Monday, November 17, 2008

THE HOLIDAY for MY HOLIDAY



Korang pernah tengok cerita The Holiday tak? Ala cerita ni agak lama dah dalam tahun 2006 tapi malam tadi kebetulan HBO ulang balik (biasala....HBO ni asyik mengulang je kerjanya). Saje je aku nak tulis cerita ni maklumla mood nak berholiday ni tengah kuat sekarang dan tajuk cerita dia pun The Holiday kan....so kira ala-ala theme movie aku la ni.

Okay....antara yang berlakon dalam crite ni ialah Cameron Diaz, Jack Black, Kate Winslet, Jude Law dll lagilah. Mengisahkan 2 pompuan si Amanda (Cameron Diaz) dan Iris (Kate Winslet) yang dua-duanya tak berapa nak menjadi dalam perhubungan cinta.....retak menanti belah kaedahnya.

Si Amanda ni pun masuklah internet dan berymlah dia dengan Iris. Sembang punya sembang kedua-duanya pun setuju nak berukar rumah untuk bercuti (wah....senangnya kan??). Sorang kat LA dan sorang kat England (ehh....macam tau-tau plak tempat aku nak pergi!!). Dalam mereka bertukar rumah ni, banyak perkara menarik yang berlaku yang mengubah hidup dia orang lepas tu. Si Amanda ni jumpa Jud Law dan si Iris ni plak jumpa Jack Black dalam masa dia orang bercuti tu.

Banyak aksi-aksi menarik dalam cerita ni yang agak touching dan romantis (jiwang la plak aku ni!!). Bak kata orang, very sweet la kiranya. Seronok tengok pertembungan antara orang America ngan England terutama bila dengar loghat cakap masing-masing. Mesej yang disampaikan jugak agak simple yakni kalau korang gagal sekali tak semestinya takkan menemui kebahagian lagi. Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan sekor katanya.

Paling aku suka part masa Cameron Diaz nangis dalam kereta masa dia dah nak kena balik ke LA. Dia berbelah bagi nak balik ke tak...tiket dah beli dah ni....nak refund balik tak boleh plak. Tapi kata hatinya cakap buat pa nak balik sebab you already met someone that you love dan it may change your life forever lepas tu. So, akhirnya dia patah balik dan lari semula ke rumah Jud Law yang tengah nangis bersedih sebab dia ingat dia takkan jumpa Cameron Diaz lagi. Part ni memang sweet dan touching la plak.

Ending cerita ni agak happy sebab kedua-dua pompuan ni menjumpai cinta baru dia orang dan they live happily ever after agaknya lepas tu. Best cerita ni dan aku suka sebab tak pening kepala nak pikir.

So, moral of the story is...jodoh ada dimana-mana tak kira tempat...mana la tau kot-kot aku terjumpa jodoh masa aku tengah holiday nanti. Boley???????

6 comments:

hazlin said...

mudah-mudahan...amin.. jgn lupa daku... jomput tau!

orangrawa said...

inshallah kak lin.....jemputan dalam tangan!!

are you said...

kalu abg jumpa chenta hati ms cuti tu nanti jgn smp x balik lak bang. balik bang balik...

mudah-mudahan berjumpa la hendaknya...aminnnnnnn.

middaygeo said...

suka sgt citer nih..tgk byk kali pun takpo

Farah said...

my all-time-fav-movie too! relax but touching, funny but sad.. lovin' it. saye sbg kawan baru bro di alam siber ni pun doakan bro moge 'berjumpe' dgn si dia holiday ni..

orangrawa said...

are you....trus nikah gantung kalau jumpa kat sana!

middaygeo....crite ni jujur konsepnya...tu yg kusyuk tengok tu!

farah...amin...amin....amin....kalau jumpa lepas tu tukar rumah le!!