Thursday, September 18, 2008

BANDUNG TRIP - DAY 3

Hari terakhir aku mostly relax je. Memandangkan flight aku petang dalam pukul 5.15pm, so aku pun menggatal la lagi ke Kota Kembang. Ni pun aku dapat informasi dari blog Lily. Kat sini boleh dikatakan syurga dvd pirate. Punyalah murah giler dalam RM2satu dvd. Apa lagik....aku boronglah cerita-cerita yang aku minat. Antaranya crite Forgetting Sarah Marshall,Death Race, Red Cliff, The Strangers, Buenos Aries 1977, Meet Dave, Frontiers dan banyak lagik termasuk la Desperate Housewife complete season 3 & 4. Memang murah dan aku dah try dah....gambar chantek dan terang gilos. Bayangkan dalam semua 31 dvd aku beli, kalau duit kita cuma RM51 aja.....huhuhu...i lioke!!!

Aku pun ada gak beli cd original kat sini untuk lagu-lagu Indon. Murah banagt sih....satu cd original cuma Rupiah40,000...tak sampai pun RM20. Banyak gak aku borong macam album Nidji, Best of PeterPan, soundtrack Ayat-Ayat Cinta dll. Memang puas.


Original cd yang murah bangat

Dalam syok-syok beli dvd tu tetiba aku teringat sesuatu. AKU LUPA NAK KE PASAR BARU. Ya rabbi...masa tu aku kelam kabut giler. Padahal tujuan kau ke Bandung ni untuk shopping buat kaum family aku yang sebenornye. Apa lagik....bagaikan Amazing Race Asia Season 3, terus aku memecut mencari taksi mintak dibawakkan ke Pasar Baru. Masa ni aku memang dah kalut dah sebab aku dah tak banyak masa.

Sesampai kat Pasar Baru, terus aku carik kedai telekung dan tudung untuk keluarga aku. Memang aku tak pedulik...janji beli. Aku tak sempat pun nak explore sangat sebab orang terlalu ramai dan agak sesak. Lepas aku dapat semua yang aku nak, barulah aku rasa lega.....kalau tak, sia-sia je lah aku ke Bandung tak beli barang untuk emak, kakak dan makcik2 aku.

Abis shopping aku balik hotel kemas-kemas. Beg aku punyalah penuh...dan aku gerenti akan excess baggagenya. Sampai airport bagai dijangka, aku kena bayar excess baggage. Suma sekali aku kena bayar RM200.....nasib baik duit ada lagik...kalau tak memang naya.

Anyway, syok le jugak shopping kat Bandung especially kalau untuk barang barang pompuan ataupun budak-budak. Memang banyak dan murah. Bagi orang lelaki, oklah jugak especially kalau korang kaki jeans dan tshirt.


Kat airport - nak balik KL dah.

So, itu jelah pengalaman aku kat Bandung. Sampai jugak trip yang main terjah nih.

6 comments:

leez said...

wahh...sakan yea shopping sampai kena excess rm200. Tolak campur dah mcm harga kat KL plak yea. Leez dah pi Bandung 2 x...rasanya cukuplah kot. For me Jakarta lagi best for shopping.

orangrawa said...

Leez...i tak pernah ke JKT lagik...apa tips best tempat2 shopping kat sana?

shahril aley said...

habis sudah penjelajahan ke bandar bandung syurga membeli belah...

orangrawa said...

aley....mmg lega rasanya.....

leez said...

bro..... apa yg best kat jakarta??? ada byk info tempat shopping kat my fotopages http://syarliz.fotopages.com

orangrawa said...

leez...ok thks...will check that.