Tuesday, September 16, 2008

FILEM KONTROVERSI THAI - 'BANGKOK LOVE STORY'



Malam ni aku baru je tengok sebuah filem Thai yang agak kontroversi di Channel 11. Filem yang bertajuk "Bangkok Love Story". Aku tak pasti le korang pernah dengor/tengok cerite ni ke tak tapi bagi aku inilah first time. Sebuah filem yang mengupas isu yang agak 'taboo' tapi berjaya digarapkan dengan begitu baik sekali tanpa perlu menyelitkan adegan-adegan panas yang kontreversial.

Aku rasa kalau kat Malaysia, takda pengarah yang berani kot nak buat filem-filem macam ni. Kalau ada pun, mungkin tak lepas censorship board atas sebab-sebab tertentu yang kita sendiri sedia maklum.

'Bangkok Love Story' mengkisahkan seorang lelaki pembunuh upahan yang jatuh cinta dengan lelaki yang menjadi target pembunuhannya. Ha....ala-ala 'Brokeback Mountain' version Siam ke nih? Kan ke kontroversi tu?

Dalam movie ni, watak utama dia namanya Mhek (si pembunuh upahan) dan It (target untuk dibunuh). It pada asalnya tak tau yang Mhek ni sebenarnya ditugaskan untuk membunuh dia. Entah camana, masa si Mhek nak pergi bunuh si It ni, tiba-tiba dia berubah fikiran plak dan terus belot. Akibatnya berlaku la tembak menembak antara Mhek dengan tokeh yang mengupah dia tu. Kedua-duanya berjaya melarikan diri walaupun Mhek telah cedera ditembak. Si It ni pun atas dasar simpati, pergile tolong merawat si Mhek ni. Kat sinilah bibit2 cinta tu tumbuh antara Mhek dan It tapi Mhek cuba menafikannya.

It ini dah ada tunang yang namanya Sai tapi bak kata orang jenis yang retak menanti belah aje. So, memandangkan It ini frust, so dia pun cubalah jugak nak berkawan ngan si Mhek ni. Berkat usaha kegigihan It yang memegang motto 'Usaha tangga Kejayaan dan No retreat no Surrender', akhirnya dapat jugak dia berjumpa dengan keluarga si Mhek ni. Nak dijadikan cerita, keluarga Mhek ni jenis yang susah orangnya dan daif. Adik si Mhek yang bernama Mhok (nama lebih kurang je) menghidap HIV manakala emaknya plak menghidap AIDS (kedua-duanya akibat kena sexual abuse oleh bapak tirinya). Kiranya si Mhek ni menyara keluarga dia sebagai pembunuh upahan atas dasar untuk membantu keluarga dia lah. Mulia tak???

Atas dasar ingin membalas dendam diatas perlakuan bapak tiri dia, si Mhok ni plak tanpa pengetahuan keluarganya, mulalah melacurkan dirinya. Dengan cara tu dia boleh merebakkan virus HIV dia kat orang lain. Emaknya plak bila dapat tau si Mhok melacurkan diri, lansung rasa tertekan dan marah. Atas dasar kecewa yang amat sangat, si maknya membunuh diri. So sekarang Mhek kena take care adik dia yang sakit tu sorang-sorang.

Mhek ni masih lagi menjadi buruan tokeh dia. Banyak aksi tembak menembak antara Mhek dengan kuncu-kuncu tokeh dia tu. Sebab Mhek ni terer, so ramailah yang mati kena tembak. Mhek ni plak secuit pun tidak. Herolah katakan!!! Akhirnya Mhek berjaya melarikan diri dan akan berjumpa dengan Mhok yang dah pun tunggu kat stesen KTM. Mhek nak bawa adik dia yang sakit tu jauh-jauh ke tempat selamat. Part ini agak touching sikit sebab baru je dia orang nak berpelukan kegembiraan, si Mhek kena tangkap ngan polis-polis Gerak Khas pimpinan A. Galak (muka iras-iras). AKhirnya Mhek kena penjara dan adik dia terpaksa membawak diri sorang-sorang.

