Saturday, August 30, 2008

KECOH DI PHUKET AIRPORT

Kalau korang terbaca berita dunia, korang mungkin tahu pasal kekecohan yang sekarang ni sedang berlaku di Phuket Airport. Benda ni berlaku sejak tengahari semalam.



Punca nya sebab para penyokong People Democratic Alliance (PAD) yang mahukan Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej meletakkan jawatan. Lebih kurang 500 penyokong PAD mengerumuni airport dan semua laluan telah pun diblock dia orang. Semua flights incoming dan outgoing terpaksa dibatalkan jugak atas tujuan-tujuan keselamatan. Hal yang sama juga berlaku di Hatyai dan Krabi. Kat Bangkok Airport dia tak kacau plak.



Keadaan menjadi agak kecoh maklumlah airport kan ke sibuk. Tambahan pulak pelancong-pelancong tengah ramai baru mendarat. Tapi nasib baiklah dia orang tak kacau pelancong. Kalau tak memang silaplah sebab pelancong-pelancong akan takut nak datang sini nanti.



Hari ni dah masuk hari kedua. Keadaan masih berlanjutan. Tak taulah camana nak jadi kat sini. Hopefully bertambah baik. So far, takda kejadian yang tak ingini berlaku. Flights semuanya masih dibatalkan tapi mungkin airport operations akan dibuka semula lewat petang bergantung kepada keadaan keselamatan.

Alhamdulillah so far aku dan staff aku semua okay. Banyak panggilan kita orang dapat dari penumpang-penumpang, kawan-kawan, rakan-rakan seperkerjaan terutamanya hotels, resorts yang menalipon aku untuk mengetahui keadaan semasa. Mintak-mintak keadaan tidak berlarutan dan balik kepada normal semula.

So, plan aku esok nak join kawan-kawan lain menyambut Merdeka kat Pulau esok nampak gayanya terpaksalah aku batalkan. Aku pun tak pasti samada dia orang akan proceed ke tak maklumla aku tak dapat join (ceh....perasan jadi orang penting jap!)

Bagi aku, hal-hal yang berkaitan dengan Company aku adalah lebih utama. Yelah, aku dihantar disini untuk take care of my Company bukannye nak datang berjoli. Keselamatan penumpang dan segala yang berkaitan dengan Company aku adalah lebih utama dari pergi bercoti-coti kat pulau. Pulau -pulau tu tak larik punya.....next time je lah aku pergi outing tu!!!


Siap buat banner lagik!!!

SUSU PELBAGAI RASA

Pagi tadi aku selak-selak la suratkhabar lama dan terbaca satu penemuan yang AMAT menarik.

Di Universiti Copenhagen Denmark, para Saintis mengatakan ibu yang menyusu kini mampu menghasilkan SUSU BERPERISA PISANG (banana flavour la nih)untuk bayi mereka dengan cuma mengunyah buah itu dalam masa sejam atau kurang sebelum waktu susuan.

Adalah dilaporkan juga bahawa susu ibu boleh dipelbagaikan perisa kerana dalam ujian, wanita mampu menjadikan susu mereka mempunyai perisa PUDINA dan JINTAN (hambik ko!!)

Penyeldik percaya, pelbagai perisa susu ibu dapat menolong bayi mencuba makanan baru apabila semkin dewasa.

So, buatnya si emak baru je makan ulam jering ke, petai ke dan tiba-tiba anak meraung nak menyusu, aku rasa mau termuntah balik budak-budak tu. Silap-silap gaya lagi kuat raungannya....maklumle....pahit beb!!

So, renung-renungkan lah!!!!!


Sorry nak...mak baru je pelahap petai tadi!!

Thursday, August 28, 2008

TETIBA RASA NAK KE BANDUNG...

Tadi saje je aku surf internet pasal Bandung. Tetiba aku rasa macam nak kesana plak. Maklumla raya dah dekat dan kalau dapat gi shopping sempena nak raya ni mesti best kan?

Terus je aku email kat Lily sebab dulu dia pernah shopping sakan kat Bandung. Mintak tips dari dia dan tengok balik entry Bandung dia dulu.

