Fening! Fening! Fening!
Aku baru je masuk opis semalam selepas menghabiskan cuti tahun aku kat Istanbul. Masuk je opis, tu dia berlambak kerja atas meja aku. Berbelas request nak kena evaluate, berpuluh email nak kena jawap, berdozen paperworks nak kena habiskan. Dua tiga meeting nak kena attend dan macam-macam lagik. Matilah jawabnya.
Kekadang, aku dah tak larat dah nak continue dengan apa yang aku buat ni. It's a non-stop thing. Ada aje yang datang. Big Boss aku ni plak memang jenis "I dont care - make things happen" punya jenis. Tension? Memang aku tension dan tulah pasalnya aku pergi larik kejap walaupun aku tau kerja berlambak akan tetap setia menanti aku sekembalinya aku dari cuti.
Kenapa pergi bercuti kalau dah tau kerja banyak? Well, memang betui statement tu. Tapi, kalau aku tak paksa diri sendiri nak cuti, memang tak bercutilah aku jawapnya. Bukannya kerja aku akan habis kalau aku tak cuti sekalipun malah semakin berlambak datang adalah. So, I need a physical and emotional therapies dan bercuti adalah satu daripadanya. Apa, ingat aku ni robot?
Next month inshallah aku dah takda lagi kat opis aku ni. Aku akan ditugaskan di negara jiran. So, aku harap aku akan dapat rest sikit dan yang paling penting aku akan LEBIH FOKUS hendaknya. Walaupun aku rasa tugasan baru aku ni bukanlah mudah tapi setidak-tidaknya aku hanya akan concentrate dengan satu area saja berbanding dengan sekarang ni.
Kepala semakin berat dan template yang aku kena prepare untuk presentation hari Khamis masih belum siap sepenuhnya. Memang aku akan stay late lah malam ni sebab by tomorrow morning, semua participants for the Thursday meeting akan dapat template aku ni for their material presentation.
Ya allah...ana feninglah!!!!!!!
4 comments:
Tak apa bro. At least dah sempat lepak release tension dulu kat Istanbul tu.
tapi balik opis pening semula la Shah.....
fening..fening...sangat fening la ente...
ana pun fening bila baca ente punya entry, psl keje ente byk...ana pun dah nak datang bala kerja banyak nie...feing, fening
ente sabar ya...nanti dah berpindah, doa2 tak la seteruk itu lagi ya...
syok baca entry ko pasal instanbul..best2~~
awie, kalau ada peluang lawatlah istanbul. Penuh warna warni tapi kena hati-hati sebab ramai conmen.
Post a Comment