Selang beberapa tahun, sakit Mhok semakin teruk. Akhirnya dia pun bunuh diri gak sebab dah tak tahan menaggung kesengsaraan. Si Mhek ni plak dok merengkok dalam penjara dan It pun datang melawatnya. Mhek rasa terkejut sebab It sekarang ni dah jadi Kassim Selamat....ya ...It dah buta akibat kecederaan masa tembak menembak ngan geng tokeh Mhek. Part ni pun sayu jugak kalau tengok especially masa first time Mhek menyedari yang si It ni rupanya dah buta (sebab It pakai spek gelap....tu yang dia tak perasan)!!

Memang kuat rasa cinta antara Mhek ngan It. It begitu setia dan setiap minggu datang ke penjara melawat Mhek. Akhirnya Mhek dibebaskan dan It dah ada kat luar penjara menunggu Mhek. Inilah pengorbanan namanya...sanggup menunggu seribu tahun lamya....macam lagu Imran Ajmain tu. Memang seswaiiii kalau dia orang main lagu ni time tu.

Part yang last ni memang touching sesangat. Masa It dan Mhek berjalan berpayung keluar dari penjara (masa ni hujan lebat), tak semena-semena Mhek kena tembak. It tak nampak dan tak dengar pun yang Mhek dah rebah ke tanah. It masih terus bersembang macam biasa dan menyangkakan Mhek ada disebelahnya jugak sama-sama berpayung. Sampailah satu ketika barulah It menyedari yang dia cakap sorang-sorang rupanya. Masa ni It terpaksa berbasah kuyup merangkak-rangkap mencari Mhek yang dah pun mati. Dah le buta, hujan lebat pulak tu. Memang sedih dan very touching part ni.

So, bukan lah aku nak promote cerita berunsur taboo begini, tapi apa yang tersirat dari tersurat tu lagi penting. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Hasil karya yang begitu baik dan mantap malah begitu berani sekali mengupas isu cinta sesama jenis.

Btw,dalam filem ni, tidak ada satu pun watak lelaki lembut macam Awie dalam cerita Apa Kata Hati tu. Mhek dan It memang lelaki tegar dan sudut luaran langsung tidak menunjukkan jiwa dalaman mereka. Kalau korang tak caya, korang tengokle sendiri. Adegan-adegan panas yang keterlaluan pun takda.It was a great movie dan penuh pengajaran. Korang try le dapatkan dvd ni dan judge la sendiri.

13 comments:

Rockrider 9.1 said...

ni ala2 brokeback mountain jek bang zul. cuma BBM tu agak keterlaluan scene dia kan. hrmmm...filem taboo ni mmg xkan ada kat negara kita. malah penonton pon akan dicop sebegitu, walhal kita just nak tgk tanpa ada maksud pape. kan!

orangrawa said...

rockrider...tapi rasanya dvd pirate dia ada kat msia...selalunye banyak kat summit usj..
kite tengok sekadar ambil iktibar...moral of the story tu yg penting....dan cerite ni memang sedih...sure nangesnye kalau tengok!!

Catz said...

hi org rawa,

terjumpa blog u while bloghopping..
nice movie review...saya yg cuma baca review pun rasa tersentuh part last tuh..iskk...u r good in writing.

orangrawa said...

catz...try to find movie ni kat KL...ala dvd pirate je pun ok...sedap jalan cerita dia...rasanya ramai yg leleh kot part ending dia tu...memang touching giler!!

i-care-so-i-write said...

bravo orang rawa..

bro boleh jadi writer yang baik sekali.

i tak faham brains orang gay ni..i cannot understand mcm mana dia boleh make love to another man.
dah lah kasar je..hehe

orangrawa said...

i care....teman tak reti nak review movie cara serious...main-main okle...janji cerite tak lari!

lily.lulu said...

woww .. macam bes ajo ..
nnt nak try cari dvd
x pun download aje
:D

Shah said...

Kene carik lah kat kedai pirate dekat umah nih...

orangrawa said...

Lily....semalam kawan tgk dalam youtube pun ada rupenye..

shah....kena carik buat collection...best cerite nih!

leez said...

bro orangrawa...

mcam best aje citer ni. Hmmm kalau kat cinema Msia mesti tak lepas ni

orangrawa said...

leez....mmg best...tapi kat msia dvd pirate dia mesti adanye...cari kat summit usj

shahril aley said...

ade ke dvd pirate kat malesia ni
hmmm.... kalau susah krim ajo dr phuket ke malesia
hehehe....

orangrawa said...

aley...nanti aku carik kalau nak.....