Saturday, May 31, 2008

PASAR MALAM & MOVIES MARATHON


Pasar Malam ke Pasar Petang ni?

Malam ni aku puas....sebab aku pergi pasar malam dan borong makanan banyak sangat. Puas hati aku sebab dah 10 hari aku miss makanan Melayu sebab aku ada kat Bangkok dan Phuket. So, apa lagi...dari nasik lemak, keropok lekor, apam balik, kacang kuda pedas dan segala bagai aku beli malam tadi. Puas aku....memang 'mentedarah' aku bak kata orang Perak. dibuatnya.

Hari ini jugak aku layan baik cerita-cerita Melayu. Aku baru je tengok cerita "Apa Kata Hati' arahan Saw Teong Hin. Honestly my personal view, cerita ni tak best dan upset sangat. Pelakon-pelakon nya ok tapi banyak yang 'over' sangat. Awie jadi nyah tak real dan dynas plak overacting sesangat. Cuma Farah sipelakon utama dan AC Mizal je best.

Tadi aku jugak beli dvd cerita "Anak"," Beranak Dalam Kubur", "The Orphanage" dan "Wrong Turn 2 - Dead End". Aku memang peminat cerita horror dan tak sabar malam ni nak layan cerita-cerita ni.


Anak (Malaysia)


Beranak Dalam Kubur (Indon)


The Orphanage (Spain)


Wrong Turn 2 - Dead End

So, sambil layan marathon movies sambil makan sakan le aku depan tv malam ni.

Wednesday, May 28, 2008

MELAYAR BAHTERA...

Esok hari terakhir aku ada kat Phuket ini. Maknanye berakhirlah episode handover exercise aku ni. Malam esok balik semula ke KL dan next week kena berangkut kesini bawak barang-barang segala bagai. Dan bermakna jugak, by next week I will be all alone here. Safri akan berangkat ke Brunei untuk tugasan baru dia dan aku kenalah melayari pelayaran keseorangan kat sini...wah gitew!!

Last night dapat jemputan ke rumah Deputy Director TM, si Fahmi. Dia pun macam aku jugak, masih baru kat sini...dalam 3 bulan lah gamaknya. Dinner dia agak spesel sebab kawan dia Dato Mahadzir Lokman dan kawan dia pun ada sama. . So, dapatlah berkenalan ngan dia orang ni. Dato' is a a very humble person dan suka buat lawak. Seronok lepak-lepak kat umah Fahmi ni. Wife dia masak memang sedap so, alamatnya lepas ni kerapla aku keumah dia untuk makan free....opssss!!

Banyak jugak we all ambik gambar tapi camera si Fahmi le sebab bateri camera aku dah lama kong. Aku suka umah Fahmi ni very the comel dan American design gitew....macam umah dalam cerita Forrest Gump tu la yang ada buaian kat luar tu.

Aku pulak masih lagi ditempatkan di hotel. Kalau ikut kebiasaan, aku diberi selama 2 minggu untuk dok kat hotel sampailah aku dapat cari umah. Kat sini, property mahal nak mampos sebab target market dia golongan expat...ermmm memang penoh pun dia orang ni kat sini. So, tu yang payah tu...maklum le budget kena ingat beb!! Kat Phuket ni, harga agak mahal dan cost of living mencanak abis. Bayangkan, satu apartment biasa 2-bilik pun boleh mencecah sampai RM5K..bukan ada apa sangat pun facilitinya.

Semalam, dapat jemputan untuk tengok 2 kawasan kediaman disini. So, we all pun pergile...kawasan ini dalam 30 minit dari opis aku...very convenient dan nice sesangat.....macam kat bawah ni. Matilah berangan aku .....





So, lepas ni nak pack barang.....rindu nak balik KL dengan umah aku tu...tapi yang paling penting, aku memang gian sangat nak makan nasik lemak ngan roti canai.... kat Phuket ni takdala...

Sunday, May 25, 2008

KAPKHUNKAP - HERE I AM!!!



Inilah baru first time aku dapat layan internet walaupun slow nak mampos. Yes, I am now already in PHUKET. This is my new place. This is where I will start my new life.

