Saturday, March 29, 2008

MINGGU YANG BUSY!


Karen tengah pose!

Uncle Goh tengah lecture!!

Hanoi Team

Saigon Team

Support Team lagik!

HQ Support Team

Sabah/Philippines Team

Thailand Team

Last week, aku memang busy sangat. Start dari hari Selasa membawak ke Jumaat aku berkampung di Kelana Jaya. Bayangkan hari-hari kami abis sampai 1.00pagi. Sampai umah pun terus terbongkang aje. Few of us dari Malaysia Region dan beberapa staff dari ASEAN dimintak untuk membuat "LAB" yang berkaitan dengan company's performance. It was a tough session sebab ianya merupakan sebahagian dari PMS kita orang.

Aku tak bolehlah nak ceritakan apa yang kita orang buat kat sana dengan detail sebab ianya amat-amatlah confidential bak kata setengah orang "RAHSIA NEGARA". Commitment memang kena kasi 110% dan dalam masa 4 hari tu kita orang memang kena habiskan jugak tugasan yang diberikan.

Projek ini melibatkan banyak 'data crunching' dan yang meletihkan mata tu bila kena analyze figures yang diberikan. Dalam industry aku kerja ni, competition is very stiff, market condition berubah-ubah dan lots of contributing factors yang memang diluar kawalan. Part yang paling tension bila kena present to the Super Big Boss. Masing-masing akan dichallenge dan kalau tak dapat jawab memang kena belasahlah.

Aku diberikan tugasan untuk menolong team dari Thailand dan basically tugas aku more on supporting their analysis dan hal-hal yang berkaitan dengan HQ decision. Kiranya team work memang very crucial dalam tugasan ini dan kalau buat sorang-sorang memang mampuslah jawapnye.

So, dalam 4 hari lepas, banyaklah aktiviti-aktiviti harian aku yang terlepas....tak dapat tengok Diari AF, tak sempat tengok citer Gaia dalam Astro Ria yang kelakar tu, takda masa nak tengok American Idol dan macam-macam lagilah.

So, next week a bit relax tapi lepas tu sambung busy balik. Aku pun tak taulah bila agaknya kerja aku akan berkurangan!!!

Tuesday, March 25, 2008

SEARCH LIVE at PLANET HOLLYWOOD

Petang tadi aku sempat ke Subang Parade saja je jalan-jalan sebab boring dok kat umah. Biasalah hari Ahad petang selalunya aku akan keluar ambik udara sikit. Kalau kat Subang Parade ni, tempat yang memang aku akan pergi ialah Rock Corner. Aku suka tengok koleksi cd/dvd dia yang banyak, up-to-date dan boleh discount lagi.

Plan asal memang takda nak beli apa-apa tapi aku ternampak la satu DVD ni, 'Search - Live at Planet Hollywood'. Aku memang suka Search. Sejak zaman aku kat ITM dulu lagi memang aku minat abis. Aku memang minat dengan Search sejak first album dia dulu lagi. Bagi aku this is the number one rock group di Malaysia. Always the number one. Wings maybe in the second place..in my opinion la.

Banyak lagu-lagu best yang ada dalam DVD ni. Antara my favourite, Isi dan Kulit, Pelesit Kota, Fenomena, Pawana, Emanuelle, dan tak ketinggalan slow number dia orang yang ngetop sangat macam Isabela dan Mentari Merah Di Ufuk Timur. Cuma yang aku ralat tu lagu favouite aku Fantasia Bulan Madu boleh takda...frust betul.

Baru-baru ni kat Sunburst KL tak berkesempatan nak tengok konsert dia orang so DVD konsert pun kira oklah kan? Hopefully akan adalah konsert Search tak lama lagi so boleh la aku layan balik group yang aku minat ni.

Yang pasti, aku gerenti tak nyesal punya beli DVD Konsert Seach - Live at Planet Hollywood ni. Gerenti punya!!

Saturday, March 22, 2008

RM20 SEHARI!!

Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si anak itu bertanya kepada ibu.

Anak: Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu : Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ibu sejam di
pejabat? Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ibu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?

Si ibu mula menjadi berang dan berkata:-
Ibu :Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan
duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja
cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya. Sudah, pergi masuk bilik tidur!
Dah pukul berapa nih...!!

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

Ibu : Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni. Si ibu mengeluarkan
sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
Anak: Terima kasih banyaklah ibu! Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, si ibu kembali berang.
Ibu : Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan
dari mana kamu dapat duit tu??

