Monday, December 29, 2008

AKU SUKA MOVIES NIH!!

Aku kena tag dengan ArnabGumuk baru-baru ni pasai movie kegemaran aku. Ok...aku memang suka tengok movie (tapi selalunya beli yang dvd punyalah)dan genre horror movie memang top of the list. Kalau tak horror, yang ada unsur-unsur mystic dan mystery pun aku memang suka layan.

To add to the list, aku pun layan gak movie yang sungguh cool jalan cerita dan lakonan pelakon-pelakonnya. Dan yang mengejutkan aku (memang real terkezut nih), aku teramat suka satu pilem Hindustan ni yang berjaya meremangkan bulu roma aku mendengar lagu-lagu syahdunya.

So, antara yang aku suka sesangat dan tak jemu-jemu ulang 3-4 kali adalah (tidak mengikut susunan):-


The Craft

Filem ini bagi aku amatlah cool giler dan aku suka tengok karekter Faruza Balk yang memang hebat sesangat. My all time favourite nih!!


Susuk - poster terbaik by Sue Anna Joe (blog dia ada kaT sini)
Lakonan Ida Nerina yang mangkagumkan dan walaupun dah lama cerita ni terperap, aku puas sesangat bila dapat tengok.


Bram Stroker's Dracula
Filem seram klasik yang mana masa ni Keanu Reeves masih belum ngetop lagi ada berlakon dalam movie nih.


Twilight
Baru je tengok tapi memang best dan cool giler. I really like!!


Jangan Pandang Belakang
Antara filem Melayu yang dapat menyeramkan aku sampaikan tak berani aku nak dok tenGok sorang-sorang.


Nang-Nak (new entry)
Lupa nak masuk cerita faverit ni. Gabungan seram dan sedih so jadilah sedihram (bukan satu dirham ya). Part paling aku suka masa si Nang Nak ni numbuk sambal belacan alih-alih barang rencahnya jatuh plak ke tanah. Tu dia....dia kasi panjangkan tangan dan seluk bawah rumah cari benda jatuh tu. Best cerita kisah cinta dua dunia nih!


The Italian Job
Love the actors, cars (faverit aku) dan ke'sempoi'an pelakon-pelakon dalam cerita ni.


Wanted
Another cool movie by Angelina Jolie plak tuh. Memang malatops!!


Ibu Mertuaku
Sapa tak tengok movie ni memang rugi giler. Kisah Kassim Selamat ni beb!!


Rock - by Mamat Khalid
Sempoi, kelakar dan mengimbau kenangan silam. Aku tabik ngan Abang Mamat Khalid. Sempoi yope ceritenye!!


Mann - Hindustan movie
Paling menyentuh perasaan aku bila tengok cerita ni (bukan jiwang okey). A very beautiful filem. Lagu “Khushiyan Aur Gham” memang menyebakkan aku bila mendengarnya. Sedih siut!!

Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430





OrangRawa ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 dari Phuket buat semua semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,

Amin.

Notakaki: Si kecil comel Hafiyy dipotretkan sebagai simbolik sahaja. Anak kecil ibarat sehelai kain putih yang menunggu masa untuk diwarnakan sahaja (ermmm...macam ada anak plak aku ni ye!!!)

Monday, December 22, 2008

PENGANTIN BARU PHUKET



Malam semalam we all pergi ke rumah pengantin baru. Ya...Madam Ruby baru sahaja melangsungkan perkahwinannya last week kat Malaysia so this week dia buat makan-makan kat umah dia di Phuket pulok.

Seronok tengok Ruby ceria semula maklumlah dah lama dia keseorangan. Itulah, jodoh tu inshallah akan ada cepat atau lambat aje. Malam tu jugak we all rasa syok sebab dapat kenal beberapa kawan Mdm Ruby yang datang dari KL. Kebetulan dia orang ada kat Phuket tengah bercuti.


Pengantin baru kami

Ini pulak antara makanan-makanan malam tu yang sungguh menyelerakan aku:-




Karipap sedap buatan Dila


The best sambal belacan - buatan wife Fahmi

Adik-adik manis yang suka kalau aku amik gambor dia orang:-



Adik-adik comel


Kaum pompuan semua sebuk makan


Kaum bapak plak sembang kat luar


Tam (Gaia) dari KL pun datang


Simple kek untuk pengantin


Masa potong kek


Orang Rawa nak potong kek jugek!

Malam tu, ada jugak hadiah-hadiah dibawak untuk si pengantin:-


Antara hadiah dari tetamu


Masih belum dibukak hadiahku


Pengantin dengan hadiah dariku


Hadiah dari orang rawa - close-up (kaler maroon)


Hadiah dari Dave & gang


Hadiah dari Shafar & Dila

Masing-masing nak amik gambor ngan pengantin malam tu:-






Keceriaan adik & akak


Pengantin baru ngan Orang Rawa

Dan last sekali semua dapat bunga telor dari sang pengantin!!



