DAY 5 - ZERMATT - Part 2


Mt Matterhorn

Walaupun cuaca kurang terang dan bersalju, we all tetap nak jugak naik ke Matterhorn Glacier Paradise. Tempat ini wajib untuk dilawati kalau ke Zermatt. Korang tengok le coklat Toblerone tu, tu lah dia Mt Matterhorn diambil sebagai logonya.

Untuk pengetahuan korang, Matterhorn Glacier Paradise ni berada di ketinggian 3,883 metre atas paras laut dan merupakan sightseeing point tertinggi di Europe yang boleh diaccess cuma melalui cable car. Untuk naik ke puncak, mula-mula kena naik 8-seater Matterhorn-Express kabel car ke Furi station. Lepas tu ke Trockener Steg plak dan last sekali barulah sampai ke atas. Sini snownya 365 hari....maknanya hari-harilah tu!!

Nak naik kepuncak ni, setiap seorang dikenakan bayaran dalam CHF69 dan budak-budak separuh harga. Time ni, orang masih tak ramai sebab baru je bukak musim ski kat sini.



Kat bawah sebelum naik, suhu - 7 celcius

Lepas bayar tiket, we all pun naiklah cable car yang bertukar 3 kali. Ni plak gambar-gambar masa dalam cable car tu:-




Antara gambar yang diambil menunjukkan pemandangan diluar cable car:-






Masih tak ramai orang berski lagi sebab baru opening season time ni:-



Selepas bertukar 3 kali cable car, we all pun sampailah ke puncak. Punyalah sejuk tuhan saja yang tahu dan masa tu suhu dia -21 Celcius. Masing-masing rasa kurang selesa sebab sukar nak bernapas. Kesian ngan anak-anak Rasydan dan Zana sebab dia orang dah mula menangis kesejukan. Lepas amik gambor sikit, we all pun turun lah. Setiap stesen pertukaran cable car kami akan amik gambor buat kenang-kenangan. Ya lah.....bukannya selalu datang sini....next trip ke sini pun tak tau biler lagik.



Kenangan kami di Mt Matterhorn

Turun semula ke ground stesen, we all pun berjalanlah meredah bandar Zermatt yang kecik tapi menarik itu. Masa tu hari beransur gelap dan we all pun amik la gambar sana sini buat kenangan.








Satu hari yang penuh dengan aktivit tapi kami puas sesangattttttttttttttttt!!!!

4 comments:

Anonymous said...

wahhhh...jelesnyerrr....best tgk korang bergambor dgn snow....lawanyaaa permandangan snow kat Switz...tepeklah gambar lagi. Bro,nanti bg tips cmana nak ke sana yekk!!!!

orangrawa said...

Leez....memang syokkan main snow....dahle kita jarang bebenor dapat bersnow!!

MOLY said...

how i wish i was there ..
nih semangat kumpul duit nih

orangrawa said...

Lily....inshallah satu hari sampai tu!!!