Monday, September 22, 2008

MERIAH BERSAMA LAGU RAYA


Kumpulan Cenderawasih

Wah...sekarang nih kalau bukak mana-mana blog banyak bebenor lagu raya. Aku suke...aku suke...meriah rasanya!!

Dalam banyak-banyak lagu raya, lagu Cenderawasih yang bertajuk 'Bersama DiHari Raya' adalah antara feberet aku. Aku ingat lagi masa kecik-kecik tengok dalam tv penyanyi India dua beradik ni. Masa dia orang nyanyi lagu ni, dua-dua duduk bertimpuh sambil badan dia orang goyang kekiri kekanan. Hahaha....nostalgia sesangat!!

Tak ramai penyanyi bukan melayu yang menyanyikan lagu raya nih tapi Cenderawasih ni berjaya menyampaikan lagu raya ni dengan sora yang tersendiri....ada sengau-sengau sikit....tapi memang best!!!

3 comments:

leez said...

wahh...dah tak sabar nak raya ni. Lagu cenderawasih tu memang best. Lagu lama orang lama aje yg tau. Lama ke cuti raya nanti???

hazlin said...

memang lagu tu dicipta khas untuk mereka nyanyikan. Kalau orang melayu nyanyi mesti tak jadi.

orangrawa said...

leez....dalam seminggu le jugak cuti....tapi kat kampung kejap je

kaklin..orang2 lama mesti tau lagu ni kan??