Wednesday, May 28, 2008

MELAYAR BAHTERA...

Esok hari terakhir aku ada kat Phuket ini. Maknanye berakhirlah episode handover exercise aku ni. Malam esok balik semula ke KL dan next week kena berangkut kesini bawak barang-barang segala bagai. Dan bermakna jugak, by next week I will be all alone here. Safri akan berangkat ke Brunei untuk tugasan baru dia dan aku kenalah melayari pelayaran keseorangan kat sini...wah gitew!!

Last night dapat jemputan ke rumah Deputy Director TM, si Fahmi. Dia pun macam aku jugak, masih baru kat sini...dalam 3 bulan lah gamaknya. Dinner dia agak spesel sebab kawan dia Dato Mahadzir Lokman dan kawan dia pun ada sama. . So, dapatlah berkenalan ngan dia orang ni. Dato' is a a very humble person dan suka buat lawak. Seronok lepak-lepak kat umah Fahmi ni. Wife dia masak memang sedap so, alamatnya lepas ni kerapla aku keumah dia untuk makan free....opssss!!

Banyak jugak we all ambik gambar tapi camera si Fahmi le sebab bateri camera aku dah lama kong. Aku suka umah Fahmi ni very the comel dan American design gitew....macam umah dalam cerita Forrest Gump tu la yang ada buaian kat luar tu.

Aku pulak masih lagi ditempatkan di hotel. Kalau ikut kebiasaan, aku diberi selama 2 minggu untuk dok kat hotel sampailah aku dapat cari umah. Kat sini, property mahal nak mampos sebab target market dia golongan expat...ermmm memang penoh pun dia orang ni kat sini. So, tu yang payah tu...maklum le budget kena ingat beb!! Kat Phuket ni, harga agak mahal dan cost of living mencanak abis. Bayangkan, satu apartment biasa 2-bilik pun boleh mencecah sampai RM5K..bukan ada apa sangat pun facilitinya.

Semalam, dapat jemputan untuk tengok 2 kawasan kediaman disini. So, we all pun pergile...kawasan ini dalam 30 minit dari opis aku...very convenient dan nice sesangat.....macam kat bawah ni. Matilah berangan aku .....





So, lepas ni nak pack barang.....rindu nak balik KL dengan umah aku tu...tapi yang paling penting, aku memang gian sangat nak makan nasik lemak ngan roti canai.... kat Phuket ni takdala...

4 comments:

Beruang Madu aka Honey Bear said...

uihhh... ni pegi atas sponsor ker atau atas urusan kerja... mahal memang mahal tapi Phuket memang best untuk menarik pelancong... aku suka ke sana...

orangrawa said...

atas urusan kerja khun Beruang Madu....kena bermastautin disana plak!!

Lily.Lulu. said...

jelesnyaaaaaaaaaaaaaa !!!
teringin nak gi phuket ..
tunggu .. dah ada dlm list
;)

orangrawa said...

Lily, Phuket ni beach dia manyak cantik oooo....