Monday, November 17, 2008

LOY KRATHONG FESTIVAL DI PHUKET



Beberapa hari yang lepas buat pertama kalinya aku melihat Loy Krathong Festival di Phuket. Ianya merupakan satu perayaan yang dianggap paling romantis dimana couple-couple akan keluar dating sambil meng'float'kan 'Krathong' sambil berdoa demi kebahagiaan dia orang.

Okay....untuk pengetahuan murid-murid semua, 'Loy' tu maknanya 'to float' manakala 'Krathong' plak bermaksud 'bot' yang diperbuat daripada daun pisang yang dihias dan dinyalakan ditengah-tengahnya dengan colok dan lilin. Kadang-kadang makanan, bunga dll pun dia orang taruk gak. Tujuan upacara ni ialah sebagai tanda terimaksih dan menghormati Tuhan Air bagi penganut-penganut agama Budhha.

Malam tu, we all pergi 2 tempat yang popular untuk perayaan ni iaitu di SapanHin di Phuket town dan jugak di Patong Beach (meriah giler).

Di Sapanhin ni ada stage acara kebudayaan dan banyak gerai-gerai makanan ala-ala pasar malam kat sini. Mostly kat sini local people je dan punyalah ramai orang sampai jalan jem giler dibuatnya.

Tengoklah gambar-gambar yang aku amik kat Sapanhin nih:-


Ni lah dia 'Krathong'


Kotak-kotak bercahaya


Krathong dihanyutkan dalam air



Tengah pasang obor-obor lampu

Kat pasar malam tu, aku jumpa plak benda-benda ni:-




Ulat-ulat goreng pon sodap katanya!

Lepas tu we all larik plak kat Patong Beach. Punyalah ramai dan meriah giler especially sebab ramai pelancong yang join sekali malam tu. Suasana kat Bangla Road macam dah jadi pasar malam dan kat tepi Patong Beach plak siap ada pertandingan ratu chentek lagi tu. Memang kelassssss orang Siam nih.


Meriah suasana di Bangla Road, Patong Beach


Ala-ala pasar malam kat Bangla Road

Malam tu jugak, 'ayam-ayam' akan berpakaian tradisional. Bersopan-santun katanya maklumlah menghormati upacara tradisi...ye la tu!!


Ayam-ayam berjoget lambak sakan


'Ayam-ayam' berpakaian tradisional malam tu...sopan konon!

Ini plak suasana kat tepi Patong Beach tu yang ada pertandingan beauty pagent. Nasib baik dia orang tak buat pertandingan Ratu Kebaya....kalau tak harus jadi Malaysia Truy Asia!!


Loy Krathong Beauty Pageant


Undilah saya....saya pandai massage!


Undilah saya.....saya pandai buat tomyam tau!


Jangan undi orang lain...undi saya je tau!!

Sambil-sambil tu we all pun nyelit-myelitlah kat dalam kesibukan orang ramai tu yang masing-masing tengah pasang obor-obor lampu ni.


Saje je aku nyibuk-nyibuk


Pose plak makcik ni.


Masing-masing nak pasang benda alah ni.


Ramai giler orang kat Patong Beach

So, dapat le jugak aku tengok benda ni buat pertama kalinya di Phuket. Memang meriah dan penuh dengan suasana festival. Benda ni dilakukan setiap tahun dan bukan saja kat Phuket tapi diseantero Thailand benda ni disambut.

10 comments:

Hazlin Nazri said...

ada jugak ayam tua yer!

orangrawa said...

kak lin....tua muda semua jenis ada!!!

zura aini said...

ishh, mesti banyak godaankan kat situ, jaga-jaga dek.

orangrawa said...

zany....memang byk godaan....kena sabar je!!

Farah said...

chobaaannnn.... sabo je le bro.. btw, ulat goreng tu sodap ker?

orangrawa said...

farah...tak berani nak try sebab lain mcm je garengnya!!!

Farah said...

bro, ter'welldone' gamaknyer ulat2 tu dimasak ye.. hihii

orangrawa said...

farah......medium je kot!!

MOLY said...

rugilah xde kat saana masa tuh
kalau x amik gambar seronok jugak
meriah dengan lampu ...

orangrawa said...

Lily...memang chantek tapi my camera tak canggih...tu yg gambor tak brapa nak jadik!!