Sebelum aku ke Bandung nih, aku dah surf kat blog Lily sebab aku teruja tengok trip Bandung dia ari tu. Banyak informasi aku dapat dari Bandung travelogue Lily tu. Thanks yek Cik Lily....senang sikit teman nak bershopping.
Hari kedua aku dah nekad akan ke Tangkuban Prahu. Ye lah....dah sampai Bandung aku rasa tak lengkap kalau tak kesini. So, aku pun buat booking ngan hotel...kiranya charter satu kereta dan dia akan bawak aku le. CHarge yang dikenakan dalam Rupiah550,000 untuk 12 jam ataupun dalam RM200 le duit kita. Memandangkan aku dah plan nak ke factory outlet yang lain plak lepas ke Tangkuban Prahu, so aku rasa berbaloi la jugak. Kalau pergi ramai-ramai sure save punya tapi apakan daya, kawan berkelana seorang diri sajork. So, bayar je lah....jangan cakap banyak.
Dari Hotel Mitra ke Tangkuban Prahu mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Perjalanan melalui kampung-kampung dan semakin hampir ke tempat tu semakin sejuk sebab dia atas bukit. Untuk memasuki Gunung Tangkuban Perahu ni, dikenakan bayaran Rupiah 35,000 sorang. Lepas bayar, supir aku tu pun drive la sampai ke puncaknya. Sampai kat atas, aku tengok pelancong masih tak ramai...maklumle aku pergi seawal pukul 9.30pagi.
Puncak Tangkuban Prahu gak
Kat atas puncak Tangkuban Prahu
Suka tengok benda nih
Kat sini ramai orang berjualan dan ada tukang guide yang akan bawak korang menjelajah kebawah untuk sampai ke Kawah Domas. Kawah Doams ni tempat yang ada gaizer dan kalau korang nak masuk telur rebus pun boleh. Untuk pengethauan korang, kalau nak kesini kena ada tukang guide nya dan upah yang korang kena bayar untuk sejam ialah Rupiah150,000. Aku pun sebab curios sesangat nak tau benda ni, so aku pun layan je lah.
Nasihat aku kalau sapa yang tak larat nak menurun bukit, better jangan pergi ke Kawah Domas nih. Trek dia gak mencabar gak dan bayangkan lah dahle posa tapi aku gagahkan jugak...demi melihat gaizer yang tahkebendanye tu. Korang jangan plak terkejut ye sebab perjalanan korang akan diikuti oleh 4 orang yang lain jugak yang bertugas sebagai penjual barang-barangan. Kiranye semua sekali termasuk aku adalah dalam 6 orang....pelancongnya sorang (aku le tu) padahal tukang ngikutnya sampai berlima.
Kawah Domas
Laluan ke Kawah Domas
Stop sebab letih sebenornye...maklumle posa
Lotih pokcik....duduk kojap!!
Di Kawah Domas
Perlu diingatkan bahawa 4 orang yang ngikut tadi tu akan berusaha bersungguh-sungguh mempromosi barang2 jualan mereka. Yang dijualnya macam key chains, tasbih dan beberapa souvenir lagik. Aku sebenarnya memang tak hingin langsung nak beli sebab dah le barang2 dia tak menarik mahal nak mampos plak tu. Dia orang akan memujuk kita suruh beli gak. Disebabkan aku dah rimas sesangat dengan pujuk rayuan dia orang, sudahnya aku beli je la. Lagipun aku kesian gak tengok dia orang nih....dah le ngikut aku dari atas sampai kebawah..alih-alih tak masyuk langsung. Atas dasar kasihan, aku beli je la.
Kawah Domas merupakan kawasan lawatan terakhir untuk Tangkuban Prahu. Kat hujung tu supir aku dah pun menunggu untuk membawak aku ke destinasi seterusnya....apalagi shopping le!!
Perjalanan balik yang menyejukkan
Factory outlet yang pertama di hari kedua adalah Rumah Mode. Aku rasa ini merupakan yang terbest le kalau dibandingkan dengan lain2 FO tu. Tempat dia pun chantek dan orang punya lah ramai. Kalau korang nak tau, actually ramai bangat orang2 Jakarta ke sini untuk weekend shopping.
Kat sini aku sambar beberapa helai baju tshirt dan sehelai celana Banana Republik. Oklah....harga agak murah cuma saiz mungkin payah nak carik sikit. Memandangkan pinggangku yang agak besar....so senanglah dapat saiz!!!
Rumah Mode
Nyaman persekitaran Rumah Mode
Lepas Rumah Mode, supir aku pun bawak ke Donatello, Cihampeles dan beberapa lagi factory outlet yang aku pun tak larat dah nak amik gambor.
Donatello Factory Outlet - kedai kasut
Paris Van Java - mostly restaurants
Gambar-gambar kat Cihampeles
Untuk kali kedua yang berturut-turut, aku berboka posa kat restaurant makanan padang. Tak puas rasanya malam semalam tu dan aku nak makan lagik. Restoran padang yang sama tapi berlainan lokasi.
Nasik padang yang sodap
Tetap teh botol dingin
Lepas je berbuka, aku pun suruh supir aku bawa ke Kartika Sari....sebuah kedai yang terkenal dengan brownies, cookies, kuih-muih dia yang sedap tu.
Kartika Sari
Antara makanan yang cantik dan menarik:-
Destinasi aku yang seterusnya ialah balik hotel....sebab pokcik dah lotih bebonar. Tak larat rasanya.....dari pagi sampai ke malam keluar!!! Now...time to rest pulok
4 comments:
jejalan masa malam kat jalan cihampelas tu best
hahaha...
lelagi dengan patung2 karektor superhero tu
kat sana tak tau kek brownies kartika sari tu pemes
kalau tak dah banyak ktorg borong
nyesal plak
pemes kartika sari tu.....dan cepat abis....
Hello,
kalau mahu melawat kat bandung - jakarta atau Bukittinggi - padang, sila hubungi :
PT., MUHIBBAH MULIA WISATA Tour & Travel
JL. Urip Sunoharjo No,.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp. + 62752 32999
E mail/YM : muhibbahbkt@yahoo.com
Mobile ; +6281363408670
muhibbah....ok bisa aja dong.
Post a Comment