Saturday, December 6, 2008

DAY 6 - GORNERGRAT, ZERMATT



Hari kedua di Zermatt amatlah beruntung sebab cuaca amatlah baik dan terang. Hari ni takda snow turun tapi cuaca masih sejuk.

Selepas breakfast we all pun keluar untuk menjelajah satu lagi daya tarikan di Zermatt iaitu menaiki keretapi Gornergrat yang punyalah slow untuk naik ke atas gunung tu. Sebenornya kretapi tu memang slow sebab untuk memberi penumpangnya menikmati keindahan sepanjang perjalanan mendaki bukit tu.

Untuk pengetahua semua, railway Gornergrat ni dibina pada tahun 1898 dan merupakan railway electrik pertama di Switzerland. Dalam masa menaiki train ni, korang akan nampat Gunung Matterhorn tu semakin dekat je dah.

Perjalanan mendaki bukit dari Station Zermatt ke Gornergrat mengambil masa selama 45 minit dan seorang dewasa dikenakan charge sebanyak CHF69 atau RM205. Budak-budak plak separuh harga. Sepanjang perjalanan melalui cerun-cerun bukit bersalju putih ni memang memanjat kesyukuran akan ciptaan yang Maha Esa. Memang indah dan chantek tertarek begitu. Kagum sungguh ciptaan Allah


Keretapi ni lah yang we all naik

Kat bawah ni plak we all amik masa dalam train tu:-







Untuk sampai ke puncak teratas iaitu Gornergrat, kami terpaksa berhenti beberapa stesen untuk mengambil penumpang yang kebanyakannya pemain ski. Macam-macam jenis ada termasuklah yang dah veteran. Kadang-kadang terpikir gak aku camanalah makcik-makcik omputeh tua ni berski walhal berjalan pun macam slow je. Tapi jangan tak caya dia orang ni memang berski siap complete lagik costumenya dan kasuk bagaknya yang ala-ala transformer tu. TApi aku kagumlah sebab kalau orang-orang tua kita haruslah tak larat dan sakit pinggang bagai.

Dah sampai kat atas puncak Gornergrat yang setinggi 10,200 kaki ataupun 3,109 meter dari paras laut (tinggi tu beb), suhunya cuma -12 Celcius tak seteruk kat puncak Mt Matterhorn. Apalagik....amik gambor lah we all semua sebab itu pun tujuan we all datang sini.











Gambar ni plak aku amik kat lif di puncak Gornergrat tu. Gambar titisan-titisan salji yang melekat kat cermin kaca lif:-




So kesimpulannya, kalau korang berkesempatan ke Zermatt, cubalah 2 daya tarikan yang terkenal ini. Takpalah bayar lebih sikit sebab kat tempat lain takda. Kalau korang tak caya ko carilah kat TTDI, Bangsar, Kg Baru dan kawasan-kawasan yang seantero dengannya mesti takda punya. Percayalah!!!

2 comments:

MOLY said...

makan hati lagi nih !!!
best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!

konpem kat ampang pun xde
hahahaha !!

:D

orangrawa said...

Lily.....kompem takda.....hehehe!!!