Sunday, October 19, 2008

PERTUKARAN PLAN?

Lagik pasal entry plan aku nak gi jalan-jalan tukar angin tu. Semalam member aku cakap (dia pun baca blog ni rupanya) yang why not aku tak ke Paris gak? Lagi pun bukan jauh Paris dari London tu.

Sebenarnya kat Paris aku memang ada kawan dan umah dia betul-betul kat kawasan Eiffel Tower tu. Quiet nice and very 'in-da-city' place actually. Dia dah stay kat sana masuk 3 tahun rasanya dan sooner or later dia akan dipindahkan (yeap....nasib kita orang camni le...kena berpindah-randah).

Betul gak kata dia tu tapikan Paris ni aku dah sampai dah 3 tahun dulu. Masa tu aku dok kat sana 2 minggu atas tugasan kerja (haha.....episode 'hitam' tak lupanya). Walaupun schedule yang agak tight, tapi masa tu sempat gak aku dan Syalleh (member aku seopisyang ditugaskan bersama) pusing-pusing Paris lepas abis kerja.

So, aku tak pasti samada nak ubah plan aku ke tak. Yelah kan.....Scotland aku tak pernah jejak kaki lagik dan mesti best tengok segala castle dan stay kat castle hostel dia yang sesuatuh tu. Paris plak kalau aku pergi merupakan lawatan kali kedua. Kalau tak pergi rugi plak sebab dah tak jauh dari London. Dan kalau aku tambah destinasi, maknanya lagi banayk le duit abis.


Mulanya disini


Kemudian kesinikah?


Atau kesini?

Apa yang nyata, cuti pun gerenti tak dapat lamanya sebab sure tak approve kalau aku amik lebih dari 10 hari. So, aku akan pikir-pikirkan dulu pasal plan ni dan tengokle camana nanti. Lambat lagi pun......so we will wait and see!!!

7 comments:

MNN said...

Zul, rasanya if belum pergi scotland then better pergi ke sana dulu spent like 7 days, u balik from London rite? alah London - Paris 3 jam ajor.. boleh jer nak pi 2 hari.. :) eiffel dulu2 mesti dah pergi kan, louvre pun dah kan.. tinggal nak tengok2 city jer kot2 ader perubahan in 3 years time.. sempat kot shopping2 sikit.. :)

Anonymous said...

hamboiii....jenjalan at the end of the year....

ai naik Eye of Mesia jelah....

c.n.w

orangrawa said...

mnn....ya betui gak tu.. at least mrasa destinasi baru...tak sabar nak dok kat Castle Rock Hostel nih! mesti best!!

anonymous - malaysia pun ok...truly asia apa!!

hazlin said...

nak ikut, boley?

orangrawa said...

boley la boley...bak kata mas idayu dlam lagu dia! Mcm yo-yo je kak lin nih!

Lily.Lulu said...

bestnya bro !!!
kalau laa kita nih berwang yang banyak sangat, konpem dah jelajah seluruh dunia

:D

orangrawa said...

lily.....kawan pun credit card je.....