Sunday, September 21, 2008

BOKA POSA RAMAI-RAMAI

Malam ini kita orang ada jamuan boka posa kat rumah Mdm Ruby. Ini adalah pertama kali kita orang buat dalam bulan posa. Ramai yang join dinner nih especially Malaysians yang menetap kat sini. Tak ketinggalan jugak kawan-kawan Thai yang turut memeriahkan uolls boka posa kita orang...first time katanya.


Tengah masak ramai-ramai

Madam Ruby bermurah hati memasak nasik berlauk daging goreng kicap, spagethi, kuih keria, gulai masak asam, ayam gowreng rempah, keropok dan jugak air sirap pandan (aku suke). Fahmi dan keluarga plak masak nasik lemak (feveret semua) dan mee goreng. Dilla dan Shafar plak masak daging masak dendeng dan aku plak paling senang sebab bawak buah-buahan, ais batu dan pinggan mangkok dan cawan untuk makan.



Antara lauk-pauk yang harus dibelasah secukupnya


Antara yang ready untuk dimakan


Nih...menunggu untuk digowreng!

Disebabkan ramai jugak yang datang malam ni, so sesangat meriah lah jadinya. Yang paling best lepas kenyang tu Madam Ruby buat teh tarik plak. Wow....sedap giler dan kita orang pun apa lagik.....belasah jelah tanpa melihat kekiri kekanan.


Aweks-aweks Siam


2 jejaka ngan ramai aweks


Pose makan kat luar


Shafar, James, TT, Raymond & Gerard



Aikohana & Farhana yang kiutmiut


Dilla & Shafar - emakbapak Aikohana


Tuan tanah ngan Lilian - emakbapak lain2

Seronok tengok budak-budak yang walaupun kecik tapi bijak. Aikohana dan Farhana yang sporting dan comelote. Kami suruh dia orang ni pose seksi dan nilah hasilnye:-




Pose Aikohana yang seksi katanya




Aksi sexy Farhana plak


Tuan tanah ngan tuan rumah - jangan gossip okay!!

Memang best kalau boka posa ramai-ramai....tersangatlah meriahnya dan makanan yang berlebih tu pun kita orang apa lagik....tapaulah buat bersahur!!!

Alhamdulilah......lagik 10 hari lagi nak raya!!!

8 comments:

mOhD^.^rAz said...

Meriahnye bukak puasa ramai2 :)

orangrawa said...

mohd...yeap...memang best especially kalau makanan2 pun banyak jugak...

A f f e n d i O s m a n said...

waaaaa

ramenye orang mesia kat sana.

hiks

orangrawa said...

Fendi...ramai tapi yg melayunya tak ramai!

hazlin said...

waaah, banyaknya makan. tentu dah pandai cakap bahasa Siam...

orangrawa said...

bolehlah sikit2 cakap siam....khapkuhkap!!

MNN said...

ramai2 berbuka best!! :) dah try pegi kedai makan kusuma thai-malaysia tuu?? kira senang ler kalo teringin nak makan makanan Malaysia.. alah tapi nyer i bet ur cookings lagi sedap!! :)

orangrawa said...

mnn....tak try lagik...kat mana tempat tu yek? lupa plak aritu u ckp...
actualy....i tak reti masak...maggi okle!!!