Si anak tunduk. Tak berani dia merenung ibunya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan:-

Anak : Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta
lagi 10 ringgit kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."
Ibu : Tak cukup duit nak beli apa?? Jerkah ibunya lagi.
Anak : Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah..ibu ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu balik kerja awal esok.
Amin rindu nak makan malam dengan ibu. Jelas Amin tanpa memandang wajah
ibunya.

Si Ibu hanya terpana mendengar kata-kata anaknya yang baru sahaja berumur 7 tahun tapi memahami erti kasih sayang yang amat mendalam.

Pikir-pikirkan lah!!

SHABERY TO HEAR OUT BLOGGERS.

Aku terbaca hari ni dalam The Star about our new Information Minister's view about para-para bloggers. Check this out:-

KUALA LUMPUR: The Government will not control bloggers but will consider their views as well. That is the assurance given by newly-appointed Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek, who is planning a meeting with the blogging community “in the next few weeks to hear them out”.

“The alternative media, like bloggers, play a role in nation building. It is the most direct and simple channel for people to voice their opinions. Sometimes, they can bring about a negative effect but it is mostly positive.”

Shabery said some had overlooked the significance played by bloggers, who could now form their own personal broadcast centres via their websites.

He dismissed the view that bloggers sided with the Opposition, saying that the bloggers only expressed their personal opinion.

“Bloggers are individuals and they have differing opinions. I cannot say that they are all Opposition. Sometimes, they are seen to support the Opposition but sometimes they criticise the Opposition too,” he said.

On whether the Government would enforce some control on the blogging community, Shabery said they would not do so.

“The question of controlling bloggers does not arise. As the saying goes, you can lead a horse to water but you can't make it drink,” he said.

Asked if there was a message that he would pass to the bloggers in the meeting, Shabery said: “It is better that I be a listener first”.

To a question whether the mainstream media had lost its credibility and relevance due to laws governing the media, he said that the rise of blogs was a global trend, adding that this, however, did not mean that people had sidelined the media.

“No matter how free the mainstream media is (from government control), like in the USA, UK and Australia, it is still subject to the standpoint of their respective media (organisation) heads. So, people will still seek alternative news,” he said.

Errrmmm....!!!

Thursday, March 20, 2008

BANGKOK TRIP PART 3

Hari ni aku akan bertolak balik semula kat KL. Kiranya misi aku berjaya la sebab apa yang aku plan semua aku dapat. Dari nak tempah seluar, pergi Chatuchak Market sampailah ke spa dan massage. Semua aku dapat seperti yang aku plan.

Sementara menunggu nak ke airport, aku pun posing-posing le kat lobby hotel tu.


Posing kat pool area


Lepak-lepak kat lobby


Hotel staff yang teramatlah friendlynya.

Sambil lepak-lepak tu, aku terpandang satu iklan kat dalam suratkhabar dia:-


Iklan pembedahan pertukaran jantina?

At the same time, on the last day tu, aku sempat berkenalan dengan Mr Jeff Stone dari Oregon, USA. Dia merupakan seorang tour leader untuk group Habitat for Humanity (H4H)yang datang ke Bangkok untuk tujuan amal dengan 15 orang lagi. Mr Jeff ni memang friendly dan dia agak teruja bila aku cakap aku dari Malaysia.

Mr Jeff adalah seorang retiree dan kerja dia sekarang selain dari menganggotai H4H ialah travel around the world buat benda2 kebajikan. Seronok sembang dengan dia macam dah kenal lama plak. Banyak yang dia tanya pasal Malaysia kat aku sebab katanya dia tak pernah sampai lagi tapi teringin nak pergi.

Back home katanya, dia suka fishing dan camping. Infact dia ada bot dan selalu keluar fishing dan camping ngan kawan-kawan dia. He is a very outdoor type of person dan sukakan aktivity macam ni. AKu ada cakap kat dia menariknya kalau dapat join dia camping dan fishing satu hari nanti. Bak kata pepatah, kecik tapak tangan, nyiru dia tadahkan dan dia invite aku untuk join dia nanti. He even made an offer kat aku untuk stay kat umah dia kalau aku melawat dia kat Oregon nanti dan join group dia pergi fishing dan camping. Pergh....terujanya aku dan harusssssssssss aku sahut seruan dia tu.

Kita orang sempat tukar2 alamat dan email dan akan keep in touch. Infact, he may come to Malaysia one day dan aku akan bawak dia jalan-jalan nanti.