I was in Bangkok last week and after meeting my new boss, now I am ready to start a new journey. Memandangkan aku masih tak dapat rumah lagi, so they put me at Laguna Resort, Phuket. A very nice place indeed dan didalam golf resort. Frust jugak sebab bateri kamera aku dah kong...kalau tak boleh gak ambik gambar-gambar kat situ. Tapi korang boleh tengok website dia kat sini.

Last nite, tak disangka-sangka dapat jugak aku tengok Final AF6 kat umah my fren yang akan aku ganti tempat dia tu. Sambil tengok tv sambil layan buah-buahan dan meehun goreng sedap masakan isterinya. Puas sangat aku rasa sebab dah seminggu aku asyik makan makanan Thai aja.

This weekend, they put me at a very nice Millenium Hotel di Patong Beach. Memang cantik dan very trendy hotel. You all boleh tengok website dia kat sini. Makanan dia pun not bad.

Tadi masa aku jalan-jalan kat sini which is bersebelahan dengan hotel aku, aku pun menonton la cerite baru Indiana Jones and the Crystal Skull. A very nice panggung wayang dan harganya pun boleh tahan THB140 ataupun RM14.

By next week I should get my new house already. Aku dah tengok 2-3 apartment dah dan hopefully I will make the right choice maklumla aku pun tak tau berapa lama aku akan duduk sini. So, pilihan yang tepat harus dibuat. Salah pilih, alamat bosan lah hidup aku nanti kat sini dah le sorang-sorang pulak tu.

Esok hari Senin, it is going to be a busy day sebab aku akan mula start handover duties. Banyak benda akan dibuat dan mintak-mintak everything will be ok.

Sunday, May 18, 2008

RESTU FAMILY

Semalam aku balik kampung jumpa my family. Kalau ikut jadual asal, sepatutnya aku ada di Langkawi bercuti di The Frangapini Langkawi . Memandangkan aku dah nak berangkat hari Selasa ni, so aku terpaksa batalkan percutian Langkawi aku tu. Bagi aku, restu keluarga (wah gitew) lebih penting dari bermandi-manda di tepian pantai yang indah.

Tengahari tadi mak aku masak makanan favourite aku....ikan bilis lemak masak tempoyak dan sambal petai pedas...perghhhh.....memang best. Aku suka sangat masakan ni dan sebagai orang Perak, tempoyak memang wajb le kan?

Hari Isnin aku dah balik KL dan seawal-awal pagi Selasa aku dah kena berangkat ke suatu tempat untuk berjumpa dengan boss baru aku. Sebelum melaporkan diri ketempat tugasan baru aku tu,aku dikehendaki berjumpa dengan beberapa pihak untuk familiarisation proses katanya.

So, mudah-mudahan aku dapat melalui semua ini dengan jayanya dan aku harap aku akan sukses dengan tugasan baru ini. Tapi frustnye aku terlepas Final AF6 minggu depan. Tension nye.

Sunday, May 11, 2008

MAKAN-MAKAN


Makanan dah terhidang...makanlah


Family Kari, Man & Lizam


Zety, Kazar, Kak An dan anak


Tuan rumah dengan aweks cun!!


Shamaz, Diara, James & Suzanna family

Fid, Azura, Lilia & Malia
Lizam & family


Tuan rumah dan peminat2

Suzanna & family
Suzanna yang ceria senantiasa

Pose jangan tak pose

Ina, Malia, Ida & Ema


Roti jala yang sedap

Sabtu lepas aku buat sedikit makan-makan untuk office-mates aku. Lokasinya kat umah akulah. It was a simple yet memorable event dan thanks to all yang datang petang tu. Ramai yang cancel last minute due to whetever reasonslah but nevertheless, bilangan tetamu yang datang kira alhamdulillah jugak.

Nak senangkan keja, aku cater aje kat one of my office mate punya kawan. Menu agak simple tapi quiet variety. Ada mihun soto, mee kari, nasi empet ngan kuah kacang, roti jala, ayam masak rendang, pengat durian dengan pulut, kuih-muih, buah-buahan dan segala bagai.

Sincere thanks for Kak Ann for delicious home made muffins yang panas lagi tu, Iza for karipap pusing yang memang aku suka, Suzanna for spaghetti dan chocolate roti marie yang yummy, Ina for bihun goreng, Surayya for pengat durian dan pulut, Lilia dengan rambutan dan yang lain-lain aku pun lupa macam-macam korang bawak.