Silap-silap gaya mau aku redah aje ni...tapi mungkin a short trip aje lah kot. Plan kalau jadik pergi pagi Sabtu dan balik petang Ahad naik Air Asia. Hari Senin aku dah kena balik ke Phuket sebab dah masuk opis.

Ermmmm....best jugak nih.....bulan posa pun posa lah....

Ada sesapa nak join?

Tuesday, August 26, 2008

BERIADAH DI PHUKET

Sabtu lepas, kawan baik aku Rasydan datang melawat aku kat sini. Dia lepak kat umah aku aja. Dia ni memang member baik aku masa kat Company lama kita orang dulu.

Sampai je kat sini terus dia snappy-snappy....teruja katanya. Ye lah....lain bebeno suasananya kat KL tu. Kat sini agak nyaman, tenang dan menyelerakan...kata dia lah...!!



Rasydan di kediaman tuan tanah

Syok gak kalau member-member datang sebab boleh bawak jalan-jalan, makan-makan dan aktiviti2 yang sewaktu dengan nya. So, aktiviti pertama yang aku buat, apa lagi....makanlah.

Kita orang berempat (aku ajak kengkawan aku kat sini) pergilah ke HinTung Seafood Restaurant yang ondaway ke Kamala Beach tu. Restoran ni ownernye orang Malaysia, Mr Foo so kita orang dapatle diskaun sikit. Lokasi restaurant ni memang chantek dan menarek ...kat tepi cliff dikelilingi oleh pokok2 menghijau dan laut yang membiru. Very nice view....kalau tak caya korang tengok le gegambor bawah ni.


HinTung Restaurant


Main entrance.


Jangan plak terjun lepas makan yek!!


Nice and simple setting


Lepas makan boleh turun bawah basuh kaki


Posing kelaparan

Kita orang order seafood aje dan rasanya boleh tahan sedap....kongsi ramai-ramai jadi tak le rasa mahal.

Lepas makan, apa lagi kami semua ke spa la plak. Kali ni kat area Patong. We all pergi buat reflexsologi dan facial..hahaha...jangan tak caya. Aku kalau kat KL tak pernah langsung berminat nak ke tempat facial nih tapi memandangkan kat sini banyak sangat dan reganya pon takle mahal, so kita orang pun 'mengpampered'kan diri la sudahnya. We all pergi kat Oriental Spa yang terletak kat Middle Road. Untuk satu rawatan facial selama 1 jam cuma THB300 je...campur plak mask tambah lagi THB200..so totalnya THB500 ataupun RM50. Murah tak? Kat Mesia mana nak dapat woi!!




Lenguhle plak kakiku..


Cuba teka...siapakah ini?

Selepas abis kat spa, aktiviti disambung plak ke Simon Cabaret yang juga terletak di Patong. Simon Cabaret merupakan drag show yang ada kelllas. Korang pasti terpegun tengok nyah-nyah yang buat show ni....lawa-lawa siut dan punyalah sexy. Selalunya kalau pelancong ke Phuket, tempat ni harussssssssss ada dalam itinerary dia orang.

Dalam banyak-banyak show tu, aku paling suka masa Dream Girls punya performance. Sebijik dia tiru macam kat wayang tuh. Penyanyi utama dia muka Beyonce tu.....dahsyat beb!! Malang sekali, aku takda USD50,000....kalau tak boleh gak aku amik-amik gambar....dan lepas tu kalau kena tangkap berbayor le USD50,000 tuh. So sorry yek, no photos could be captured.



Show dia memang menghiburkan dan kelakar pun ada. Stage, props, kostumes memang international standard dan tak segan la kalau nak dipertontonkan kat para pelancong. Tiket masuk untuk VIP seat cuma THB650 (seat row depan tu) dan yang kat belakang-belakang tu THB500. Show dia dalam sejam lebih le tak silap aku. Dan show dia orang ni sesuai untuk seisi keluarga...ramai rombongan Cik Kiah datang siap bawak satu batalion anak beranak lagik...jangan tak caya!!

