Menu lunch aku hari ni ialah fish and chips dan hot chocolate yang amatlah malatops sedapnya. Ok...apa yang aku nak tulis ni adalah sambungan aktiviti hari pertama aku kat London.
Lepas aku mandi dan kemas-kemas barang, apa lagi terus le keluar tak nak buang masa. Cuaca agak mendung kat luar dan windy. Kalau tak bawak baju sejuk memang mati kekejangan la aku.
Kat Central London ni, yang paling senang nak travel guna tube/underground. Sebelum tu masa kat airport, aku dah beli Oyster Card yang boleh di top-up untuk digunakan samada masa naik tube, bus etc. Senang dan murah sekali.
Aku memang takda plan mana nak pergi kiranya main redah je. Untuk dua hari ni, aku tak akan pergi ke normal tourist spots sebab nanti aku akan buat benda tu dengan Rasydan dan family dia yang akan datang ke London gak dalam beberapa hari lagi. So, basically, aku main ikut suka je la dalam 2 hari ni mana nak pergi.
Antara yang aku lawat masa hari pertama di London ialah macam kat bawah ni:-
Oxford St area
FYI, tempat B&B aku ni dekat sangat ngan Oxford St yang penuh dengan syurga beli belah mcm Selfridges, Marks & Spenser, Debenhams, John Lewis dll.
Camden Town yang penuh dengan market dia. Tempat ni kiranya macam Bandung la plak sebab kedai dia banyak replika-replika macam kat Cihampeles Bandung plak.
Lepas ke Camden Town aku merayau lagik naik turun tube ke arah aku pun main belasah ajelah. Jalan punya jalan sampai le aku tersampai ke area sini dan ternampak lak benda nih:-
Hard Rock Cafe London
Lepas beli sikit barang souvenir, aku pun jalan lah lagi. Masa tu dah agak gelap dah padahal baru je dalam pukul 4 petang. Sambil jalan-jalan tu aku pun snapy la sana sini berexperiment ngan kamera baru aku. So, sorrylah ye kalau gambar tak chantek sebab buah chempedak diluar pagar amik galah tolong jolokkan, saya budak barulah belajar, kalau salah tolon tunjukkkan occay!!!
Aku jugak menagmbik kesempatan untuk masuk shopping mall yang mahal giler lagi ngetop iaitu Harrods. Very lavish dan chentek interiornya.
Harrods yang terkenal tu!
Aku jugak pergi kat Hyde Park tyang dekat je ngan B&B aku. Masa ni ada fanfare kat sana.
So, basically, itulah hari pertama activiti aku kat London. Letih jugak rasanya sebab aku banyak berjalan. Nantikan hari ke 2 plak ya yang lebih menarik dan penuh kezutan.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!