Yang tak datang tu, rugilah korang sebab makanan banyak sedap dan free lagi tu....bukan kena bayar pun, just bawak perut je.
Anyway, thanks to all my frens baik yang datang ataupun yang tak datang. Inshallah, ada rezeki aku buat lagi.

Friday, May 9, 2008

The love of Tan Hong Ming

Punyalah busy sampaikan tak sempat baca suratkhabar. Baru je sat ni aku membelek paper Star dua hari lepas. Dan aku terkejut masa aku terbaca artikel ni:-

" TV ad strikes gold in NY"

Yes, tv commercial yang paling-paling aku suka sekali, "Tan Hong Ming In Love" yang diarahkan oleh the one and only our talented Yasmin Ahmad. Commercial ini mengisahkan dua kanak-kanak comel berlainan bangsa iaitu Tan Hong Ming dan Umi Qazrina yang berkawan rapat. Aku rasa semua orang suka iklan ni melainkan orang-orang yang 'poyo' je kot yang benci.

Iklan ni menang banyak anugerah dah dan yang terlatest ni kat The 2008
International ANDY Awards di New York. Satu lagi penganugerahan antarabangsa untuk Yasmin Ahmad yang sememangnya meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Bagi aku, ianya terlalu special dan real. Both Tan and Umi are soooooooo cute. Part yang aku paling suka masa Umi revealed yang Tan Hong Ming bopren dia dan si Tan Hong Ming n terngaga kesukaan. Hehehe....memang cute sesangat.
So, again tahniah buat Yasmin Ahmad kerana semememangnya dirimu penuh berharga dan hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Check her blog kat sini .

Credit to Yasmin Ahmad for this lovely tv commercial.

Tuesday, May 6, 2008

STRESS TAHAP MEGA

Fening! Fening! Fening!

Aku baru je masuk opis semalam selepas menghabiskan cuti tahun aku kat Istanbul. Masuk je opis, tu dia berlambak kerja atas meja aku. Berbelas request nak kena evaluate, berpuluh email nak kena jawap, berdozen paperworks nak kena habiskan. Dua tiga meeting nak kena attend dan macam-macam lagik. Matilah jawabnya.

Kekadang, aku dah tak larat dah nak continue dengan apa yang aku buat ni. It's a non-stop thing. Ada aje yang datang. Big Boss aku ni plak memang jenis "I dont care - make things happen" punya jenis. Tension? Memang aku tension dan tulah pasalnya aku pergi larik kejap walaupun aku tau kerja berlambak akan tetap setia menanti aku sekembalinya aku dari cuti.

Kenapa pergi bercuti kalau dah tau kerja banyak? Well, memang betui statement tu. Tapi, kalau aku tak paksa diri sendiri nak cuti, memang tak bercutilah aku jawapnya. Bukannya kerja aku akan habis kalau aku tak cuti sekalipun malah semakin berlambak datang adalah. So, I need a physical and emotional therapies dan bercuti adalah satu daripadanya. Apa, ingat aku ni robot?

Next month inshallah aku dah takda lagi kat opis aku ni. Aku akan ditugaskan di negara jiran. So, aku harap aku akan dapat rest sikit dan yang paling penting aku akan LEBIH FOKUS hendaknya. Walaupun aku rasa tugasan baru aku ni bukanlah mudah tapi setidak-tidaknya aku hanya akan concentrate dengan satu area saja berbanding dengan sekarang ni.

Kepala semakin berat dan template yang aku kena prepare untuk presentation hari Khamis masih belum siap sepenuhnya. Memang aku akan stay late lah malam ni sebab by tomorrow morning, semua participants for the Thursday meeting akan dapat template aku ni for their material presentation.

Ya allah...ana feninglah!!!!!!!

Sunday, May 4, 2008

DAY 4 - LAST DAY



Hari yang terakhir untuk aku berada di Istanbul. Selepas melawat Basilica Cistern, aku pun jalan-jalanlah kat Sultanahahmet tu. Perut punyalah lapar tapi tak sanggup rasanya nak makan kebab ataupun doner Turki ni. Naik muak aku dibuatnya.

So, jalan punya jalan, terserempak lah aku dengan Domino Pizza. Punyalah aku suka sebab dapat gak melantak benda lain. Tanpa melengahkan masa, aku order jelah benda kat bawah ni. Sedap dan puas aku dibuatnya.