Mr Jeff from Oregon


Aku and Mr Jeff

Petang tu aku ambik flight MH73 dari BKK/KUL dalam pukul 5.10ptg. Perjalanan dalam 2 jam le untuk sampai kat KL. Untuk perjalanan Regional route ni, we all dihidangkan dengan meal box yang aku suka sangat packaging dia...nice and easy to bawak balik.


Meal Box - aku suka sangat.


Inside the meal box.

Since aku ni jenis cepat lapar, aku pun mintak le jugak kacang MAS ni dan instead of 2 paket yang selalunya dia orang kasi, nah ko...sepeket besar dia kasi kat aku.


Aku suka kacang ni.

Cabin crew MH yang melayan kita orang dalam flight ari tu memang best dan very friendly.


Cabin crew yang layan kita orang


Another friendly cabin crew

Touch down kat KLIA dalam pukul 8.00 malam dan aku pun terus la balik ke rumah seaadanya.

In conclusion, aku puas dengan trip aku ke BKK yang walaupun singkat tapi aku managed to do semua benda yang aku memang nak buat.

BANGKOK TRIP PART 2

Hari kedua aku kat Bangkok ni aku gunakan sepenuhnya maklumla esoknya dah nak balik. Seperti yang aku dah plan, hari kedua aku akan merendek dekat Chatuchak Market. Tempat yang cuma dibukak setiap hari Sabtu dan Ahad aja. Besar ke? Memang besar sangattttt tempat ni. Apa yang ada? Ko cakap ajelah...semua ada. Best tak? Memanggggggggggg best.

Dalam perjalanan ke Chatuchak Market, aku sempat ambik gambar ni kat Stesen BTS Siam untuk menunjukkan kesesakan bandar Bangkok.


Traffic jam kat Bangkok.

Sesampainya aku kat Chatuchak Market, terus aku snap photos nih.






Disebabkan tempat ni yang terlalu besar, sampai aku tersesat kat dalam tu. Aku start dari bahagian baju-baju, alih2 keluar plak kat bahagian barang2 decor. Aku keluar balik dari situ, jalan punya jalan, aku terkeluar pulak kat area barang2 makanan. Aku tak dapat bayangkan kalau makcik2 yang bawak anak2 kecik dan tiba2-tiba nak dia orang hilang....harus harus biru dibuatnya. Memang a bit confuse tempat nih.

Kalau kat area pakaian dan kasut, korang akan impress dengan segala benda yang ada kat sini. Benda-benda yang kita tak penah tengok, semua ada kat sini. Dari jeans, tshirt, kasut dan segala bagai ada. All collectors items yang korang tak pernah tengok, korang akan jumpa kat sini.


Aku dengan peminat baru aku kat kedai military

Adalah jugak barang yang aku beli kat sini dan yang best tu harga dia tak mahal dan boleh dibargain. Antara barang2 yang aku beli:-

Sling Bag RM20 je


Austin Cooper Notebook


Vespa Fridge Magnet


Tshirt RM17 je sehelai

Dalam Chatuchak Market ni ada dua gerai makanan islam Thai. Harga nya agak mahal tapi disebabkan takda choice, so bantai aja la. Kat gerai ni, sempat gak kenal-kenal ngan 4-5 orang Melayu yang tujuan nya pun sama macam aku...shopping kat sini dan mencari makanan halal untuk melantak.

Aku rasa Chatuchak Market ni merupakan salah satu open market yang paling popular kat Bangkok ni. Terlalu ramai tourist yang datang dan meriah suasananya. Cuma kalau yang tak tahan panas tu mungkinlah tension sebab tempat ni a bit open dan bersesak-sesak sikit.

Kiranya kalau orang pergi Bangkok, tak lengkap la perjalanan tu kalau tak sampai ke Chatuchak Market ni....aku rasala.

Letih bershoppping kat Chatuchak Market, aku pun balik le ke hotel jap untuk hantar barang dan rehat. Plan aku lepas ni nak ke spa la pulak. Rugi kalau tak cuba sebab harga nya yang murah dan banyak choice sangat.

Aku keluar hotel dalam pukul 7.00pm untuk pergi spa. Kat Bangkok ni, aku tak tau le berapa ribu spa dan massage parlour ada. Segala ceruk ada. Dari yang normal spa sampailah yang hanky panky spa...semua ada. Sambil aku berjalan-jalan kat area Silom, aku pun try le satu spa ni yang tengah ada promosi:-


Apsara Spa di Silom Road

Tempat dia agak cantik dan cozy tapi sorry yek aku tak boleh nak ambik gambar pun. Memandangkan tengah ada promotion, so aku pun try la package dia yang cuma berharga THB1350 ataupun RM135 untuk 2 jam setengah. Package ni termasuk lah aromatherapy massage for 1 hour, facial treatment dan mandi susu (untuk kulit cantik katanya). Pada aku memang murah sebab mana ada package spa bawah RM150 kat Malaysia...kan?

