Wednesday, November 26, 2008

SEPUPU KU KAWIN!



Hari Sabtu lepas aku balik kampung kat Perak sebab sepupu aku kawin. Dah sedara punya wedding, kenalah balikkan? Dah le rumah sebelah umah aku, kalau tak balik ada yang kena pulau plak nanti!!

Sepupu aku ni namanya Huda kerja sebagai nurse kat Tapah. Husband dia namanya Hafiz tapi aku lupa plak tanya apa kerja apa. Ramai gak orang yang datang hari tu walaupun pada hari yang sama ada lagi 2 kenduri kawin dalam kampung aku ni jugak.

Aku pun malas nak cerita banyak sebab letih kenduri ari tu tak abis lagi maklumlah kat kampung kalau orang kawin memang meriah sebab semuanya gotong-royong. So, korang layan je lah gambor-gambor kat bawah ni.


Pagi-pagi dah kerja wei!


Pasukan kompang budak-budak


Paluan kompang mengiringi pengantin lelaki



Rombongan Cik Kiah pihak lelaki



Dua mempelai dipertemukan!


Pelamin yang simple je!



Pengantin sebuk makan


Makan dah start


Antara lauk-pauk yang ada


Yang no.2 dari kanan tu le ibunda ku terchenta

Dan last sekali, benda di bagi kat para pengunjung majlis tu.


Buah tangan pengantin untuk budak-budak


Buah tangan pengantin untuk bapak/emak budak

So, itu je lah cerita aku balik Perak minggu lepas.

11 comments:

mother of two said...

lama dah tak pegi tgk org kawin n makan nasik kenduri kawin. kalau u bertemu jodoh soon jgn lupa ajak yer:)

orangrawa said...

Mo2....inshallah next year kad jemputan menyusul.....!!

Farah said...

next year ke bro? wah wah.. bro, tak nak share gambo bakal wife kat sini ker? hehee..

Farah said...

bro, perak kat mane? ramai sedara kat tapah/kampar/tg tualang/ipoh tu.. ntah2 sedara kot.. hihii..

orangrawa said...

farah...boleh je tunjukkan bila dah jumpa...kg kat batu tiga temoh q0 min dari Tapah. Ada sedara?

awieworld said...

wah kenduri kawin....u?... ahaks


dah lama tak jumpa ko kan....nanti kalu balik kl koling2 le yer...wachaaa!! :)

orangrawa said...

awie..tu la ko pon bz manjang je!

Farah said...

bro, mmg ade sedare kat temoh tu.. batu brape tu, x hingat la pulak.. tapi kat depan simpang nk masuk ke kg dia tu, ade sekolah n padang.. wahh wahh jejak kasihan ni..

orangrawa said...

farah..kawan kg batu 3 namanya...very da cosmospolitan ala-ala chicago gitew!!

Lily.Lulu said...

syiok betul bila ada kazen kawen ....

kenduri kendara ..
jumpa sedara mara

:D

orangrawa said...

lily...aah makan pun best2 gak masa kawin tu!!