Saturday, October 4, 2008

HARI RAYA KEDUA

Hari raya kedua plak time kita orang beraya kat kampung belah mak aku kat kawasan Gopeng. Pagi-pagi lagi kita orang dah siap awal-awal dan berangkat. Kalau tak memang tak keluar le sebab orang akan datang bertandang ke rumah tak putus-putus.

Memang banyak rumah sedara mara yang kita orang pergi. Bermula dari Lawan Kuda, Kopisan, Lahat Baru, Gopeng, Kampung Kepayang sampailah ke Kampung Manjoi kat Ipoh. Letih memang letih tapi nama pun rayakan? Kalau tak raya memang payah le nak kesana-sini rumah sedara mara nih.

Aku ni plak memang yang jenis jarang balik kampung maklumlah asyik duduk kat merata-rata tempat je sejak zaman sekolah lagik. So, masa raya nilah kiranya yang paling afdal untuk jumpa sedara mara aku yang aku pun kadang-kadang tak kenal (tapi dia orang kenal aku plak....malunya aku!!).










Malam tu plak kat umah , we all buat barbeque. Syok ramai-ramai panggang ayam, ikan, sosej dll. Memang meriah uolls raya kali ni.




2 comments:

Lily.Lulu said...

wah .. beshnyaaa
seronok kan beraya dengan sedara mara nih

meriah !!
:D

orangrawa said...

lily....memang meriah uolss...!!!!