Staff dia very professional cuma yang letih tu payah nak communicate dengan dia orang sebab English dia orang hancussss sangat. So, most of the time aku kenalah ulang 3-4 kali kalau tak memang dia orang tak paham.

Lepas je abis, badan dan muka aku memang rasa segar sangat. Kalau boleh macam nak buat lagi rasanya. Tapi esok aku dah nak balik ke KL.

Sunday, March 16, 2008

BANGKOK TRIP PART 1

Hari ini first day aku kat Bangkok. Sesampainya aku di airport, aku telah dijemput oleh Mr Leo untuk dibawa ke Unico Leela Hotel yang terletak di Sukhumvit Soi 3, salah satu kawasan yang amat busy giler di Bangkok. Tempat hotel aku tinggal di penuhi dengan kawasan Pak Arab....kiranya makanan halal tak menjadi masalahlah.

Macam tak sabar-sabar, lepas je aku check-in, terusssssssssss je aku keluar. Aku terpaksa mengambil motor (yang memang banyak kat sini) ke BTS Station (LRT)terdekat iaitu Nana Station. Tambang motor dari hotel aku ke Nana Station ni cuma THB30 ataupun RM3 aje.

Destinasi pertama aku adalah MBK..sebuah shopping mall yang memang terkenal kat sana. Kiranya Bukit Bintang dan Sg Wang kat KL memang tak boleh lawanla MBK ni. Apa yang korang nak semua ada dan yang paling best boleh tawar menawar plak tu.

Tujuan aku kesini sebab nak tempah seluar. Kalau korang nak tau, pakaian ofis ke, suit ke memang berpatutan kat sini. Dan yang paling impressive tu dia orang boleh siapkan dalam masa 24 jam. Dan siap dihantar ke hotel lagi. Memang bagus service dia orang.

Tailor Shop yang aku pergi ni namanya 'Men's Ex' dan ini merupakan lawatan kedua aku. Aku memang puas hati sangat masa aku tempat suit dan baju tahun lepas dan disebabkan itu aku datang balik kat sini. Mr Lucky merupakan salesman yang mengambil tempahan aku dan dia masih ingat lagi lawatan pertama aku dulu.


Mr Lucky

Aku memang berniat nak buat 2 helai seluar kerja aje dan memang itupun yang aku buat. Material yang aku pilih amat puas hati dan kalau kat KL, senang-senang je dalam RM300-RM350 sehelai harganya. Kat sini, cuma RM157 sahaja sehelai. Terus terang aku cakap kat KL ni dengan material yang sama, jangan haraplah nak dapat bawah RM250 sehelai. Itu aku boleh gerenti.

Lepas je aku pergi MBK, aku pun jalan-jalan ke shopping mall yang terdekat. Kat Bangkok ni, banyak sangat mall dan antara yang terkenal i.e. Siam Paragon, Siam Centre,Central World dll.

Siam Paragon

Siam Centre

MBK

Disebabkan aku dah kelaparan yang amat, aku pun lepaklah kat food court Siam Paragon. Memandangkan choice makanan halal agak terhad, so aku pun terpaksalah layan seafood aje. One thing for sure, Thai food memang best dan apa yang aku order kat food court tu memang simple tapi sedap giler.


Seafood Curry


Telur Dadar bunga....cantik gorengnya!


Manggo Puding...ermmm yummy!!

Lepas je makan, aku pun pergi ke Central World. Sebuah bangunan moden yang agak besar dan terdapat banyak barang-barang trendy especially fesyen untuk muda-mudi. Dalam jalan-jalan kat dalam Central World ni, aku tertarik dengan replika anjing2 cute yang memang creative dan comel.



Kebetulan pada hari tu ada pasar petang la kiranya yang dipanggil 'Indy In Town'. Ianya merupakan himpunan pereka-pereka muda yang menghasilkan barang-barang kreatif buatan sendiri dan dijual kepada umum. Walaupun most of stuff yang dijual adalah aksesori pompuan tapi aku respek dengan level creativiti mereka sebab semuanya budak-budak muda dan dia orang ni berbakat besar. Agak meriah jugak petang tu dan memang ramai orang yang datang.