Aku pun try jugak tea Turki yang dijual segelas YTL0.50 kat tepi jalan di Sultanahmet tu. Kiranya ini merupakan minuman ruji dia orang lah kat sini. Comel je gelasnya.



Rest of the day, aku pergi jalan-jalan aje dan masa aku melalui satu kawasan kat Sultanahmet tu, sekali lagi aku dipanggil oleh tuan punya restoren yang macam confident je dia cakap, 'Malaysian right?' dan terus dia ajak aku duduk kat keda dia. Aku pun order jelah hot chocolate dalam sejuk-sejuk tu...errrm best betui!!

Rupa-rupanya tuan kedai ni nak promote kat aku yang atas restoren dia tu ada Guest House yang memang popular dengan Malaysian katanya. Siap ditunjukkan lagi koleksi business cards orang-orang Malaysian yang pernah datang situ. Namanya KERVAN GUESTHOUSE. Korang boleh check website dia kat sini. Sebuah penginapan yang agak menarik, lengkap dan yang paling penting agak murah. Lokasi memang tengah-tengah Sultanahamet dan termasuk breakfast. EUR35 je per night and that's really good deal. Kalau aku tau dari dulu, sure aku stay kat sini sebab tak banyakpun beza dengan hostel yang aku tinggal tu. So, aku rekomen sapa-sapa nak ke Istanbul, staylah at sini. Very economical dan strategik sesangat.

Aku juga sempat berkenalan dengan seorang penjual kilim dan karpet yang pernah tinggal di Malaysia beberapa tahun yang lepas. Mr Salim namanya. Seronok dia bersembang dengan aku dan aku pun layan jelah....orang dah ramah takkan kita nak menyombong plakkan? Sambil bersembang tu dia pun berceritalah sejarah kilim dan karpet dia. Senang bersembang dengan dia berbanding dengan yang lain sebab English dia memang bagus....slang American lagik. Anak sedara dia yang bekerja dengan dia kat kedai tu pun baik sangat.


Me and Mr Salim

Malam tu, on the way balik ke hostel, aku lepak jap kat Blue Mosque. Terpegun aku tengok kecantikkan bangunan ni di waktu malam. Memang cantik macam emas lagaknya diwaktu malam disinari lampu-lampu berwarna kuning.


Blue Mosque at night


Chantek la waktu malam

Aku juga ternampak satu pertunjukkan sufi berhampiran dengan hostel kediaman aku malam tu. Ambik gambar dari jauh je sebab nak tengok dekat-dekat kena pulak bayar cover charge dia yang tah berapa tah.


Sufi show malam terakhir

Aku pun makan le jugak kebab Turki ni buat kali terakhir dimalam terakhir di Istanbul.


Malam last makan kebab Turki

So, sampai sini jelah notasi pengembaraan aku ke Istanbul yang berkonsepkan main redah dan terjah aje. Yelah, last minute plan disebabkan bulan Jun ni aku akan dipostingkan ke sebuah negara jiran terdekat. Memang banyak lagi tempat-tempat menarik kat Istanbul yang tak sempat nak cover dan inshaallah aku akan datang lagi next time kalau ada rezeki.

DAY 4 - BASILICA CISTERN


Sultanahmet Square - kat bawah nilah - tak sangka yek!


Bahagian Luaran di Sultanahmet Square

Basilica Cistern merupakan satu kawasan simpanan air bawah tanah yang terletak betul-betul dibawah Sultanahmet Square. Punyalah tak sangka yang aku dok berjalan kat atas dia selama ini. Ianya diiktiraf sebagai satu tempat yang paling unik di Istanbul malah seantero dunia seadanya.


Misterious Basilica Cistern


Papan penceritaan

Tempat ini dipenuhi dengan pillars yang besar-besar dan sinari dengan lampu-lampu yang agak kelam untuk menghidupkan suasana cozy dan misteri. Disamping itu, alunan musik instrumental dimainkan disamping kedengaran bunyi air menetes berterusan bagaikan menggabungkan satu irama yang cukup romantis gitu. Kalau korang nak tau, tempat ni pernah menjadi lokasi untuk filem James Bond, "From Russia With Love" dolu-dolu.