Abis je show, semua dia orang ni akan berbaris kat luar untuk amik gambar. Sapa nak pose dengan dia orang kena bagi le tip...dalam THB40 je...ok le tu.






Abis show we all pun pergi makan kat Pizza Hut Jungceylon Mall sementara menunggu kawan-kawan lain yang akan menyertai aktiviti riadah diBangla Road. Siap tukar baju lagi...maklumla sehari suntuk keluar...badan aku pun berpeluh-peluh...so kenalah pakai baju baru supaya kelihatan fresh semula.



Lepas makan we all pun beramai-ramai jumpa kat Bangla Road. Sorry yek gambor2 tak disiarkan atas permintaan Dato Bandar Patong yang turut serta bersama kami malam tu. Tak nak publisiti katanya....so takdalah gambor-gambor buat tatapan korang.

Ermmm.....Rasydan memang enjoy giler datang sini katanya!!!

Monday, August 25, 2008

TIMELESS & FROM SARA WITH LOVE

Last weekend aku pergi Simon Caberate kat Phuket ni....entry pasal ni nanti aku buat. Apa yang aku nak tulis kat sini mengenai beberapa lagu yang di'miming'kan oleh penyanyi-penyanyi dia. Best sesangat lagu-lagu yang dinyanyikan dan antaranya Timeless dan From Sara With Love. Tapi yang paling aku suka lagu nyanyian ZhangLiYin yang bertajuk 'Timeless' nih.

Korang klik le lagu dia kat sebelah tu dan sambil berkaraoke membaca lirik kat bawah ni. Aku dah cuba dah tapi berbelit2 lidah aku dibuat nya. Cuma part yang English tu je yang sama.Ok...selamat berkaraoke!!!

Timeless - ZhangLiYin


Gambor ni takda kena mengena okay!!

An dwae yo nal,no,a beo ri myeon
Him deul eo do yeo gi deo,meo mul lo yo
Jo geum man do,bol,su i da myeon
Nam eun sa rang man keum uso bol,taen dae

Timeless,i byeol eun a ni jyo
Han bon eui sarm i ra myeon ji geum oo,rin dae
Hold tight baby
Timeless,i ga seum ae mud o yo
Sun gan eui yeol byeong cho rom jam shi man,a peul bbun i ni
We both agree
This is timeless,love

Sae sang eun da,ha na,ga ji man
Seul peum ma jo ham kkae ga neun geon ga yo
No mu geu ri wo ddo nal,bul ro,bun geu dae
Ma eum bbun in sang cho man mo mul gaet,jyo

To hae haen nun mul sam ki myeon,geu ddae so ya ar gae dwir kka yo
Nae son jab a yo,ddo na gae mal a yo

Timeless,i byeol eun a ni jyo
Han beon eui sarm i ra myeon ji geum oo,rin dae
Hold tight baby
Timeless,i ga seum ae mud o yo
Sun gan eui yeol byeong cho rom jam shi man,a peul bbun i ni
We both agree
This is timeless,love

Yeah yeah yeah yeah
Baby,it’s timeless
Oh baby it’s timeless

Timeless dol a gal su i,do rok
Sun gan eui yeol byeong cho rom jam shi man,a peul bbun i ni
We both agree
This is timeless
This is timeless,love

Kalau korang nak nyanyi lagu From Sara With Love, lirik dia pun ada ni ha. Senang le sikit kot nak nyanyi.

From Sarah With Love - Sarah Connor


Gambor ni pon takda kena mengena ngan lagu nih!

For so many years we were friends
And yes I always knew what we could do
But so many tears in the rain
Felt the night you said
That love had come to you
I thought you were not my kind
I thought that I could never feel for you
The passion and love you were feeling
And so you left
For someone new
And now that you’re far and away
I’m sending a letter today

From Sarah with love
She’d got the lover she is dreaming of
She never found the words to say
But I know that today
She’s gonna send her letter to you

From Sarah with love
She took your picture to the stars above
And they told her it is true
She could dare to fall in love with you
So don’t make her blue when she writes to you
From Sarah with love

