Friday, May 9, 2008

The love of Tan Hong Ming

Punyalah busy sampaikan tak sempat baca suratkhabar. Baru je sat ni aku membelek paper Star dua hari lepas. Dan aku terkejut masa aku terbaca artikel ni:-

" TV ad strikes gold in NY"

Yes, tv commercial yang paling-paling aku suka sekali, "Tan Hong Ming In Love" yang diarahkan oleh the one and only our talented Yasmin Ahmad. Commercial ini mengisahkan dua kanak-kanak comel berlainan bangsa iaitu Tan Hong Ming dan Umi Qazrina yang berkawan rapat. Aku rasa semua orang suka iklan ni melainkan orang-orang yang 'poyo' je kot yang benci.

Iklan ni menang banyak anugerah dah dan yang terlatest ni kat The 2008
International ANDY Awards di New York. Satu lagi penganugerahan antarabangsa untuk Yasmin Ahmad yang sememangnya meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Bagi aku, ianya terlalu special dan real. Both Tan and Umi are soooooooo cute. Part yang aku paling suka masa Umi revealed yang Tan Hong Ming bopren dia dan si Tan Hong Ming n terngaga kesukaan. Hehehe....memang cute sesangat.
So, again tahniah buat Yasmin Ahmad kerana semememangnya dirimu penuh berharga dan hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Check her blog kat sini .

Credit to Yasmin Ahmad for this lovely tv commercial.

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

halamak cayalah.. so simple ad yet so precious... jangan ingat iklan mudah macam tu takleh menang . Ko nak buat iklan ganas ganas, harga mahal mahal tepi tetap tak terlawan dek ikan dari barat... buat simple2 jer tapi penuh makna... salute to Yasmin

orangrawa said...

Tulah...simple aje kan tapi penuh bermakna....