Saturday, October 4, 2008

KELAMAI - SPECIAL ENTRY

Aku rasa sure korang tak pernah dengar KELAMAI. Apa ke bendanya tu?

Kelamai merupakan salah satu makanan orang-orang Rawa yang diperbuat daripada gula merah dan dimasukkan kedalam buluh untuk dibakar sama seperti lemang. Cara pembuatan sama cuma bahannya aja berlainan. KLu dijual memang agak mahal jugak maklumle kelamai ni ala-ala exotic food gitew!!!

Kalau korang melalui jalan lama ke arah Ipoh, kat sepanjang jalan di kawasan Kg Gunung Mensah tu korang akan jumpa satu dua gerai yang jual kelamai. Benda ni tak sekomersil lemang tapi tetap mempunyai peminat2 setia yang menyukainya.

Aku plak. kelamai ni kurrrrengggggg sikit....kalau lemang tu ok le!!


Kelamai lepas dikopak....


tadaaaa.....ni le kelamai

8 comments:

lillies said...

Selamat Hari Raya...
oo...orang rawa ek...kg mane ek?tok saya org kg mensah....

Lily.Lulu said...

bro ..
tgk macam dodol la pulak
hehehhehe

tp mmg x penah dengar pun nama kelamai

pelik nama nya

orangrawa said...

lilies.....mak kawan kampungnya kat lawan kuda.

lily...nama dia pun kelakar kan?...ala-ala nama sang kelembai plak!!

fariha said...

sape2 tau contact yang boleh buat kelamai ni..tolong hubungi saya...saya nak buat penggambaran tentang proses membuat kelamai ni...email pada saya glamegal2002@yahoo.com atau wanfariha@primeworks.com.my

Iracy Cinte said...

saya sendiri org Rawa yg stay kat area Gopeng..
tiap kali raya opah saya buat kelamai ny..
and family kami still pertahankan adat berjejak..

orangrawa said...

Iracy....oh ya ke? samo le kito...adat berjejak tu pun masih ada kat sini!!

Iracy Cinte said...

sini tu dekat manew??
ade jugak wat entry sal kelamai and adat berjejak ny..

ini linknya..

http://iqhwaniah.blogspot.com/2011/02/kenali-masyarat-rawa-aka-rao.html

orangrawa said...

Kat my kampung sekarang di Temoh dekat dengan Tapah.....!