So maybe the chance for romance
Is like a train to catch before it’s gone
And maybe it’s just an illusion
To hope behind the clouds
You’ll find the sun
But I’ll keep on hoping and praying
There will be a day when we meet again
And I’ll keep on waiting and dreaming
You’re strong enough
To understand
As long as you’re so far away
I’m sending a letter each day

From Sarah with love
She took your picture to the stars above
And they told her it is true
She could dare to fall in love with you
So don’t make her blue when she writes to you
From Sarah with love

From Sarah with love
She’d got the lover she is dreaming of
She never found the words to say
But I know that today
She’s gonna send her letter to you

From Sarah with love
She’s gotta know what you are thinking of
cause every little now and then
And again and again
I know her heart cries out for you

From Sarah with love
She’d got the lover she is dreaming of
Never found - words to say, ahh
But today, but today...

From Sarah with love
She took your picture to the stars above
And they told her it is true
She could dare to fall in love with you
So don’t make her blue when she writes to you
From Sarah with love

And they told her it is true
She could dare to fall in love with you
So don’t make me blue when I write to you
From Sarah with love

Wednesday, August 20, 2008

KAK ANI KAT BANGLA ROAD, PATONG

Clip ni member aku yang bagi masa dia datang Phuket 2 hari lepas. Macam tak caya plak aku biler dengar. Kat dalam club di Bangla Road di Patong tu dia boleh mainkan lagu Noraniza Idris tuh......perghh cayalah Kak Ani....internasional gituh!!!



Malam semalam plak masa aku keluar ngan dia orang, we all pun lepak2 la kat satu disko nih. Kali ni lagu Memori Daun Pisang nyanyian Iwann dan Amelina plak. Macam tak caya je aku!!! Tapi sorry tak record la plak kalau tak boleh tunjuk kat sini.

HARD ROCK CAFE PHUKET

Yes......Hark Rock Cafe akan dibukak di Phuket dalam bulan October nih!!!



Sunday, August 17, 2008

Coconut Island & Herbal Spa

Hari Sabtu semalam aku penuh dengan aktivity. Dari pagi sampai ke malam ada aja benda nak buat.

Aku dapat jemputan Mr Adrian dari Coconut Island untuk melihat resort terbaru dia orang yang bernama The Village @ Coconut Island. So, aku pun ajakla member-member lain untuk ikut sama.


Welcome to the Village @ Coconut Island

Dalam pukul 11.00 pagi, kami bertujuh dijemput oleh sebuah bot dari rumah aku di RPM. Actually ini lah pertama kali aku naik bot kat Phuket ni sebab plan ari tu ke Phi Phi Island telah dipostponed. Antara yang join trip aku ni ialah Fahmi, Shafar, Uncle See, Dave, Norbert dan anak dia Alexia.


Nice ride


Adrian (guy with dark short)& Olivier


2 aweks yg join - awek Olivier dan staff Adrian



Aku, Shafar & Alexia

Kami telah dibawak melihat-lihat villa yang ada diresort ini. Memang ada kelllas dan amat seswai untuk percutian keluarga. Tapi aku rasa tak termampu lah kot nak sewa villa kat sini sebab mahal maklumla exclusive resort.

Take a look antara villa yang terdapat kat The Coconut Village nih:-

Kawasan Luaran:-


Villa the Coconut Village


Private pool


Shower Buluh

Kawasan dalaman villa:-


Living Hall yang luas


Nice kitchen


Alexia yang cute


Aku ngan Alexia di main bedroom - ngadap laut

Halaman luaran yang agak kemas:-


Bergumbira bersama Shafar


Ceria berssama Fahmi


Pengangkutan di sekitar resort - TukTuk


Kenangan ramai-ramai

Selepas je abis trip ke Coconut Island tu, we all pun pergilah ke Herbal Spa di Chaofah. Saje je nak berlepak-lepak kejap untuk menghilangkan keletihan di Coconut Island tadi. We all ramai-ramai buat aromatherapy massage untuk menyegarkan semula badan yang keletihan.

Tak banyak pun gambor2 aku ambik kat spa ni sebab bateri camera aku dah mula kong. Ni jelah yang ada:-


Aku suka duduk kat bawah nih


Kena berendam dulu

Anyway, it was a fun Saturday dan we all semua enjoy giler.

