Entrance ke Cagaloglu Hamami
1,000 places to see before you die
Tempat menunggu dan berehat
Ada banyak service yang boleh dipilih tapi aku cuma try normal bath with 15 minit massage aje yang dikenakan bayaran dalam YTL70 (mahal siutt). Tempat ni mahal sebab telah dikomersilkan dan ramai celebrities dan pembesar2 negara lain yang pernah datang kat sini – tu yang dia naik harga tu. Untuk pengetahuan korang, bahagian lelaki dan perempuan diasingkan.
Selepas buat pembayaran, aku diberi bilik untuk meletakkan barang-barang dan bertukar pakaian. Sehelai tuala akan diberi dan terus masuk kedalam bilik hamam yang berdinding dan berlantaikan marble. Memang ramai kat dalam ni dan mostly para pelancong macam aku gak.
Setiap seorang akan dilayani oleh seorang pekerja yang bertanggungjawap memandi dan mengurut badan korang. Memandangkan dia orang ni kebanyakkannya tak boleh bercakap bahasa Inggeris, so main bahasa isyarat ajelah.
Mula-mula aku diterlentangkan di atas batu marble yang suam-suam tu dan badan aku mula digosok-gosok dengan kain pencuci. Perlakuan mereka memang kasar dan dihumbannye aje aku kesini sana. Kelakar pun ada jugak sebab memang inilah cara dia orang bekerja. Lepas seluruh badan aku digosok, aku dimandikan dengan air sabun pulak. Ditampar-tamparnye aje badan aku. Aduh pedih giler tapi syok jugak pengalaman macam ni. Semua proses ni cuma mengambil masa 30 minit aje dan lepas tu korang bolehlah duduk kat dalam hamam tu selama mana yang boleh. Kiranya macam duduk dalam steam bath le sebab keadaan pengudaraannya yang agak suam-suam kuku seadanya.
Walaupun kasar diperlakukan, tapi pengalaman Hamam ni korang mesti cuba kalau ke Istanbul. Rugi dan tak lengkap lawatan korang kalau tak try benda ni. Best sesangat weii!!
Selepas mandi - saje jer kasi blur..
No comments:
Post a Comment