Kiranya Bangkok ni memang meriah le dan penuh dengan aktiviti yang menarik.

Thursday, March 13, 2008

WCI - Democracy Back

Check this out!
Go Mak Bedah go!!!!

Wednesday, March 12, 2008

Tuesday, March 11, 2008

Jalan-Jalan Cari Pengalaman

Penghujung Tahun 2007 membawak ke 2008 ni merupakan "Tahun Melawat Banyak Tempat" bagi aku. Kira-kira pengembaraan aku tu lebih kurang macam nilah:-

Dec 2007 - Macau (urusan kerja aje Part 1)
Jan 2008 - Jogjakarta (urusan kerja aje Part 2)
Feb 2008 - Singapura (urusan kerja aje Part 3)
Mar 2008 - Bangkok (business with pleasure gitu)
Apr 2008 - Club Med Cherating (pleasure-pleasure aja)
May 2008 - Jakarta tapi clash la pulak ngan Frangipini Langkawi (ruginye)
May 2008 - TBA (klimaks for Q2 travelogue aku - mana? ermm tengah confuse ni)

Memang aku tak nafikan aku agak beruntung sebab bekerja didalam industry ni. Ianya memberikan aku banyak peluang untuk melawat ke negara orang. Tak kira la urusan kerja ke pleasure ke asalkan sampai kenegeri orang. Tapi kalau korang tengok travelogue aku tu, mostly Regional destinations. Reason being - memang aku incharge kawasan ASEAN - kira portfolio aku le tu.

Dalam banyak-banyak destination kat atas tu, aku paling teruja bulan May nanti sebab ianya merupakan annual priviledge aku - maknanya aku boleh pilih mana-mana destinasi yang aku hendak pergi free of charge. Cuma kena cari tempat tinggal dan bawak duit belanja je.

So far, dengan annual priviledge aku, aku dah merantau ke Amsterdam, Belgium, Luxemburg dan Frankfurt dan yang terlatest San Francisco & Los Angeles. Semuanya aku buat solo backpacker je - senang dan tak payah nak menyusahkan orang. Aku just check-in kat backpacker hostel, share dorm ngan yang lain-lain dan lepas tu aku layan je la trip aku tu.

Memanglah tak semua orang suka stay kat backpacker hostel, tapi bagi aku motip aku cuma nak melihat negara orang, merasai pengalaman di negara orang lain dan cari kawan-kawan baru. Itu lagi penting bagi aku. Daripada aku habiskan duit kat hotel best, baik aku gunakan duit aku untuk shopping dan enjoy benda-benda lain kat sana.

So, back to my plan this May. Aku tak decide lagi nak kemana tapi dalam list aku yang teratas adalah Istanbul dan Spain. Especially Istanbul sebab aku teruja sangat tengok documentary dalam Discovery Channel ari tu. East meets West kaedahnya. Very exotic dan penuh misteri tempat-tempatnya.

Aku dah check dalam sini dan ada banyak hostel yang bagus kat Istanbul dan Spain dan kosnya pun taklah mahal sesangat. Tu yang aku lagi teruja tu.

So, plan jangan tak plan, mudah-mudahan tercapailah impian aku untuk menambahkan lagi pengembaraan perjalanan aku. Bak kata pepatah, "Jauh berjalan luas pemandangan", tak gitew?????


Istanbul


Spain

Saturday, March 8, 2008

SAMY VELLU & SHAHRIZAT KALAH!!!


Aku doakan aku menanglah hendaknye


Aku mesti menanglah.....ayoyo!!!

Dear all.

I just read the following in the net:-

PETALING JAYA: MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu lost the Sungai Siput parliamentary seat, while Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lost the Lembah Pantai parliamentary seat to Nurul Izzah Anwar.

So, now the TRIBAL HAS SPOKEN......and the verdict is .... SAMY VELU & SHAHRIZAT kalah!!!

Friday, March 7, 2008

HARI MENGUNDI


Esok aku akan mengundi. Bukan aku aje....tapi seluruh rakyat Malaysia yang layak jugak. Kiranya ini adalah kali kedua buat aku.

Pusat mengundi? Kat Pandan Indah.....malas rasanya kau nak pergi sebab aku dah pindah ke Subang Jaya sekarang. Tapi....kalau aku tak pergi maknanya aku kena tunggu another 4 years.

So, kenalah aku pergi esok!!!

Monday, March 3, 2008

Naomi Hayden - Madah Berhelah

Kelakar sangat.....enjoyce. Credit for arezeo for the video!!