Untuk Ruby & Latif, Selamat Pengantin Baru diucapkan. Thanks for the invitation dan semoga bahagia ke akhir hayat. Amin!!!

Friday, December 19, 2008

HADIAH ORANG KAWIN


Nota:- imej taken from cikgujaweblogspot

Esok aku ada jemputan makan dari pasangan pengantin baru kat Phuket ini. Aku punyalah terlupa nak beli hadiah kat dia masa kat London ari tu. Padahal punyalah shopping sakan. Memang tak teringat langsung. Kalau tak, sure aku dah beli dah....tentu lagik murah sebab tengah sale giler dan banyak choice sudah semestinya di London tu.

So, tadi lepas kerja, kelam kabutlah aku ke Jungceylon Mall kat Patong Beach nak cari benda apa nak kasik. Cari punya carik, satu pun aku tak berkenan. Aku memang barang-barang untuk pompuan ni memang tak reti nak beli. Sebab taste pompuan lain, kalau lelaki senang je.

Lepas ke Junceylon Mall, aku larik plak ke Central Festival Mall. Banyak kedai aku singgah dan tak jugak jumpa apa yang aku nak beli. Konpius nih sebab pengantin ni high taste sikit dan kalau salah beli takut dia tak suka pulak.

Pusing punya pusing, akhirnya aku masuk satu kedai ni. Kedai ni aku rasa barangan local made in Thailand kot (tak pasti) tapi terkenal especially among orang pompuan kat Thailand. Aku tak rasa ada brand ni kat Malaysia..tak pasti aku. Dalam kedai ni, ada dua tiga benda yang aku berkenan termasuklah sales girls dia yang ramah dan chun-melechun tuh....hehehe!!

So, lepas empat lima kali tukar-tukar barang, akhirnya terputuslah sudah apa yang aku beli. Memandangkan ni untuk hadiah orang kawin, so aku suruhlah dia bungkus macam hadiah. So, inilah dia bendanya hadiah buat pengantin baru di Phuket. Korang nak tau apa? Tunggu esok......nanti kalau pengantin tu bukak hadiah ni, aku akan amik gambor dan post kat sini nanti.


Hadiah pengantin baru

Dan tak semena-mena, aku terrrrrrrrrrrrrbeli lagik sesuatu. Entahlah....aku pun tak tau pasal apa mood shopping aku ni tak habis. Ngalahkan pompuan plak.....sorry yek....gurau je....orang pompuan jangan saman Orang Rawa yek!!

Aku memang suka sangat kaler dia sebab macam very vintage dan nampak cool aje. So, inilah dia yang aku terrrrrrbeli tadik!!!


Jaspal Aristocrate Duffel Bag

Padahal, masa kat London ari tu, aku dah terrrrrrrrrbeli benda alah kat bawah ni. Beg la jugek!!!!


H&M Duffel Leather Beg


Zara Mantra Leather Bag

So, orang beraya Krismas, aku plak beraya beg la sudahnya. Kira oklah tu kan???

SIRIH PULANG KE GANGGANG



Macam sesuatuh je tajuk kat atas tu kan?

Actually, aku baru je dapat email dari HQ pagi ni kena attend meeting this 23hb. Ermm best nya dapat balik umah sendiri dan bolehlah aku pelahap nasik lemak puas-puas. Ujung tahun balik lagik sebab nak kena utilize home leave travel yang akan expire tu. Best....memang best....sebab balik free!!

Bak kata lagu Once, cintaku tetap di Malaysia ...tak gitu!!

Thursday, December 18, 2008

LAKARAN EMOSI ANAK-ANAK

Dalam masa aku bertravel tu, aku suka sangat amik gambor budak-budak. Bukan apa, bagi aku, expressi wajah budak-budak ni memang chantek untuk di abadikan dalam gambar.

Budak-budak memang selamba. Kadang-kadang kita pun tak boleh nak agak apa yang ada dalam kepala dia orang. So, aku petik jelah kamera aku merakamkan pelbagai bentuk emosi yang terpancar dari raut wajah dia orang.

Model budak-budak yang digunakan dalam gambar aku ini bukannya profesional apatah lagik jurukameranya yang nan ado ini. Tapi, lagak dan wajah fotogenik mereka yang dirakamkan memang menakjubkan aku. Chantek dan chomel sesangat (bagi aku le). Pelbagai emosi dipancarkan - ada yang ceria, rimas, nak nangis dan macam-macam lagik. Pandai betul budak-budak ni posing.

So, dipersembahkan sekarang buat tatapan kalian, anak-anak kecil yang aku kenal sepanjang perjalanan aku ni yang sememangnya mencerikan hati kita orang.

Model pertama - Adiva







Model kedua - Hafiyy






Model ketiga - Afrina





Model keempat - Hadiff




Model kelima - Hafiyy & Adiva



So, amacam?? Chomel tak anak-anak ni? Sure, cerah masa depan kalau jadi model ni!!
Mintak-mintak mak bapak dia orang tak marah kat aku la sebab promote gegambor anak-anak dia orang ni yek!!