Sunday, May 18, 2008

RESTU FAMILY

Semalam aku balik kampung jumpa my family. Kalau ikut jadual asal, sepatutnya aku ada di Langkawi bercuti di The Frangapini Langkawi . Memandangkan aku dah nak berangkat hari Selasa ni, so aku terpaksa batalkan percutian Langkawi aku tu. Bagi aku, restu keluarga (wah gitew) lebih penting dari bermandi-manda di tepian pantai yang indah.

Tengahari tadi mak aku masak makanan favourite aku....ikan bilis lemak masak tempoyak dan sambal petai pedas...perghhhh.....memang best. Aku suka sangat masakan ni dan sebagai orang Perak, tempoyak memang wajb le kan?

Hari Isnin aku dah balik KL dan seawal-awal pagi Selasa aku dah kena berangkat ke suatu tempat untuk berjumpa dengan boss baru aku. Sebelum melaporkan diri ketempat tugasan baru aku tu,aku dikehendaki berjumpa dengan beberapa pihak untuk familiarisation proses katanya.

So, mudah-mudahan aku dapat melalui semua ini dengan jayanya dan aku harap aku akan sukses dengan tugasan baru ini. Tapi frustnye aku terlepas Final AF6 minggu depan. Tension nye.

2 comments:

MOLY said...

tak pe .. nanti boleh tengok AF Final online ..

wish u all da best !!
:)

Selamat untuk semuanya ...

orangrawa said...

Dapat jugak tengok walaupun kejap-kejap stop sebab hujan kat sini.

Selamat lah hendaknya.