Thursday, August 14, 2008

MAMAT KHALID - PENGARAH TERBAIK


Kala Malam Bulan Mengambang

Semalam baru aku terbaca suratkhabar Msia pasal result Festival Filem Malaysia 21. Syok sangat sebab pengarah faverit aku Mamat Khalid menang besar sebagai Pengarah Terbaik dan Kala Malam Bulan Mengambang pulak menang Filem Terbaik.

Kalau korang nak tau, aku memang support filem-filem tempatan dan mostly karya-karya Mamat Khalid. Semua movie dia aku jadikan koleksi. Aku dah beli semua dvd original dia macam Kala Malam Bulan Mengambang, Rock, Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang. Bagi aku, filem-filem dia unik dan penuh kekampungan. Itu yang aku suka sangat sebab aku pun orang kampung. Lagi satu, penggunaan bahasa orang Perak yang berleluasa dalam filem-filem dia membuatkan aku rasa terhibor bebenor.

Kadang-kadang saja je aku layan balik dvd ni 2-3 kali sebab aku rasa terhibur sesangat. So far my faverit filem ialah filem ROCK sebab cerite ni mengingatkan aku zaman-zaman persekolahan aku kat Perak.....memang teruja dan mengimbau kenangan silam kaedahnye. Bab main gitar sambil ngangkang atas railway tu macam pernah aje aku buat dulu dulu..hehehe best siut!!!

Sekarang ni plak dia tengah sibuk shooting filem 'ESTATE'. Aku dah tengok kat sini. Siap ada blog lagi tu untuk filem ni. Sempoi bebenor. Dan baru-baru ni dia pun buat blog gak. Tengok le kat sini

Aku gerenti filem ESTATE ni mesti meriah uolls sebab berkisarkan kisah dalam estate getah. Tak sabor aku nak tengok. David Arumugam mekaseyyyyyyyy pun berlakon dalam movie nih.

So Mamat Khalid, aku akan tetap sokong karya-karya ko dan teruskan usaha memartabatkan filem Melayu. Hidup Mamat Khalid....hidop orang Pherok....kejor yeop kejor!!!

Wednesday, August 13, 2008

CHATUCHAK MARKET & HARDROCKCAFE @ BANGKOK

Everytime aku ke Bangkok, aku akan pergi ke Chatuchak Market. For me, this is one of the best Bazaar yang aku pernah pergi. Apa yang korang ndak semua ada...dan harga pun murah2.


Kat BTS Station

Dari Regent@Silom, aku amik BTS kat Saladaeng Station menuju ke Mochit dan kat sini korang kan nampak berdoyon-doyon orang menghala ke Chatuchak ni samada nak beshopping ataupun saja-saje buang masa.


Meriah uolls!!


Penuh ngan manusia


Jeruk pelbagai....


Buah-buahan yang murah je

Shopping tak hengat sampaikan ke petang. Ye lah....bukannya kecik tempat ni...dan mostly aku spent kat area home decor ngan baju/seluar. So, end-up banyak jugak aku borong mostly barang2 home decor, tshirts, dvds series yang terlatest macam So You Think You Can Dance Season 3, The Search for The Next Doll - Pussycat Dolls dan American Next Top Model Season 10 (hambik ko...kat Mesia baru Season brapa hah?). Dan yang aku puas hati sangat sebab takdelah banyak sangat aku spent...kira ok je tapi banyak barang aku dapat. Ermm...puas sesangat!!!


DVD Series terlatest...aku suke!!

So, kalau korang ke Bangkok, jangan lupa singgah kat Chatuchak Market. Kalu tak rugi uolls. Tapikan, market ni cuma bukak hari Sabtu ngan Ahad je. Kalau korang datang hari lain, tak dapek la nak menolongnye!!!

Dan petang tu selepas je aku abis shopping, sempat kejap aku chill-out kat Hard Rock Cafe Bangkok yang tak semeriah kat KL tu. Saje je lepak-lepak cuci mata dan apa yang patut.



Hard Rock Cafe Bangkok