Saturday, November 29, 2008

SIARAN LANGSUNG DARI LONDON



Salam semua....apa kabar korang? Sihat ke? Moga sihat walafiat lah hendaknya ye!!

Untuk pengetahuan korang, aku sekarang sedang bersiaran secara langsung dari London.....yezza dari London gitu. Siaran ini ditaja oleh Testa Rossa Caffe yang terletak di Marble Arch. Aku masuk sini sat sebab nak minum hot chocolate dan melarikan diri dari suasana sejuk giler kat luar tu sambil bertenet free. Memang sejuk dan asyik hujan je sejak dari semalam kat sini.

Sebenornya aku dah sampai semalam dalam pukul 5.00pagi waktu London. Masa tu memang tak banyak flight lagi yang sampai cuma MAS je la. Sebelum ni aku dengar Malaysian kalau datang sini mesti kena tanya macam-macam maklumla kes ramai yang overstayed tu. Tapi alhamdulillah, aku ok je semalam. Macam nile lebih kurang masa aku kena ditanya dek makcik black immgration officer yang muka dia sebijik macam Whopi Goldberg tu:-

Aku: Good morning mem! How you doin? (style ala2 Joey dalam Friends tu)
Makcik Whoppi: Morning! From Malaysia right?
Aku: Yes mem. Malaysia Truly Asia (sambil aku menyerogen).Saje je aku buat lawak sebab maklumla muka dia masam giler!
Makcik Whopi: Ermmmmm (lama dia meng'ermmmm ni). How long you gonna stay here?
Aku: Well, today and tomorow I will be in London then I will go to few places like bla bla bla!
Makcik Whopi: Yo! I said how long you gonna be here? I don't care you wanna go bla bla bla. Just tell me how long you gonna be in London!! (masa ni tinggi sikit sora dia)
Aku: Oic! Well altogether around 7 days Mem.
Makcik Whopi: Ok. Terus dia chop (sambil hentak2 chop tu atas pasport aku) dan terus cakap. Have a pleasant day in London!
Aku: Thanks mem dan terus je aku belah.

Ermmm.....nasib baik la takda banyak songeh makcik tu kalau tak mau gak aku kena soal siasat. Infact, aku plak yang banayk songeh dengan dia. Saje je menceriakan paginya yang muram kot. But anyway, dia sekadar menjalankan tugas dan kita ni kenalah respect tugas dia tu.

Lepas settle semua, aku pun carilah tube (underground) untuk pergi ke B&B yang telah aku book. Namanya Marble Arch Inn yang terletak di Zon 1 di Central London. Dari airport ke B&B ni aku kena tukar 3 kali stations (sebenarnya 2 station je tapi sebab 1st timekan tak buat homework). Korang boleh tengok website dia kat sini. Honestly, accomodation di London memang mahal apatah lagi kalau di Zon 1 - zon paling central sekali di tengah bandar London. Special internet baru cuma GBP35 selepas didiskaun dan memang murah giler. Ini bukan hostel tapi bed & breakfast yang lebih terurus dan kemas.


Ni lah tempat tinggalku!

Check-in je B&B ni aku pun terus ke bilik. Tu dia.....with the rate yang dikasik tu, dapatlah aku sebuah bilik kecik sekangkang kera. Memang kecik giler. Tapi tu lah....harga pun murah dan lokasi plak memang tip top so terima ajalah. Aku pun cuma nak tido je pun. So, tak leh complainlahkan? Bilik air dan toliet dia kat luar sebab kena share ngan orang lain. Ini merupakan bilik termurah so kemudahan dalam bilik agak limited lah.





Alamat B&B ni seperti kat bawah ni:-

Marble Arch Inn - London
49/50 Upper Berkeley Street
Marble Arch, London W1H 5QR
Tel: +44 (0) 20 7723 7888
Fax: +44 (0) 20 7723 6060
Email: sales@marblearch-inn.co.uk

Untuk family room with 2 double beds dan 2 single beds, memang besar dan agak selesa. Harga dia cuma GBP110 sahaja. Quiet cheap kalau datang ramai-ramai sebab kalau divide by 4 agak murah sebenarnya. Bilik air dan toilet pun kat dalam bilik sekali.

So, lepas ni aku akan ceritakan apa yang aku buat masa hari-hari aku kat London ni yek. Tunggguuuuuuuuuuuuuuu sebab aku dah ngantuk betui. London time sekarang dah pukul 2.19 a.m hari Sabtu. Ada cerita yang paling menarik dan tak sangka berlaku kat aku masa kat London ni. Nantila ye aku cerita.

9 comments:

Inah said...

bersiaran dr london pulak..bila nak mai sini :)

orangrawa said...

Inah...inshallah ada rezeki kita live dar ADL plak!!

Farah said...

bro, have fun ya!

Mother of Two said...

wow.. kalau internet free jgn lupa update selalu yer... amik gmbr byk2:)

orangrawa said...

Farah....yezza..must have fun!

Mo2...saya akan menghapdet everytime berkesempatan!

Umi Hazim said...

dah sampai sana dah bang zoul. wah3...

hapdate always...

orangrawa said...

areyou....harussssssss hapdet selalu!!

MOLY said...

tak kisah la bang bilik mcm mana, tengok ok je tuh

yang penting enjoyyyyyyyy kat sana !!

jalan sakan u olss !!
;)

orangrawa said...

Lily....memang enjoy sakan nih!