Friday, May 2, 2008

DAY 2 - SUFI & WHIRLING DERVISH


The Whirling Dervish

Satu-satunya yang aku taknak terlepas kalau melawat Istanbul ni ialah untuk melihat persembahan para-para sufi yang menari berpusing-pusing (betui ke aku tulis ni?) ataupun lebih dikenali sebagai 'The Whirling Dervish'.

Upacara ini merupakan sebahagian daripada amalan para sufi di Turki. Dalam upacara ni, para sufi akan berpusing-pusing mengikut alunan muzik yang cukup indah dan mendayu-dayu. Menurut ceritanya, iannya merupakan satu penyerahan kepada yang maha esa dan kosentrasi mereka semasa upacara ini memang ditahap yang maksima.

So, aku pun apa lagi, carilah tiket untuk nonton show ni. Harganya YTL30 untuk persembahan selama 100 minutes. Memandangkan aku masuk lambat, hambik ko dibaginya aku seat kat belakang tiang. Hampeh betui la tak dapat tengok puas-puas tapi kira oklah dapat jugak impian aku tercapai.


Baru nak start

Acara dimulakan dengan alunan muzik berunsur keagamaan ala-ala berzanji tapi memang sedap. Ralit mendengarnya. Lepas 3 buah irama dimainkan, barulah masuk 4 orang sufi yang memakai jubah berwarna putih dan bertopi tinggi. Suasana begitu hening sekali dan setiap orang penuh kusyuk dan tawaduk gitew menantikan persembahan mereka.

Memang menakjubkan sebab bukan sekali dia orang ni berpusing tapi banyak kali tu. Dan tak pulak dia orang ni rasa pening. Para penonton adalah dinasihatkan untuk berdiam diri dan kalau nak ambik gambar tak boleh guna flash sebab tak nak mengganggu upacara ni. Nak tepok tangan pun tak dibenarkan sampailah abis upacara ni.


Penuh kusyuk


Tak tercapai dek akalku nak buat camni

Kesimpulannya, aku memang puas sesangat sebab dapat jugak tengok upacara tradisi ni.

2 comments:

maliksutanmuda said...

ayooo....so the cantik view one....hehehe

tarian pusing2 tu ko ada try tak?...sure pening kan...

anyway, bst ni, ko jgn lupa update tau,...nak tau apa yg menarik kat sana...makan ker....mklumla tak de peluang nak ke sana..huhu!!!

good luck n selamat hari pekerja...

orangrawa said...

awie....tarian tu bukan untuk dicuba...ianya satu persembahan oleh para sufi....nanti aku tgh nak hapdate lagi ni.