Thursday, September 18, 2008
BANDUNG TRIP - DAY1
Bandung International Airport
Dari sehari ke hari aku nak update trip Bandung aku baru-baru ni tapi tak berkesempatan. So, selepas 3 hari aku balik ke Phuket,barulah berkesempatan nak hapdet kat blog nih.
Ok.....trip aku ke Bandung ni merupakan first time buat aku. Dan untuk pertama kalinya jugaklah aku naik Air Asia. Tiket ke Bandung ni aku beli masa MATTA Fair 5 September ari tu dan seminggu selepas tu aku dah bertolak ke Bandung. Disebabkan beli tiket last minute, maka mahal lah jawapnya.
Aku naik flight QZ7596 bertolak dari LCCT dalam pukul 9.50am dan sampai di Bandung pukul 10.55am. Flight tak penuh tapi aku tengok ramai gak orang Malaysia.....harus bershopping le ni maklumla nak raya.
Sampai di Bandung, aku tengok airport dia memang tak systematik betui. Kelam kabut aku tengok especially masa nak collect luggage. Letih gak menunggu dah le puasa. So, dapat je luggage, aku tengok supir hotel yang aku nak nginap ni dah ada kat depan pegang placard nama aku. Rupa-rupanya ada satu lagi family cina malaysia yang stay sama kat hotel penginapan aku tu. Aku tinggal di Hotel Mitra yang terletak di Jalan Supratman. Harga semalam aku bayar Rupiah 287,000 atau lebih kurang RM103 semalam termasuk sahur.
Hotel Mitra
Deluxe Room - RM103 semalam (diskaun bulan puasa)
Lepas je hantar beg dalam bilik, terus kita orang bersiap-siap nak kluar. Memang tak boleh bunag masa...maklumle masa itu emas....kan??? Aku ngan keluarga Cina Malaysia tu berpakat untuk kongsi satu taksi dan menuju ke tempat shopping kami yang pertama di Jalan Riau/Mardinata. Harga satu taxi dalam Rupiah20,000 ataupun RM7.....murah le tu. Tapi actually tak jauh rupanya dari hotel kita orang tu.
Kat Jalan Riau/Mardinata ni banyak factory outlet. Letih le jugak aku masuk dan keluar satu-satu. Dah le bulan puasa tapi tetap gigih aku pergi window shopping. Basically kat sini banyak baju pompuan dan budak-budak. Baju orang lelaki ada gak tapi tak meriah sangat.
Cascade Factory Outlet - my faveret
ForMen Factory Outlet
Summit Factory Outlet
Renaritti Factory Outlet
Oasis Factory Outlet
Secret Factory Outlet
Ada lagik factory outlet yang lain macam Heritage etc tapi aku dah letih sangat tak larat dah nak ambik gambar. Kesimpulannya banyak gak aku beli t shirt untuk aku dan kaum keluarga aku.
Malam tu aku berbuka kat restoran makanan padang. Aku lupa nama dia tapi boleh tahan sedap. Aku memang kelaparan dan kehausan so aku bantai le cukup-cukup. Alhamdullilah diatas kurniaan rejeki dari Ilahi.
Sorry yek...dah abis baru aku sempat nak amik gambor
Teh botol - feveret nih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
masa pi bandung tu amek pakej
jakarta-puncak-bandung
so tak banyak la shopping complex ktorg explore
tapi memang kalau pi sana
abiskan duit ajooo... :)
memang....tapi jakarta tak sampai lagik!!!
bandung, destinasi dalam travel itinerary january tahun depan.. :) hehehehe.. :)
mnn...rasanya airsia ada promo skrg!!
Kalau mahu datang melawat kat Bandung - Jakarta atau ke Padang - Bukittinggi ( Sumatera Barat ) Sila call :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
J. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - West Sumatera - Indonesia
Telp. +62752 32999 Fax. +62 752 32999
E mail / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
Mobile : +62 81363408670
muhibbah....thanks for the info....kalau ke jkt akan ku kontak.
Post a Comment