Sunday, October 5, 2008

IRAMA MENYENTUH KALBU




Entry kali ni lambat sikit..dah raya ke 4 baru aku nak buat. Tapi takpala kan sebab posa pun sebulan.

Memang banyak lagu-lagu raya lama yang masih malar segar. Lagu-lagu baru pun banyak gak tapi entahlah...bagi aku takda kick sangat macam lagu-lagu lama.

Ada satu lagu raya ni yang lirik dia menyentuh perasaan aku. Lagu ni kalau dihayati bait-bait lirik dia memang boleh menitik air mata walaupun aku cuba gak nak maintain macho. Penyanyi asal nya aruah S.Jibeng tapi telah diperbaharui oleh penyanyi-penyanyi baru seperti Awie, Aqasha dan Ruhil. Walaupun bertukar penyanyi, bagi aku sedikit pun tak merosakkan kelunakan irama dan melodinya. Itulah keistimewaan Musafir Di Aidilfitri.

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

2 comments:

leez said...

sobbb...sobbbb...sedihnya dengar lagu raya tu. Boleh nangis dengar lagu tu...

orangrawa said...

leez....sambil nanges sambil ngap2 kieh raya!!