Sunday, December 7, 2008
DAY 7 - ZERMATT TO MILAN
Train Glacier Express
Dari Zermatt, kami menaiki train yang dipanggil Glacier Express untuk sampai ke Milan. Perjalanan dari Zermatt akan melalui bandar Brigg dulu sebelum bertukar train untuk ke Milan. Tambang untuk seorang dewasa dari Zermatt ke Brigg ialah CHF31 ataupun RM91 manakala dari Brigg ke Milan pulak sebanyak CHF69 ataupun RM205.
Keretapi ini dipanggil Glacier Express sebab dalam perjalanan tersebut, tersangatlah indah pemandangannya. Bandar-bandar kecil bersalju dan dipenuhi dengan glasier akan ditempuh dan yang mencuakkan aku ialah landasan nya yang kadangkala ditebing-tebing cerun. Sayup nun mata memandang kebawah dan nauzubillah untuk perkara-perkara yang tak baik dari berlaku. Masa ni we all dah keletihan yang amat dan aku pun tak larat nak amik gambar banyak-banyak dah.
Ni je lah antara yang aku ambik:-
Banyak gak bandar-bandar kecik yang kena tempuh antaranya ialah St Nicklaus yang terkenal dengan arca besar Santa Clausnya. Memang chantek betul kawasan ni dan semuanya dilitupi salju memutih lagik!!!
St Nicklaus
Kami sampai di Milan Centrale Statiozione dalam pukul 7.30pm waktu tempatan. Nasib baik we all dah buat booking hotel masa kat Zermatt tadi so senanglah sikit. Memang trip ke Swiss dan Milan ni we all tak berapa organize sangat cuma ikut kata hati aja. Nasib baik semua ok dan alhamdulillah segala tawakkal kita orang menjadi.
Milan Centrale Statiozione
Hotel yang we all stay memang betul-betul sebelah Milan Centrale Statiozione yang cuma dalam 100 meter je. Namanya Hotel Bernina dan merupakan 3 star budget hotel aja. Untuk standard room with 2 beds cuma Euro 60 atau RM276 sahaja considered murah sebab lokasinya yang memang strategik. Breakfast pun termasuk dah. Metro Station yang menghubungkan segala tempat cuma depan hotel tu je. Restoren-restoren pun banyak....Mc Donald siap ada 2 lagik kat area hotel ni. Internet cafe pun ada gak kat ujung block sana.
Hotel Bernina, Milan
Lepas check-in we all just beli dinner kat McDonald dan terus masuk bilik keletihan. Memang takda buat apa-apapun malam tu sebab we all letih giler dan cuma nak rest aja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Santa Claus is coming to town !!
hehehehe ..
Cantik tgk keretapi merah tuh
Lain dr yg lain
Lily......santa clause sakit kaki gitu!
Post a Comment