Sunday, May 4, 2008

DAY 4 - LAST DAY



Hari yang terakhir untuk aku berada di Istanbul. Selepas melawat Basilica Cistern, aku pun jalan-jalanlah kat Sultanahahmet tu. Perut punyalah lapar tapi tak sanggup rasanya nak makan kebab ataupun doner Turki ni. Naik muak aku dibuatnya.

So, jalan punya jalan, terserempak lah aku dengan Domino Pizza. Punyalah aku suka sebab dapat gak melantak benda lain. Tanpa melengahkan masa, aku order jelah benda kat bawah ni. Sedap dan puas aku dibuatnya.



Aku pun try jugak tea Turki yang dijual segelas YTL0.50 kat tepi jalan di Sultanahmet tu. Kiranya ini merupakan minuman ruji dia orang lah kat sini. Comel je gelasnya.



Rest of the day, aku pergi jalan-jalan aje dan masa aku melalui satu kawasan kat Sultanahmet tu, sekali lagi aku dipanggil oleh tuan punya restoren yang macam confident je dia cakap, 'Malaysian right?' dan terus dia ajak aku duduk kat keda dia. Aku pun order jelah hot chocolate dalam sejuk-sejuk tu...errrm best betui!!

Rupa-rupanya tuan kedai ni nak promote kat aku yang atas restoren dia tu ada Guest House yang memang popular dengan Malaysian katanya. Siap ditunjukkan lagi koleksi business cards orang-orang Malaysian yang pernah datang situ. Namanya KERVAN GUESTHOUSE. Korang boleh check website dia kat sini. Sebuah penginapan yang agak menarik, lengkap dan yang paling penting agak murah. Lokasi memang tengah-tengah Sultanahamet dan termasuk breakfast. EUR35 je per night and that's really good deal. Kalau aku tau dari dulu, sure aku stay kat sini sebab tak banyakpun beza dengan hostel yang aku tinggal tu. So, aku rekomen sapa-sapa nak ke Istanbul, staylah at sini. Very economical dan strategik sesangat.

Aku juga sempat berkenalan dengan seorang penjual kilim dan karpet yang pernah tinggal di Malaysia beberapa tahun yang lepas. Mr Salim namanya. Seronok dia bersembang dengan aku dan aku pun layan jelah....orang dah ramah takkan kita nak menyombong plakkan? Sambil bersembang tu dia pun berceritalah sejarah kilim dan karpet dia. Senang bersembang dengan dia berbanding dengan yang lain sebab English dia memang bagus....slang American lagik. Anak sedara dia yang bekerja dengan dia kat kedai tu pun baik sangat.


Me and Mr Salim

Malam tu, on the way balik ke hostel, aku lepak jap kat Blue Mosque. Terpegun aku tengok kecantikkan bangunan ni di waktu malam. Memang cantik macam emas lagaknya diwaktu malam disinari lampu-lampu berwarna kuning.


Blue Mosque at night


Chantek la waktu malam

Aku juga ternampak satu pertunjukkan sufi berhampiran dengan hostel kediaman aku malam tu. Ambik gambar dari jauh je sebab nak tengok dekat-dekat kena pulak bayar cover charge dia yang tah berapa tah.


Sufi show malam terakhir

Aku pun makan le jugak kebab Turki ni buat kali terakhir dimalam terakhir di Istanbul.


Malam last makan kebab Turki

So, sampai sini jelah notasi pengembaraan aku ke Istanbul yang berkonsepkan main redah dan terjah aje. Yelah, last minute plan disebabkan bulan Jun ni aku akan dipostingkan ke sebuah negara jiran terdekat. Memang banyak lagi tempat-tempat menarik kat Istanbul yang tak sempat nak cover dan inshaallah aku akan datang lagi next time kalau ada rezeki.

2 comments:

maliksutanmuda said...

WAO...DASAYATLA INSTANBUL....

teruja aku tgk foto yg ko snapkan tu...cantik sangat..

kedai makan yg ko g tu, mmg murah ek...makan2 nyer mmg sedap2 ek?..

ada cenderahati tak, mesti bykkan heheh!!

orangrawa said...

Awie, actually mahal kat sini. Bayangkan, satu value meal McDonald reganya dalam RM20. Aku tak banyak shopping pun sebab mahal. Yang penting dapat snap photos.