Thursday, November 13, 2008

IDA & TANIA - AMAZING RACE ASIA 3


Ida & Tania - Malaysia Boley Team

Aku baru je habis tengok The Amazing Race Asia 3 (TARA 3) jap tadi. Terlalu teruja, nerve wrecking dan bangga yang amat sesangat. The only Malaysian Team adalah yang pertama masuk ke Final 3 minggu depan. Dia oranglah our strong ladies team - Ida Nerina & Tania Khan yang penuh bergaya, tak kekwat dan bersemangat kental giler.

Aku memang suka tengok TARA sebab aku ni memang jenis suka travel dan tengok tempat orang. TARA merupakan salah satu rancangan feveret aku sebab ianya melibatkan penjelajahan ke merata-rata tempat didunia ini. Aku jugak suka adventerous actvities walaupun rasanya stamina aku sekarang ni tahap cipan pregnant je.

So the final 3 untuk episode finale next week adalah:-

a)Malaysia Boley Team - Ida & Tania

b)Philippine 'Kerek' Team - Geoff & Tisha



c)Hong Kong Boyz - Sam & Vince



Manakala team yang kena buang malam tadi ialah team sempoi Singapore. Silap taktik le dia orang. Sepatutnya si AD yang rengan tu le naik tali tu....ini di kasik si Fuzzie yang 'berat' tu plak. Kalau tak sure boleh beat si Sam yang tersangkut kat tali tak berdaya dah katanya. Lembek giler aku tengok. Pirahhhh!!!!


AD & Fuzzie - Singapore Team yg sempoi dan selamba giler

Bagi aku Ida & Tania very competitive sesangat. Tak sangka Ida Nerina macam tu sebab aku ingat dia ni jenis lembek dan cenggeng je. Tania tu memang nampak athletic sesangat.

So, aku harap Malaysia Team ni akan menanglah. The TARA Season 1 dulu Malaysian team jadi juara manakala Team Malaysia jugak dapat second place masa TARA Season 2. So, adakah kali ni tempat ke 3 plak sebagai pelengkap? Oh tidak.....mintak-mintak juara TARA 3 Team Malaysia la ya!!

Aku yakin semangat Malaysia boleh la boleh (pinjam lagu Mas Idayu kejap!!) akan terus menyinar next week. So, ramai-ramai kita sokong yek......!!

Dulu aku minat gak another Malaysian Team si Bernie & Henry ni tapi drama queen sangat la Team ni especially si Henry abang dia tu. Letih pokcik nengok aksinya especially episode yang cari parcel kat MasKargo tu. Dan disebabkan kekekwatan Henry tu yang kononnya nak terlalu systematik sesangat, amik ko dapat hadiah benda ni..."Henry & Bernie, you are the last team to arrive...I am sorry to tell you, your team have been eliminated. As such, go and kemas your kain lampin and berambus lah korang dari sini"...itule kata-kata Alan ari tu!!


Bernie & Henry - another Malaysia Tak Boley Team

Well.....betuike TARA 3 ni the toughest race ever?....Jawapannya....YES....very de sesangat. Excited giler ni nak tengok finale next week walaupun aku tau masa tu aku dalam flight balek dari Phuket ke KL. Tapi takpa.....repeat dia malam yang sama pukul 12.00 tengahmalam.

So, tunggggggggggggggggu dan go girls!!! Malaysia boley la boley!!

nota kaki: jangan plak ada spoiler yg pecah result sudeh!!

10 comments:

MOLY said...

same la kita bang
tadi tengok TARA ..
aduhaiiiiiii .. rasa bangga gila bile ida ngan tania masok top 3 !!

tak sabar rasanya tunggu next week ... nak sangat dorang menang ... hopefully ..

tak mo geoff n tisha tuh menang .. menyampah tgk ..

si hk team tuh pun x mo .. mmg lembik .. kunun x makan sume. chittt !! porah .. kalau perempuan boleh buat dia laki x bleh pulak ..

mmg si ad ngan fuzzie tuh salah taktik la . kalau yg si berat buat mmg la letih .. patut dorang teruskan .. sbb si HK amik 4 jam penalti .. syg sayang ..

iskk .. sorry .. terbebel panjang ..
x sabar nih .. x sabar !!

:D

orangrawa said...

Lily....tu la...mmg tak sabar tgk finale ni....ida dan tania memang gempak!!

CAHAYA said...

TARA3 rocks this time! Best sangat² tgk team Malaysia masuk!

Team Malaysia sangat positive, kan? Compare to team 'tuttut'(setiap kali Geoff cakap mesti ada bunyi ni. Hehe)

p/s: Fuzzie nak try, tapi kan elok kalau AD yang pegi tadi.

Umi Hazim said...

Ayu pun suke gak TARA ni bang. tiap2 hari khamis malam without fail mesti tunggu dpn tv.

kena lak smlm si ida n tania first to arrive, wah3 penonton lak lebih2 excited.

hope that they gonna make it!

Malaysia Boleh!

wohoooo...

zura aini said...

salam kenal dik,
akak tumpang lalu ye...
blog ni dah link tau, suka traveling news with photo ni.

TARA-
memang kerek phil couple tu.
Ida n tania best, hope they win.

[tErOmPaH bIrU] said...

Setuju sangat2 kat Lili.Lulu!! Tak minat betul dengan peel si Geoff tu.. Menyampah sangat2 erkk...

MUDAH-MUDAHAN.. sambil tadah tangan lagi nie ahh ;D - IDA & TANIA boleh JUARA utk TARA3 nie!! Malaysia Boleh!!

Farah said...

kami pun dari awal sokong Ida n Tania.. sempoi, x penah gaduh sesame sendiri rasenye kan? Cool la depa..

orangrawa said...

Cahaya....kali ni ida dan tania tu memang ada good chemistry...tu yg syiok tengok tu.

Areyou.....TARA memang best daripada yag USA version tu..samalah...malam khamis mesti tgknya.

Kak Zany....mekasih....nanti kawan linkkan jugak!

Farah....depa tu memang cool giler!! Best!!

ALong...meh kita tadah tangan ramai2...mudah-mudahan menang ida dan tania!

Anonymous said...

TAK SABAR TUNGGU TARA FINALE...
huh harap2 bukan GEOF yang menang...

saya rasa nanti ada FAST FORWARD laa.. sapa dapat memang untung... and maybe SAM and Vince bertuah kalo berjaya buat fast forward tuuu

orangrawa said...

dekspeki......tu yang tak sabor nak tunggu tu....tapi mcm rasa2 sam dan vince akan menangla....mintak2 tak la!