Disalah satu sudut


Unik dan misterikan?

Apa yang menarik dan menjadi persoalan di Basilica Cistern ini adalah keujudan 2 kepala Medusa. Para pengkaji masih tidak dapat menghuraikan dari manalah gamaknya kepala Medusa ni datang. Mitos mengatakan mungkin ianya dibawak dari zaman Roman lama. Yang lagi menghairankan adalah kedudukan kepala Medusa ni. Satu Medusa kepalanya diterbalikkan dan yang satu lagi di serongkan. Sapalah gamaknya yang mandai-mandai buat macam ni yek? Dan apa motip dia buat camtu? Wallahualam bisawap.


Aku dan kepala Medusa pertama yang senget


Kepala Medusa kedua yang diterbalikkan


Aku la ni

Memandangkan aku amat teruja untuk melihat Medusa ni, so, aku pun masukla dan kenalah bayaran YTL10 macam biasa.

Saturday, May 3, 2008

DAY 3 - TOPKAPI PALACE


Pintu masuk dalaman - nak masuk YTL10

Ini juga merupakan salah satu tempat yang popular untuk para pelancong. Memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Blue Mosque, so aku pun melawatlah jugak. Bayaran masuk dikenakan sebanyak YTL10. Ingatkan free tadi....


Depan pintu masuk luaran

Kata orang, kalau melawat Istanbul tapi tak masuk Topkapi Palace samalah macam ke London tapi tak melawat Tower of London. Tak dinafikan Topkapi Palace merupakan salah satu tarikan istimewa di sini.

Untuk pengetahuan semua, ianya dibina oleh Mehmet the Conqueror selepas penaklukan Constantinople ditahun 1453. Istana ini memang cantik, bersih dan dipenuhi dengan khazanah-khazanah Islam seperti pedang para-para nabi, kain Kaabah, aksesori diraja yang bernilai jutaan ringgit dan sudah semestinya senibina dalaman yang amat indah dan klasik. Terdapat satu section dimana terdapat seorang qari akan membaca al quran dan diperdengarkan kepada para pelancong yang memasuki bilik tersebut.


Kawasan dalam taman


Salah satu istana


Pose jap yek!!


Balkoni istana menghadap laut


Topkapi Cafe yang romantis


Satu pose lagik


My favourite spot - chantekkkkkkk betui


Very nice view dari sini

DAY 3 - GRAND BAZAAR

Ini satu lagi tempat yang WAJIB dilawati kalau ke Istanbul. Dikenali jugak sebagai Kapali Carsi. Ianya merupakan bazar tertutup terbesar yang menjual pelbagai barang - bak kata Astro - 'macam-macam ada'. Diperkabarkan terdapat 4,000 kedai didalam ni dan punyalah ramai pelancong. Bukan setakat nak shopping, nak makan pun takda hal punya kat dalam ni.


Kedai kat pintu masuk Grand Bazaar


Di luar Grand Bazaar


Salah satu entrance ke Grand Bazaar

Sepanjang aku berjalan kat sini, pekedai akan menegur, 'Malaysian?'. Aku pun angguk jelah dan terus dia orang cakap 'Apa kabar?'. Ramai sangat yang cakap macam ni kat aku sambil lepas tu dia orang pun ajak masuk kedai dia orang. Aku pun layan aje lah. So kalau korang ke Istanbul, jangan terkejut sebab most of the shop owners suka kalau jumpa orang Malaysian dan terus ramah. Tapi kena hati-hati sebab tak semuanya ikhlas. So, sendiri mau ingatlah ya.

Dalam bazaar ni, aku paling suke sangat tengok lampu-lampu yang beraneka warna yang harganya boleh tahan mahal. Memang ralit dibuatnya kalau masuk bazaar ni. Perlu diingatkan, kat dalam ni kena tawar menawar kalau tak memang kena tipu hidup-hiduplah korang.


Chanteknya...


Pose sikit....boley?

Aku pun tak tau berapa banyak kedai souvenirs kat dalam ni. Terlalu banyak sangat. Pelbagai bentuk dan harga ada kat dalam ni.


Kedai souvenirs


Macam-macam ada


Aku suka sesangat

Peringatan - kat sini kena hati-hati sebab banyak conman dan pickpocket, so make sure jangan alpa dan leka.