Tuesday, September 30, 2008

SHOPPING RAYA

Hari ni sehari suntuk aku keluar untuk last minute shopping raya. Dari SubangJaya menghala ke Shah Alam dan lepas tu terus aku hambat ke Jalan TAR yang memang terkenal dengan kehebatan sambutan shopping raya nya.

Target aku cuma nak dapatkan sepasang baju raya lengkap sampin dan songkok. Aku ni memang jenis suka beli last-last minute dan selalunya aku akan ricky dulu banyak-banyak kedai sebelum aku decide mana nak beli.

2 hari lepas aku dah pergi ke SACC Mall dan Kompleks PKNS dan memang ada satu dua baju melayu yang aku dah tengok dan suka. So hari ni aku saja je pergi ke Anggerik Mall yang sebelah SACC Mall tu. Pusing punya pusing terlekat kat satu kedai yang namanya Qamilla Butik yang dipunyai oleh seorang wanita chantek orang Sarawak (kalau tak silapla). Aku tertarik sangat ngan satu baju melayu linen kaler kuning so apa lagi try la. Try punya try malang sesangat sebab yang ada cuma saiz M & S je. Kat kedai ni katanya dia cuma buat sehelai je untuk satu saiz...maknanya untuk setiap kaler baju melayu tu akan cuma ada satu saiz S, M dan L saja.

Memandangkan kaler kuning cair tu aku takdapat so aku pun ubah selera la plak ke kaler hijau cair. Chantek jugak aku tengok dan aku rasa kaler dia agak lembut dan sedap mata memandang. Malas aku nak pikir panjang aku rembat aje la. Dah ada baju melayu kenalah ada butang baju melayu, samping, kain pelekat dan songkok. So, untuk melengkapkan segala persiapan, aku pun belila jugak. Ermmm.....kopak jugak aku dibuatnya tapi takpalah setahun sekalikan?




Tak dilupakan juga aku beli sepasang baju krung buat emak aku. Aku tengok baju hitem ni chantek sesangat so aku sambar jelah untuk mak aku. Mintak muat le.




Dah dapat apa yang aku hajati, terus je aku pecut ke Jalan TAR. Sini suasana memang meriah dan punyalah ramai orang. Seronok tengok gelagat orang yang shopping dan penjual kat sini. AKu rasa sini merupakan kawasan yang paling besar bazar ramadan nya dan segala jenis bangsa manusia ada kat sini untuk shopping.

Kat sini aku cuma belikan beberapa tudung untuk mak dan kakak-kakakku. AKu bukannya tau sangt bab ni tapi aku rasa ikut chantek mata aku je terus aku beli.



Aku pun rasa letih sesangat sebenornya tapi sempat gak aku snap gambar sikit-sikit untuk menunjukkan betapa meriahnya Jalan TAR ni.Macam-macam style ada yang dibuat dek penjual untuk menarik perhatian pembeli.



Start masa siang.....





Shopping aku membawa ke malam

So, apa lagi....esok ada satu hari lagi, sapa -sapa yang belum shopping, datanglah ke Jalan TAR. Memang meriah uollsss!!

2 comments:

lily.lulu said...

yes ..
memang meriah u olsss kalau shopping kat jalan tar

cantik bro baju tuh
i loike !!

orangrawa said...

hehehe...thks lily....selamat beraya sakan le kita!!