Saturday, May 3, 2008

DAY 3 - GRAND BAZAAR

Ini satu lagi tempat yang WAJIB dilawati kalau ke Istanbul. Dikenali jugak sebagai Kapali Carsi. Ianya merupakan bazar tertutup terbesar yang menjual pelbagai barang - bak kata Astro - 'macam-macam ada'. Diperkabarkan terdapat 4,000 kedai didalam ni dan punyalah ramai pelancong. Bukan setakat nak shopping, nak makan pun takda hal punya kat dalam ni.


Kedai kat pintu masuk Grand Bazaar


Di luar Grand Bazaar


Salah satu entrance ke Grand Bazaar

Sepanjang aku berjalan kat sini, pekedai akan menegur, 'Malaysian?'. Aku pun angguk jelah dan terus dia orang cakap 'Apa kabar?'. Ramai sangat yang cakap macam ni kat aku sambil lepas tu dia orang pun ajak masuk kedai dia orang. Aku pun layan aje lah. So kalau korang ke Istanbul, jangan terkejut sebab most of the shop owners suka kalau jumpa orang Malaysian dan terus ramah. Tapi kena hati-hati sebab tak semuanya ikhlas. So, sendiri mau ingatlah ya.

Dalam bazaar ni, aku paling suke sangat tengok lampu-lampu yang beraneka warna yang harganya boleh tahan mahal. Memang ralit dibuatnya kalau masuk bazaar ni. Perlu diingatkan, kat dalam ni kena tawar menawar kalau tak memang kena tipu hidup-hiduplah korang.


Chanteknya...


Pose sikit....boley?

Aku pun tak tau berapa banyak kedai souvenirs kat dalam ni. Terlalu banyak sangat. Pelbagai bentuk dan harga ada kat dalam ni.


Kedai souvenirs


Macam-macam ada


Aku suka sesangat

Peringatan - kat sini kena hati-hati sebab banyak conman dan pickpocket, so make sure jangan alpa dan leka.

2 comments:

MOLY said...

wowwwwwwww .. terpesona tengok lampu2 lip lap lip lap tuh !!

syiok giler !!!

orangrawa said...

Lily, aku pun terkasima jugak tengok lip-lap tu...memang cantik sungguh!